.jpg)
KELADI (Colocasia esculenta L.) merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi atau juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Artikel kali ini saya akan membincangkan tanaman keladi dari sudut pengalaman penulis selama 34 tahun dalam bidang pertanian, rujukan buku, risalah dan minat makan keladi goreng. Keladi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Artikel pada kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman keladi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
.jpg)
Pada zaman dulu keladi digunakan sebagai sumber makanan utama dengan merebus sahaja dan dimakan terus. Di Malayisia keladi lebih digemari dengan di goreng dengan tepong (70% kegunaan masa kini) atau di proses untuuk kerepek ubi atau di proses buat kueh. Pucuk keladi atau batang keladi yang umbisinya boleh dimakan selalunya boleh digunakan sebagai sayuran. Akar keladi yang di panggil 'SULUR' sangat enak untuk dijadikan sayuran dikalangan maysrakat Jawa di Muar dan Johor. Keladi banyak mengandungi kabohiderat dan protin serta nutrient lain serta antiokisdan. Penulis mempunyai pengalaman dalam menjalankan projek penanaman keladi secara komersil di Johor (Daerah Mersing, Segamat dan Muar) dan menjalankan pengembangan Pakej Teknologi Tanaman keladi (Gambar atas).
.jpg)
Kebanyakan keladi ditanam diatas tanah gambut (Gambut sederhana atau gambut cetek). Selain daripada dijual segar sebagai "fresh produk" didapati keladi ini dihantar kekilang proses ais kerim dan sebahagian lagi di buat kerepek keladi yang popular terutama Hari Raya Puasa. Keladi Mawar merupakan jenis keladi yang disukai di Kawasan Muar kerana mempunyai pasaran yang baik. Harga keladi ditawarkan sehingga RM 1.30 - RM 1.60 diladang sekilogram. Ada beberapa petani yang menanam keladi daiatas tanah mineral tetapi mesti dibuat batas agar pembentukkan umbisi keladi dapat membesar. Dalam lawatan saya ke Kahang, Kluang , Johor saya berpeluang bagaimana Mr Lee menanam keladi diatas tanah mineral seluar 4 hektar diantara tanaman pisang. Petani tersebut menanam keladi dengan membuat batas setinggi1.5 kaki dengan panjang mengikut barisan. Penanaman adalah sepokok diatas batas mengikut baris. Oleh kerana ia tanah mineral jenis liat berpasir, jika tidak dibuat batas maka pembentukkan umbisi keladi kurang menjadi.
Benih keladi di perolehi daripada sulur anakbenih pokok berumur lebih 4 bulan dan dikutip dengan memotong sepanjang 4 - 6 inci (Buang daun dan umbisi keladi). Kos bagi benih keladi sekitar RM0.30 - RM 0.50 satu sulur bergantung kepada saiz dan jenis keladi. Kawasan penanaman di tanah gambut yang telah dibersihkan di buat lubang dengan menggunakan tugal kayu tajam berukurlilit 4-6 inci untuk membuat lubang sedalam 5 -8 inci. Masukkan satu benih sulur kedalam setiap lubang dangan jarak tanaman 75 cm x 75 cm dan bilangan pokok sebanyak 18,000 pokok/ha. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok dibuat peringkat 2 minggu lepas tanam. Baja 12:12:17:2 pula diberikan dengan kadar 300 kg/ha pada umur 2 bulan lepas tanam serta Bulan ke 5 dan Bulan Ke 6. Jalankan kawalan rumpai menggunakan kaedah manual dan semburan racun rumpai tidak digalakkan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Racun Altrazine dan Racun Ametryn dibuat sebelum mula penanaman.
Tanaman keladi matang dalam tempoh 7-12 bulan bergantung kepada jenis keladi dan kaedah pengurusan dengan hasil potensi sebanyak 20,000 kg sehektar. Penuaian perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut saiz pokok, umur pokok dan harga pasaran. Keladi yang matang di cabut dan dibersihkan dengan membuang daun serta bahagian batang serta akar serabut tinggalkan kira-kira 6-10 inci. Gredkan mengikut saiz dan jenis sebelum dijual. Keladi tahan seningga 3-4 bulan jika dijaga dengan baik. Lazimnya sakibaki tanah pada keladi yang tidak dibuang akan dapat mengekalkan kesegaran keladi lebih lama.
Antara masaalah penanaman keladi ialah kesukaran untuk mendapatkan anakbenih berkualiti dan selalunya kena cari daripada pembekal yang telah disahkan jenis dan kualitinya. Oleh kerana kawasan penanaman biasanya tanah gambut, maka kejadian tanah terbakar musim kemarau dan banjir musim hujan juga menjejaskan tanaman keladi. Antara perosak tanaman keladi ialah serangan koya hijau pada daun yang berlaku pada musim panas dan serangan siput kecil yang merosakkan bahagian daun tanaman. Kawalan menggunakan racun kimia yang disyorkan. Antara Penyakit tanaman keladi adalah Penyakit Hawar Daun yang menyerang daun dan dikawal dengan mengamalkan giliran tanaman. Penyakit Reput Umbisi pula menyerang umbisi keladi yang menyebabkan reput dan busuk dikawal dengan mencabut dan musnahkan serta rawatan racun kulat pada sulur benih sebelum menanam. Perosak keladi pula ialah Kumbang Pengorek Umbisi yang mengorek buah keladi mengakibatkan umbisi busuk dan dikawal dengan mencabut serta musnahkannya. Serangan Koya sering berlaku pada musim panas dimana koya akan berada di bahagian bawah daun dan menghisap air sap daun akibatkan kerosakan daun dan boleh dikawal dengan 'white oil'. Serangan Tikus yang makan umbisi keladi di kawal dengan racun Matikus (Bahan aktif warfarin).Benih keladi di perolehi daripada sulur anakbenih pokok berumur lebih 4 bulan dan dikutip dengan memotong sepanjang 4 - 6 inci (Buang daun dan umbisi keladi). Kos bagi benih keladi sekitar RM0.30 - RM 0.50 satu sulur bergantung kepada saiz dan jenis keladi. Kawasan penanaman di tanah gambut yang telah dibersihkan di buat lubang dengan menggunakan tugal kayu tajam berukurlilit 4-6 inci untuk membuat lubang sedalam 5 -8 inci. Masukkan satu benih sulur kedalam setiap lubang dangan jarak tanaman 75 cm x 75 cm dan bilangan pokok sebanyak 18,000 pokok/ha. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok dibuat peringkat 2 minggu lepas tanam. Baja 12:12:17:2 pula diberikan dengan kadar 300 kg/ha pada umur 2 bulan lepas tanam serta Bulan ke 5 dan Bulan Ke 6. Jalankan kawalan rumpai menggunakan kaedah manual dan semburan racun rumpai tidak digalakkan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Racun Altrazine dan Racun Ametryn dibuat sebelum mula penanaman.
Tanaman keladi matang dalam tempoh 7-12 bulan bergantung kepada jenis keladi dan kaedah pengurusan dengan hasil potensi sebanyak 20,000 kg sehektar. Penuaian perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut saiz pokok, umur pokok dan harga pasaran. Keladi yang matang di cabut dan dibersihkan dengan membuang daun serta bahagian batang serta akar serabut tinggalkan kira-kira 6-10 inci. Gredkan mengikut saiz dan jenis sebelum dijual. Keladi tahan seningga 3-4 bulan jika dijaga dengan baik. Lazimnya sakibaki tanah pada keladi yang tidak dibuang akan dapat mengekalkan kesegaran keladi lebih lama.
.jpg)
TANAM KELADI ...MESTI MENJADI....
KELADI MAWAR...ENAK SEKALI....
TEKNOLOGI KELADI ..KENA CARI...
TEKNOLOGI KELADI ..KENA CARI...
Related Articles :-
1. Keladi Mawar (KLIK DISINI)
2. Pengurusan Tanaman Keladi (Klik di SINI)
3. Racun Rumpai (KLIK DISINI)
4. Cashflow Keladi (KLIK DISINI)
5. Petani di Malaysia (KLIK DISINI)
By,
M Anem
Senior Agronomist
DOA, Jalan Kamariah,
Muar , Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 8 Febuari 2014)
Senior Agronomist
DOA, Jalan Kamariah,
Muar , Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 8 Febuari 2014)
No comments:
Post a Comment