TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau BUAH SEMANGKA adalah sejenis buah-buahan dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.
Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri. Malaysia masih belum mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan.
Tanah yang sesuai untuk tanaman tembikai terdiri daripada pelbagai jenis tanah yang mempunyai sistem saliran yang baik. Penanaman tembikai sebaiknya di kaasan yang agak rata atau tanah beralun kurang dari 6 darjah dan sebaiknya adalah kawasan tanah baru. Pengalam beberapa petani di Mersing dan Kota Tinggi, Johor sda menyatakan jangan menanam tembikai di kawasan yang pernah ditanam tembikai berulangkali. Elakkan juga menanam dikawasan kebun dimana disekelilingnya ditanam dengan tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang sama. Ini disebabkan risiko serangan penyakit terhadap tanaman tembikai adalah tinggi dimana akan merugikan petani. Satu amalan yang biasa diamalkan juga dimana tanah yang pernah di tanam tembikai perlu dikosongkan atau dibiarkan selama lebih satu bulan sebelum penanaman musim seterusnya. Tembikai sering ditanam dengan skala luas disatu kawasan yang lazimnya melebihi 5 hektar. Pada bulan Oktober hingga Januari setiap tahun pengusaha tanaman tembikai jarang menanam kerana ianya dipanggil 'Musim Ngeram' iaitu kalau menanam akan menerima risiko kerugian akibat faktur cuaca.
Penyediaan kawasan dimulakan dengan membersihkan kawasan menggunakan jentolak bagi kawasan baru sebelum dibakar, dibajak dan dibuat batas tanaman. Pembakaran terbuka perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Infrastruktur ladang seperti perparitan, jalan ladang, kolam pengairan, sistem pengairan dan pondok setor disediakan seminggu sebelum menanam. Biji benih dibeli dari kedai dan disemai 2 minggu sebelum menanam diatas dulang semaian (sowing tray). Terdapat banyak varieti tembikai kuning yang sesuai dijadikan 'pollenator crop' yang boleh ditanam awal atau serentak dan ianya mencukupi sepanjang penanaman tembikai tanpa biji. Asingkan varieti tembikai pendebunga (lazimnya warna kuning) dengan tembikai yang ditanam untuk membekalkan debunga. Kadar benih tembikai Kuning adalah 20 gram/ha atau sebanyak 3 tray (80 lubang) dimana kadar sebanyak 1:10 digunakan. Sebanyak 10 kg media tanaman dalam tray digunakan untuk semaian pendebunga ini. Benih tembikai tanpa biji pula disemai sebanyak 200 gram sehektar atau 25 tray (80 lubang satu tray) menggunakan bahan media tanaman jenis 'peat moss' (60 kg). Disyorkan kadar penyemaian dilebihkan sebanyak 10 - 20% kerana akan berlaku proses pemilihan anakbenih berkualiti dan juga bagi mempastikan kadar percambahan jika kurang dari 80%. Penjagaan ditapak semaian mengikut amalan yang disyorkan seperti memberikan naungan, membuat siraman dan kawalan dari serangan perosak.
BERSAMBUNG TEMBIKAI (PART 2)
- Klik disini!
BUAH TEMBIKAI... BANYAK VARIETINYA...
TEMBIKAI MERAH... POPULAR JENISNYA...
SEMAI BENIH...TRAY SEMAIAN CARANYA...
BENIH DITANAM... IKUT PERATURANNYA...
Related Articles:
1. Tembikai Part 2 (Klik disini)
2. Tembikai Part 3 (Klik disini)
3. Tembikai Part 4 (Klik disini)
4. Watermelon (Klik disini)
5. Penyakit Tembikai (Klik disini)
By,
M Anem
Ladang Nitar, Mersing,
Johor, Malaysia
(27 Zulkaedah 1433H)

No comments:
Post a Comment