TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau BUAH SEMANGKA adalah sejenis buah-buahan popular dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan dimana kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.
PENGURUSAN TANAMAN
Tanaman tembikai di Malaysia memerlukan masa 65 - 75 hari untuk dituai bergantung kepada varieti ditanam, cara pengurusan tanaman dan juga sedikit berkait dengan faktur cuaca. Bagaimanakah kita hendak pastikan bahawa buah tembikai cukup matang untuk dituai?. Dari segi fizikalnya mungkin kita lihat tidak banyak perbezaan tetapi kaedah berikut boleh dijadikan panduan. Bergantung kepada varieti yang ditanam, masa matang biasanya melebihi 65 hari sehingga 80 hari dan jika tempohnya kurang daripada 65 hari, memang belum sesuai dipetik. Apabila kita lihat 'Sulur Paut', pastikan ianya telah bertukar daripada warna hijau muda kepada warna kekuningan atau kering. Sulur paut yang terlalu kering juga menunjukkan yang buah tembikai terlalu masak. Teknologi paling lazim adalah dengan Menepuk Buah, pengalaman menunjukkan buah matang akan berbunyi padat berbanding dengan buah yang belum matang berbunyi padat tetapi ada bunyi 'Nyaring'. Jika dilihat pada Kulit Buah, buah akan didapati kekilatan pada buah matang berkurangan dan bagi sesetengah varieti tertentu akan kelihatan jelas warna dan corak buah tersebut.
MENUAI TEMBIKAI
Menuai buah tembikai nampak macam mudah sahaja iaitu petik dan angkat. Sebenarnya ada banyak teknologi yang perlu dipatuhi ketika memetik buah. Penuaian buah tembikai perlu betul dan dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati. Tidak bermakna kita kerugian diperingkat akhir penanaman akibat kerosak buah akibat aktiviti menuai yang kurang cermat. Aktiviti memetik buah mesti dijalankan pada waktu PETANG untuk mengelakan buah tembikai mudah pecah. Elakkan memetik buah pada waktu pagi sebelum embun kering bertujuan mempastikan buah tidak mudah pecah dan lebih tahan lama. Perlu juga agar dielakkan menuai buah tembikai pada waktu atau musim hujan kerana kualiti buah kurang manis. Ini juga berkaitan dengan serangan banyak penyakit pada musim banyak hujan dan juga risiko buah yang akan cepat rosak.
Buah tembikai matang di petik dengan memotong tangkai buah menggunakan pisau yang tajam atau scateurs. Buah dikumpulkan dan dibawa ke pusat koleksi buah untuk dibersihkan dan dibuat penggredan. Buah perlu dibawa ke pusat pemasaran dengan segera menggunakan lori ke Pusat Pengedaran atau Pusat Pengekspotan untuk di proses. Kajian di beberapa kawasan penanaman tembikai di Malaysia didapati, anggaran hasil tembikai lingkungan 25 - 30 metrik tan sehektar. Hasil banyak dipengaruhi oleh faktur pengurusan tanaman, cuaca, varieti dan juga kerosakan akibat serangan musoh dan penyakit. Sebanyak 60% lazimya dalam kategori Gred A, 30% dalam kategori Gred B sementara bakinya adalah 'off-grade'. Menurut En Tan dari Yong Peng, Johor iaitu salah seorang pemborong tembikai, mana-mana buah tembikai yang mencapai tahap kematangan lebih 80% sesuai untuk pasaran domestik. Bagi pasaran ekspot pula lazimnya dihantar buah tembikai yang tahap buah kematangan diantara 75 - 80% kerana perlukan masa penghantaran lebih lama.
ANALISA EKONOMI TEMBIKAI
Analisa kewangan yang saya buat pada tahun 2010 menunjukkan, anggaran kos pengeluaran tanaman tembikai untuk sehektar adalah sebanyak RM 14,875.00 dimana 63% daripadanya adalah untuk kos bahan input seperti benih, baja, racun kimia, plastik penutup bumi dan lain-lain lagi. Purata harga ladang bagi tembikai di Johor sekitar RM 0.80 sekilogram yang menjadikan anggaran pendapatan ladang sekitar
RM 20,000.00 sehektar. Anggaran Pendapatan Bersih tanaman tembikai sebanyak RM 5,125.00 sehektar semusim (75 hari). Ini bermakna kalau kita menanam seluas 5 hektar, kita akan menerima untung bersih ladang sebanyak RM 25,625.00!. Harga titik pulang modal tanaman tembikai adalah RM 0.59 sekilogram dan Kadar Faedah Kos (BC Ratio) pula adalah sebanyak RM 1.39. Analisa ekonomi kewangan ini adalah sebagai panduan sahaja. Banyak faktor lain yang akan menentukan keuntungan atau kerugian bagi tanaman tembikai.
Selain daripada dimakan segar, buah tembikai lazimnya diproses untuk dijadikan jus buah tembikai. Jus buah tembikai segar amat enak apa lagi kalau diminum bersama ais. Terkini kita mesin airbatu atau ais kuib dengan tembikai dan dibubuh sedikit gula. Memang amat lazat terutama apabila kita sangat kehausan atau sangat dahaga. Apa lagi kalau member belanja dan free!. Biji tembikai kini menjadi satu produk yang popular diseluruh dunia sebagai 'KUACI'. Kuaci diproses daripada biji tembikai yang dikeringkan dan diberikan pelbagai perisa. Rakyat Malaysia memang suka makan kuaci yang memang banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.
Selamat mencuba!
WAKTU PETANG... MENUAI TEMBIKAI...
BUAH DI POTONG...DENGAN PISAU...
PASARAN DOMESTIK...BUAH MASAK...
PASARAN EKSPOT... KENEGARA LUAR...
Related Articles:
1. Tembikai -Part 1 (Klik disini)
2. Tembikai -Part 2 (Klik disini)
3. Tembikai - Part 3 (Klik disini)
4. Watermelon (Click here)
5. Penyakit Tembikai (Klik disini)
By,
M Anem
Room 105, Hotel Ming Star,
Kuala Terengganu, Terengganu,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1433H)

No comments:
Post a Comment