KEMUNCUP (Chrysopogon aciculatus Retz) adalah sejenis rumput dari keluarga Poaceae (dulu keluarga Graminae) yang tumbuh dibanyak kawasan dan bijinya sering melekat pada seluar jika kita melaluinya. Rumput ini juga dipanggil sebagai Rumput Jarum atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Love grass' atau juga dipanggil sebagai pilipiliuala. Rumput kemuncup ini mempunyai nama botani sinomim dengan Andropogon aciculatus Retz. Rumput kemuncup tumbuh dikawasan terbuka (terrestrial) dengan renek (annual prostrate herbs) yang mudah kita jumpa dikawasan lapang seperti dipadang bola, tepi jalan, halaman rumah, dalam kebun, diatas padang golf dan sebagainya. Rumput ini juga merupakan rumput yang ditanam dikawasan padang bolasepak kerana ia mempunyai daya ketahanan baik serta tahan lasak. Bagaimana pun jika pengurusan memotong rumput dijalankan dengan baik ia merupakan jenis rumput baik untuk bersukan. Apa yang pasti ialah jika rumput ini tidak dipotong akan menghasilkan bunga yang melakat pada pakaian (seluar atau baju atau setokin) yang menyucuk kulit seperti jarum dan akibatnya gatal atau tidak selesa. Artikel pagi Ahad ini saya menulis maklumat mengenai rumput kemuncup didalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan juga pembacaan beberapa buku dan membuat carian dalam lamanweb serta pelbagai sumber lain.
Rumput Kemuncup tumbuh menjalar dengan stolon yang akan mengeluarkan akar pada setiap ruasnya (nodes). Akarnya adalah jenis akar serabut (fibrous roots) dengan berwarna putih atau agak coklat. Batangnya adalah berbentuk leper (flat) dengan agak berbulu sedikit. Dibahagian ruas juga didapatu berbulu. Rumput kemuncup tidak mempunyai 'stipules'. Daunnya berbentuk linear atau sesslie dengan ukuran 2 cm panjang atau lebar dimana hujungnya tajam. Urat daun yang selari dari bahagian bawah daun kehujung daun jelas kelihatan dengan Daun yang berwarna hijau ini mempunyai susunan spiral bertentagan (Lihat foto sebelah). Ia mempunyai bunga yang terbentuk pada satu tangkai terbit dari ruas menegak keatas dalam kumpulan (sessile and terminal panicle). Bunga yang berbentuk jarum ini mempunyai cangkuk tajam pada hujungnya yang mampu melekat pada pakaian dan berwarn akuning kecoklatan. Rumput kemuncup juga mempunyai biji didalam buahnya dalam bentuk 'nuts' yang boleh membiak jika jatuh ketanah sesuai.
Kaedah pembiakan rumput kemuncup secara semulajadi adalah melalui cara bijibenih dan cara vegatatif (keratan dari stolon yang ada akar terus kekawasan baru). Saya dapati rumput kemuncup memang tidak disukai oleh kita yang hendak lalu dikawasan rumput tersebut dan kadang-kadang kena singsing seluar untuk elakkan dari bunganya melekat. Bagaimana pun bunga kemuncup akan melekat pada setokin pula. Memang penat hendak membuang bunga kemuncup yang melekan ini satu persatu. Kalau hendak memudahkan cara membuang saya sering gunakan pisau tajam dan gosok pada kemuncup yang melekat pada seluar, Bagaimana pun kalau terkena baju akan menyebabkan gatal pada badan dan perlu dicari untuk dibuang. Kadang-kadang hanya bahagian jarum tajam yang sukar dilihat dalam baju yang menyucuk kita. Kalau tidak disedari seluar yang banyak kemuncup dimasukkan kedalam mesin basuh yang bercampur dengan pakaian lain, nasiblah kalau ia melekat pada seluar dalam.
Semasa kecil zaman kanak-kanak dulu rumput kemuncup merupakan rumput yang sangat berguna didalam permainan pertandingan. Saya masih ingat lagi bagaimana kami akan cabut bunga kemuncup dan di lekatkan dengan bunga kemuncup lawan (lihat foto sebelah) dan dipusingkan sehingga melekat. Kemudian kita tarik tangkainya dan lihat bunga siapa yang terputus. Jika bunga putus ia dikira "KALAH" sementara satu pihak lagi yang bunganya utuh akan dikira "WINNER". Permainan ini memang murah untuk kita menentukan siapa yang pertama bermain dalam giliran melastik getah karet, main ting-ting, kondang kondi, galah panjang dan banyak lagi permainan tradisional. Apa yang pasti kanak-kanak zaman sekarang mungkin tidak pandai main benda ini tetapi mereka akan lebih cekap didalam permainan komputer games. Itulah diantara perbezaan antara generasi 'Babby boomers' dengan generasi Y masa kini. Inilah nukilan saya mengenai rumput kemuncup. Wasallam!
RUMPUT KEMUNCUP...SELALU MELEKAT....
LALU DIPADANG...JAUH DAN DEKAT..
MENYUCUK GATAL...KENA CARI UBAT...
CEPAT MEMBIAK...PERLULAH IA DISEKAT...
By,
M Anem
Taman Cendana
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1434H)

No comments:
Post a Comment