SUKUN (Artocarpus atilis) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga MORACEAE yang ditanam untuk mendapatkan buah sukun. Ramai dikalangan kita yang kata makan sukun yang telah digoreng akan menyebabkan 'perut kembung' atau banyak buang angin...betulke?... Saya mula kenal akan buah sukun ketika kecil lagi dimana dikawasan rumah ada beberapa pokok sukun yang berbuah sehingga puas makan. Penanaman sukun lazimnya menggunakan anakbenih yang diambil dari akarnya yang bersambung dengan pokok induk dan dimasukkan dalam polibeg. Sukun memang sesuai ditanam melalui kaedah keratan akar yang punyai garispusat 2.5 cm dipotong sepanjang 20-25 cm. Keratan ini dicucuk diatas tapak semaian dibawah naungan dan tunas baru akan terbit beberapa bulan kemudian. Penanaman sukun akan mula kutip hasil 2-4 tahun selepas menanam bergantung kepada bahan tanaman dan cara menjaganya. Tetapi artikel malam Ahad ini akan juga membincangkan juga khasiat sukun untuk makluman pembaca semua.
Pokok Sukun merupakan tumbuhan saka yang bercabang setinggi hingga 30 meter. Peringkat awal pertumbuhan akan melihat batangnya tidak bercabang sehingga ketinggian 5-8 meter, kecuali jika gunakan bahan tanaman daripada pembiakan tampang yang dahannya agak rendah. Seluruh bahagian pokok sukun memang mengeluarkan getah putih dan jika terkena baju akan mencacatkan baju dengan warna hitam. DAUN sukun adalah jenis ringkas dengan susunan selang seli, bentuk bujur telur dengan ukuran lebar 20-50 cm dan panjang 20-90 cm. Daun mudanya tidak berbahagi tetapi daun matang terbahagi kepada 5-11 jejari. Daun sukun berwarna hijau tua, tebal, permukaan atasnya berkilat dan permukaan bawahnya kasar dengan warna hujau muda. Daun sukun akan gugur serentak jika kemarau panjang berpanjangan. BUNGA sukun keluar pada ketiak daun dimana bunga jantan berbentuk cokmar berjuntai sepanjang 15-25 cm panjang berwarna kuning. Bunga betina pula berbentuk selinder, tegak dan bulat dengan panjang 8-10 cm dan lebar 5-7 cm. BUAH Sukun berbentuk bulat atau selinder dengan kulit berwarna hijau (muda) dan hijau kekuningan (matang) dengan saiz garispusat buah 10-30 m. Isinya berwarna putih, putih kekuningan dan tidak mempunyai biji.
Buah sukun mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram buah sukun mengandungi Air (65-85 gram), Karbohiderat (21 - 31 g), Protin (1.2 - 1.4 g), Lemak (0.2 - 0.5 g), Besi (0.4-1.5 g ), Posforus (52 - 88 mg), Kalsium (8-32 mg), Vitamin A (26-40 IU), Thiamine (0.10-0.14 mg), Niacin (0.7 - 1.5 mg) dan Vitamin C (17 - 35 mg). Daun sukun juga mengandungi unsur Kamforol dan juga Kuersitin. Getah putih mengandungi Asid Serotik. Khasiat utama berkaitan dengan bahan kuersitin yang diambil dengan masa lama (jangkamasa panjang) akan menyebabkan mereka kurang risiko sakit jantung atau kena stok apaabila tua.
Khasiat Sukun boleh di katakan baik untuk kesihatan kita. Buah sukun yang matang tetapi belum cukup masak di kupas kulitnya dan digoreng seperti goreng pisang. Buah ini juga boleh dimasak secara merebus, dipanggang (direndam dengan air garam dulu), dibakar atau cara lain yang sesuai. Buah muda dan buah matang juga boleh diambil dan dibuang kulitnya untuk dijadikan lauk atau bubur manis. Buah sukun yang telah cukup masak boleh dipotong berkeping-keping dan dijemur dibawah cahaya matahari sampai kering. Buah ini juga boleh dikeringkan dengan ketuhar dan disimpan lama. Ada juga sesetengah negara dikepulauan Pasifik yang menimbus sukun dalam tanah sebagai kaedah penyimpanan. Buah sukun boleh direbus dan dimakan dengan kelapa parut dan gula. Serabut dari kulit batang pokok ada yang diproses untuk dijadikan kain tradisional di beberapa Kepulauan Pasifik. Getah sukun pula digunakan sebagai gam untuk menutup kebocoran pada perahu dan sampan. Pokok sukun juga sering digunakan sebagai pokok hiasan tepi jalan yang cantik dikawasan perbandaran dan taman-taman.
Dari segi khasiat perubatan tumbuhan sukun banyak gunanya. Akar sukun yang direbus dan diminum dapat merawat masaalah cirit birit dan disenteri. Buah sukun yang masak pula boleh direbus dengan air dan dicampur dengan sedikit gula lalu diminum didapati mampu mengatasi masalah hempedu hati, perut dan juga usus besar. Kulit buah sukun muda yang dikupas dan direbus kemudian diminum dipercayai mampu melawaskan buang air kecil. Isi buah sukun muda yang direbus juga dan airnya diminum mampu jadi ubat batuk. Bunga sukun yang dipanaskan dan bila sejuk disapu pada bahgaian gusi akan menghilangkan sakit gigi dan juga sakit gusi. Getah pada pokok dikutip dan dicairkan dengan air hujan dan diminum akan merawat cirit birit. Air rebusan getah sukun juga boleh disapu pada luka-luka. Ada pula kepercayaan mengambil kulit batang sukun dan dicampur dengan ramuan lain dan direbus dimana airnya diminum untuk ibu selepas bersalin.
Daun sukun yang direbus dan air rebusannya diminum apabila sejuk akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan asma. Ada dikalangan masyarakat kampong ada yang mengamalkan mengunyah daun sukun muda dan ditelan sebagai penawar kepada keracunan makan. Bolehlah anda cuba yang ini.... Daun sukun diramas-ramas dan ditampalkan dikepala dipercayai menghilangkan sakit kepala. Satu lagi khasiat daun sukun adalah dengan daun sukun dipanggang dulu dan ianya dihancurkan, campur air dan ditampal didada untuk rawatan Bengkak Limpa. Paling istimewa pula adalah dengan ambil daun sukun dan di bakar, habuknya di campur minyak kelapa dan kunyit untuk disapu pada kulit yang berpenyakit Kayap yang bergerak seperti Herpes. Apa-apa juga khasiat yang dinyatakan diatas perlukan kajian klinikal untuk mendapatkan kepastian. Buku karangan Ong Hean Choi terbitan Utusan Publication dijadikan rujukan untuk perkara diatas ditambah dengan pengalaman penulis sendiri. Mungkin boleh dijadikan sebagai petua sahaja. Wasallam.
POKOKNYA TINGGI...POKOK SUKUN.....
BANYAK GUNANYA...TAK PAYAH JUMPA DUKUN....
BUAHNYA BULAT...DIGORENG BOLEH PUN...
DIBUAT KEREPEK...MAKAN JANGAN JAKUN...
By,
M Anem
Teluk Kemang, Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1433H)

No comments:
Post a Comment