Sunday, October 28, 2012

TEMBIKAI (PART 2)

TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau BUAH SEMANGKA adalah sejenis buah-buahan dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat.  Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia.  Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE.  Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar.  Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.



Pembajaan asas tembikai dimulakan 7 - 10 hari sebelum menanam dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 3 - 5 metrik tan sehektar (tanah lanar) dan sebanyak 10 - 20 metrik tan sehektar yang digaul dalam tanah. Baja asas NPK 15:15:15 sebanyak 200 kg sehektar ditabur peringkat awal sebelum pemasangan plastik silvershine sebagai sungkupan. Sistem pengairan 'drip tape' dipasang dibawah sungkupan plastik dengan kadar 7 gulong sehektar (panjang satu gulong ialah 300 meter). Kadar plastik digunakan sebanyak 7 gulong sehektar (panjang plastik sungkupan sekitar 300 meter/gulong). Pastikan bahaagian tepi plastik silvershine ditutup kemas dengan tanah agar tidak terbuka apabila ditiup angin. Sediakan lubang penanaman dengan alat khas penebuk lubang (lazimnya saya lihat mereka akan gunakan paip PVC garispusat 3 inci yang ditajamkan) dengan jarak antara lubang sejauh 0.75 meter. Pastikan ketika menebuk lubang tidak akan menyoyakan plastik yang akan merosakknnya. Saya dah cuba alat ini dan kemahiran ditahap 80% berjaya.


Penanaman Tembikai menggunakan anak benih yang telah disemai dalam tray semaian apabila berumur 7- 12 hari atau apabila ada 4 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan ditanam sebanyak satu pokok setiap lubang penanaman. Pastikan tidak menanam apabila anakbenih berumur melebihi 14 hari. Penyiraman perlu dijalankan setiap hari kerana peringkat awal penanaman adalah kritikal dan elakkan daripada pokok menjadi layu akibat kekeringan. Kawalan serangga perosak dan penyakit seminggu selepas ditanam. Bubuh baja NPK 15:15:15 sebanyak 100 gram sepokok (200 kg/hektar) dikawasan lubang penanaman yang dibentuk antara 2 lubang penanaman benih tembikai untuk menggalakan pertumbuhan akar dan daun. Terdapat juga petani yang membuat semburan baja foliar untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan anak pokok. Lazimnya pada hari ke 10 -15 dijalankan cantasan tunas tembikai pada tunas ke 4-5 atau tunas 5-7 dengan menggunakan pisau blade atau dengan tangan. aktiviti seterusnya kita boleh mendidik sulur iaitu mengalihkan sulur pokok kesatu arah yang berlawanan bagi setiap barisan tanaman  dimana cara ini akan memberikan ruangan untuk kita berjalan atau bekerja diantara tanaman.


Kawalan rumpai dijalankan sepanjang penanaman dengan cara manual atau disembur dengan racun rumpai yang sesuai. Pastikan ketika menyembur racun tidak terkena tanaman tembikai kerana ianya akan merosakan tanaman. Sebulan selepas menanam perlu diberikan baja NPK 12:12:17:2:TE pada kadar 100 gram sepokok atau 200 kg sehektar dengan meletakkannya pada lubang pembajaan atau tepi batas. Ini akan menggalakan pertumbuhan akar pada sulur tembikai. Ramai dikalangan petani yang saya perhatikan telah menggunakan baja foliar pada ketika ini untuk mendapatkan tahap pertumbuhan yang maksima. Baja foliar disembur pada bahagian daun dengan kadar pada pelekat dilabel. 


Pada masa ini juga boleh dimulakan Pendebungaan Berbantu (assisted pollination) dengan mengambil debunga daripada pokok tembikai kuning berbiji dan diletakan kepada bunga tembikai yang tidak berbiji. Waktu pendebungaan paling sesuai adalah pada watu pagi diantara jam 7.30 - 1.00 pagi ketika bunga terbuka. Pengalaman saya bersama petani di Mersing, Johor mendapati kadar satu debunga untuk satu bunga betina adalah paling ideal walau pun ada pekerja mahir yang gunakan 1 bunga jantan sehingga 3 bunga betina. Pengalaman mereka mengatakan pendebungan dilakukan daripada bunga ke 7 dan keatas dengan menyapukan bunga jantan kepada stigma bunga betina dan kemudian sengaja letakan bunga jantan tersebut diatas bunga betina ebagai tanda telah selesai. Pembajaan terakhir adalah untuk pembentukan buah dijalankan pada hari ke 40 - 45 dengan baja NPK 12:12:17:2: TE pada kadar 100 gram/pokok atau sebanyak 200 kg sehektar. Baja ini boleh ditabur pada lubang pembajaan atau dikawasan dimana ada sulur yang berakar. 
BERSAMBUNG PART 3 - Klik disini!

BAJA ASAS... TAHI AYAM DIGUNA...
PLASTIK DIPASANG...SALIRAN JUGA...
BAJA DI TABUR... IKUT JADUAL SAMA...
KACUKAN BUNGA...KENA DILAKSANA...

By,
M Anem
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(28 Zulkaedah 1433H)



No comments: