TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau 'Watermelon' adalah sejenis buah dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan Benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Laporan FAO menunjukkan, sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Rusia iaitu seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan segar sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sedikit ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' yang berdasarkan pada pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.
Kutu Thrips |
Tanaman Tembikai menghadapi banyak risiko dari serangan perosak dan penyakit. Terdapat 3 jenis serangga yang lazim menyerang tanaman tembikai di Malaysia iaitu Kutu Daun, Hamama Merah dan juga Kumbang Daun. Serangan Kutu Daun (Aphis spp) berlaku dari peringkat anak sehingga dewasa dengan menghisap cairan air pada daun dan pucuk. Akibatnya saya dapati daun akan jadi berkerekot dan menjejaskan kesuburan dimana jika serangan yang teruk akan menjejaskan penghasilan. Kawalan dengan menggunakan semburan racun seperti cypermethrin dan deltamethrin. Penggunaan plastik silvershine mampu mengurangkan serangan, begitu juga dengan menjalankan amalan tanamn bergilir-gilir dengan jenis umbisi dan sebagainya. Hamama Merah (Pyronychus sp) pula menghisap cairan pada permukaan bahagian atas dan bawah daun dewasa menyebabkan ia akan kerekot dan akhirnya boleh kering. Terdapat 2 jenis Kumbang Makan Daun iaitu jenis Aulacophora sp dan Epilacna indica yang biasanya akan menyerang. Kaedah kawalan dengan racun kimia dan kombinasi aplikasi IPM. Musuh lain yang pernah saya terima laporan adalah kemasukan haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan juga binatang liar seperti babi hutan dikawasan tanaman tembikai.
Penyakit Reput Pangkal |
Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium) merupakan satu kengerian kepada penanam tembikai. Lawatan saya ke Endau dan Kluang di Johor mendapati, penyakit ini menyerang bahagian akar dan juga tisu vaskular dimana kulat boleh tinggal dalam tanah untuk beberapa tahun dan akhirnya pokok akan mati. Ini adalah diantara sebab2 kenapa penanaman tembikai tidak di ulang2 dikawasan yang sama. Risiko kulat tersebut memang tinggi untuk menyerang semula. Saya dapati kawasan tanah berpasir (Tanah Bris tepi laut di Mersing, Kota Tinggi dan di Daerah Rompin) menjadi pilihan pengusaha kerana ada kemungkinan kulat ini kurang berbanding dengan tanah mineral biasa (Tanah bris kering dan panas pada waktu tengahari).Tidak banyak kaedah kawalan boleh dilaksanakan untuk kawalan penyakit ini tetapi kaedah memusnahkan segera pokok2 yang diserang boleh kurangkan jangkitan. Kajian dan pengalaman penulis yang berbincang dengan usahawan tembikai tetap mengatakan, tanaman tembikai sesuai di kawasan tanah baru setiap musim walau kos penyediaan kawasan dan sistem pengairan agak tinggi atau amalkan giliran tanaman yang sesuai. Kawalan rumpai juga mengurangkan risiko penyakit ini.
Penyakit ke tiga yang menyerang tanaman tembikai ialah Kulapok Downy yang disebabkan oleh kulat ( Kulat jenis Pseudomonas cubensis) dan menyerang pada mulanya di permukaan daun dengan tompok2 warna kelabu dan akhirnya daun akan menjadi kering dan rapuh serta merebak dengan cepat. kajian penulis mendapati tanaman tembikai akan mati dalam masa 2-3 hari sahaja selepas erangan bermula. Jika serangan berlaku dari bahagian tepi kebun dan tiupan angin menghala kebahagian tengah kebun akan mempercepatkan lagi penyakit kulapok menyebar. Jika serangan berlaku pada peringkat belum berbuah maka hasil tembikai akan sangat kurang tetapi jika serangan berlaku pada peringkat akhir dimana buah tembikai banyak yang dah matang ianya tidak kritikal. Perbincangan dengan petani di Mersing dan Kota Tinggi mengatakan kawalan terbaik penyakit Kulapok Downy adalah dengan kaedah kawalan kultura seperti amalkan tanaman giliran (Pindah2 kebun pun OK), jaga kebersihan ladang, musnah pokok2 cucurbit liar di sekeliling yang menjadi peromah patogen, musnah poko yang kena serangan dengan segera dan kawal dengan racun kimia mancozeb/ zineb atauchlorothalonil jika terlalu teruk serangannya.
Antracnos Daun |
Penyakit Virus Mozek disebabkan oleh virus yang mana serangan pada pucuk menyebabkan kekuningan dan pokok terbantut. Serangan pada peringkat awal penyakit ini boleh menyebabkan hasil tembikai berkurangan atau jika ketahap teruk tidak berbuah langsung. Pembawa virus adalah sejenis serangga aphid yang biasanya berada pada tanaman cucurbit liar yang perlu dimusnahkan. Kawalan kimia tiada untuk penyakit ini tetapi amalan kultura seperti amalan tanaman bergilir serta menggunakan varieti rintang dapat kurangkan risiko. Pengalaman musim2 penanaman lepas perlu direkodkan jika ujudnya serangan penyakit mozek virus dilokasi yang penrah kena dan elakkan.
Penyakit tanaman tembikai seterusnya di panggil Penyakit Bintik Daun Bersegi disebabkan oleh sejenis bakteria di kenali sebagai Pseudomonas syringe. Bakteria ini menyerang bahagian daun dengan simptom seperti ujudnya kecederaan (lesion) dimana pada tahap serangan teruk akan menyebabkan daun akan kehitaman, kering dan seterusnya gugur. Kesannya akan mengurangkan hasil tanaman dengan teruk jika tidak dikawal dengan sempurna. Penyakit ini tidak ada kawalan kimia (Tiada racun bakteria) dan hanya di jalankan kawalan kultura seperti menjalankan sanitasi ladang, elakkan dari menggunakan benih pernah kena penyakit ini atau elakkan dari melawat kebun yang ada penyakit ini. Jika berulang buat tanaman selang setiap 2 tahun sekali pada kawasan yang sama. Ada pengusaha di kluang yang katakan supaya elakkan meggunakan sistem pengairan dari atas seperti sprinkler system dan sebaiknya gunakan 'drip system'.
Penyakit ketujuh yang menyerang tembikai di Malaysia adalah Hawar Batang Bergam disebabkan oleh Kulat Didymella bryoniae yang menyerang bahagian daun, batang, tangkai buah, sulur paut dan juga tangkai daun. Simptom serangan bila ada tanda seperti 'water soaked' dan kadang2 mengeluarkan lelehan seperti gam. Kulat ini dikawal dengan cara amalan kultura seperti membajak kawasan setiap musim penanman, amalan tanaman giliran, menggunakan benih yang tahan serangan dan rintang, rawatan biji benih dengan racun kulat , elakkan gunakan pengairan sprinkler, gunakan pengairan titis dan semburan racun kimia yang sesuai. Antara racun kimia yang sesuai seperti copper hydroxide dan juga racun jenis chlorothalonil.
Penanaman tembikai apa yang saya lihat memang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk mempastikan kejayannya. Diharapkan artikel ini memberikan pengetahuan lengkap kepada anda mengenaai teknologi penanaman tembikau yang saya belajar dari buku dan pemerhatian diladang penanaman tembikai secara komersial. Risiko dan kemahiran tinggi dalam tanaman tembikai perlu di atasi bagi mempastikan penanam tidak menghadapi kerugian. Diantara cara diamalkan adalah dengan berkongsi modal, menanam tanaman insuran (Sayuran lain atau cili) dan mennjadualkan penanaman dengan kesesuaian faktur iklim dan persekitaran.
BERSAMBUNG... Klik di sini!
PEROSAK TEMBIKAI.. 3-5 BILANGANNYA...
PENYAKIT PULA...BANYAK JENISNYA...
GUNAKAN RACUN... ANTARA KAWALANYA...
POKOK YANG SIHAT... TINGGI KUALITINYA...
By,
M Anem
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia
(10 Oktober 2012)
No comments:
Post a Comment