Petai (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae atau Keluarga Leguminoceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan ia memang menyelerakan ramai peminat buah petai. Orang Indonesia merupakan pemakan petai yang terbanyak didunia mengikut laporan yang boleh dipercayai. Ini kerana bilangan penduduk mereka yang ramai dan keluasan penanaman petai dinegara tersebut adalah amat luas berbanding dengan negara lain. Didalam majalah 'TRUBUS' yang saya baca, ia ada menulis artikel mengenai industri tanaman petai dan aktiviti mengekspot petai dalam bentuk biji petai kebanyak negara dimana ramai penduduk Indonesia bekerja seperti di Timut Tengah. Artikel kali ini ' Anim Agro Technology' akan terus membincangkan khasiat dan menafaat makan petai berdasarkan kepada pengalaman penulis dimana saya telah banyak membuat bacaan dari banyak sumber serta temubual dengan responden mengenai khasiat petai.
Petai dihasilkan daripada pokok petai yang mana dinegara kita kebanyakannya masih dikutip dari pokok dalam hutan. Aktiviti menanam petai masih kurang dipromosikan walau pun kini terdapat beberapa petani yang telah menanam secara monokrop atau bercampur dikebun mereka. Sila baca mengenai Teknologi Tanaman Petai yang telah saya tulis dengan panjang lebar (Klik disini). Kalau kita makan petai walaupun baunya yang agak kurang menyenangkan, tetapi ia mampu memberikan menafaat kesihatan kepada kita. Petai sama ada ia dimakan mentah, segar sebagai ulam atau dibuat masakan seperti sambal dan sayuran, ia tetap akan menaikkan selera kepada peminat petai. Saya lebih suka makan petai yang mentah bersama nasi dan juga sambal petai ikan bilis. Bagaimana pun kekangan makan petai adalah apabila kita bertugas dan berhadapan dengan orang awam dimana kita agak malu kerana mulut dan nafas berbau petai. Walaupun akibat atau aspek kekurangan makan petai adalah kerana 'baunya' yang begitu kuat, tetapi kita tahu yang ulam petai memang diketahui secara ilmiah sebagai makanan yang berkhasiat dan baik untuk dimakan.
Petai menurut kajian makmal mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika kita makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak. Kajian yang dibuat dimakmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain jenis asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam dimana ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar seperti kes kemungkian kita sakit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tahan untuk buang air besar. Kulit petai dipercayai mengurangkan risiko berak cair kerana makan petai yang terlalu banyak.
Bahagian Biji, Daun dan Akar petai memang semuanya boleh dijadikan ubat untuk memberikan kesihatan. Biji Petai mempunyai khasiatnya tersendiri dimana apabila dimakan ia akan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Ia juga didakwa akan dapat membunuh cacing didalam perut dan usus dimana ia akan keluar bersama najis. Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai dimana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali. Amalan ini masih dibuat dikalangan orang asli tanpa ragu-ragu ketika saya berkunjung ke kawasan perkampongan orang Asli di Mersing, Johor. Akar (kulit akar) petai juga boleh digunakan khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes) dengan cara merebus kemudian airnya diminum cuma perlu amalkan selalu. Ada dakwaan bahawa petai mampu merawat masaalah penyakit Anaemia. Ini kerana petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin dalam badan dan boleh membantu pesakit yang kekurangan darah. Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Satu laporan dari USA menyatakan mereka membenarkan industri penanaman petai kerana ia mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar atau pun bahasa kita dipanggil sebagai 'stroke'.
Khasiat petai seterusnya adalah dakwaan kemampuannya didalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini juga berdasarkan kepada laporan di USA yang dijalankan dimana petai diberikan semasa sarapan sebelum peperiksaan. Hasil kajian katanya menunjukkan ulam petai yang tinggi dengan potasium itu boleh meningkatkan daya pengingatan dan membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar. Petai juga dapat mengatasi masaalah Sembelit dimana saya sendiri sahkan (tidak payah tanya doktor perubatan) bahawa petai mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air besar.
Betulkan petai memberikan kesan terhadap Gigitan Nyamuk?. Ramai orang berkata jika anda digigit nyamuk, cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Hasilnya kita dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut. Apa yang agak unik adalah Kandungan Vitamin dalam petai iaitu zat vitamin B. Ini kerana diantara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf. Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang ingin membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membayakan kesihat dan orang disekeliling perokok. Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain. Memang kita perlu makan petai setidak-tidaknya sebulan sekali dengan tujuan untuk mendapatkan khasiat untuk kesihatan. Bagaimana pun harga petai kini telah mahal kerana telah ramai orang bandar yang suka makan. Wasallam.KHASIAT PETAI... ADUH BAGUSNYA...
BERBAU BUSUK.... KAWAL KENCINGNYA...
BUANG AIR BESAR...ADUH SENANGNYA...
KESIHATAN KITA... BAIK KERANANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(24 Rejab 1434H)
No comments:
Post a Comment