IKAN HARUAN (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar. Kadang2 mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!... Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Malam ini saya menulis sedikit info megenai teknologi ternakan ikan haruan dan maklumat berkaitan dengan ikan haruan untuk pembaca semua berdasarkan pengalaman sendiri, kajian dan rujukan beberapa sumber.
Terdapat banyak spesis ikan haruan yang kita boleh jumpa di Malaysia dimana ada 4 Kumpulan Utama ikan haruan yang boleh kita kenal dengan mudah. Ikan tersebut adalah Ikan Haruan Todak (Chana gachua), Ikan Haruan Palas (Chana melasoma), Ikan Haruan Bunga (Chana marulloides) dan juga Ikan Haruan Bujuk (Chana lucius). Kesemua jenis ikan ini saya pernah jumpa dan dapat semasa memancing dibeberapa lokasi dikawasan kampong yang dekat dan jauh. Ikan Haruan Todak juga dipanggil sebagai Ikan Kedak yang terdapat dikawasan air jernih dan kawasan sungai berjeram. Ikan jenis ini memakan anak udang, serangga-serangga kecil dan anak ikan lain. Ikan Haruan Palas pula berwarna kebiru-biruan dibahagian bawah badan semantara bahagian lainnya berwarna gelap kehitaman. Habitat ikan ini dikawasan-kawasan paya yang airnya mempunyai pH rendah (Sedikit asidik) dan memakan anak udang, cengkerik, cacing dan juga katak. Ikan Haruan Bunga atau Toman Bunga pula kadang2 dipangil Ikan Jelai, Jaloi, Kuang dan Kerandang yang hidup dalam air tawar. Habitatnya adalah kawasan berpaya, sungai, tasek dan kawasan paya tanah gambut. Ikan ini makan anak udang, anak ikan, cengkerik, cacing dan cengkerik. Ikan Haruan Bujuk pula mempunyai kepala seperti kepala ular dengan badannya mempunyai corak-corak yang menarik. Habitatnya sama dengan ikan haruan lain.
Ikan haruan dipercayai native di kawasan Asia Tenggara sehingga beberapa kawasan di India. Kebanyakan ikan ini secara semulajadinya adalah hidupan liar (wild fish) yang tinggal dikawasan air tawar seperti dalam sungai, tasek, paya dan juga kawasan yang ada air yang sesuai. Anak ikan haruan diperlihara oleh pasangan induknya dan daripada beratus-ratus ekor anak yang menetas, lazimnya tinggal beberapa ekor sahaja yang 'survive' kerana dimakan oleh induknya....maka ujudlah peribahasa ' Haruan Makan Anak'. Anak haruan yang baru menetas sangat halus berwarna merah coklat dan berkumpul dimana induknya bersarang dengan mengeluarkan buih diatasnya. Semasa induknya menjaga anak, kadang-kadang umpan pancing kita pun dia tak layan.... maklumlah anak-anaknya untuk dimakan masih banyak. Lazimnya untuk menternak ikan haruan perlukan anak haruan liar yang dikutip.
Pada masa ini ikan haruan telah diternak dengan teknololgi yang dipelopori oleh orang-orang dari Thailand memandangkan populasi ikan haruan telah berkurangan kerana aktiviti menangkap yang berterusan, pembiakan yang lambat, penggunaan racun dan kesan kualiti air yang terus menurun. Di Thailand ikan haruan jenis Channa striatus sahaja yang boleh dikomersilkan (Lihat foto). Ikan ini perlukan masa selama 6-9 bulan untuk sesuai dituai berbanding dengan jangkamasa ternakan ikan keli suma 5-6 bulan sahaja. Jika ikan haruan diternak lama maka ianya akan memerlukan bahan makanan sehingga 70% dari kos pengeluaran. Kolam ternakan ikan haruan di Thailand lazimnya seluas 800 - 1,600 meter persegi dengan ada sumber air bersih dan kedalaman kolam sekitar 1.5 - 2.0 meter. Beberapa kolam (sekurang-kurangnya 3 unit) disediakan untuk sekurang-kurangnya 3 peringkat penternakan ikan haruan. Bahagian dasar kolam dikeringkan selama 3 hari dan diisikan dengan lapisan pasir pada dasar kolam. Isikan air sebelumdimasukan anak benih ikan haruan.
Pemerhatian saya di Projek Ternakan Ikan Haruan kepunyaan Hj Usop di Kg Gadek , Alor Gajah, Melaka mendapati, anak benih ikan haruan lazimnya di perolehi daripada pencari anak haruan liar di Sawah Gadek Dalam dan disimpan dalam tangki beroksijan serta diberi makan pelet halus. Anak benih haruan lazimnya banyak (peak season) pada bulan May- September walau pun ada juga pada musim bulan lain. Anak benih ini diasuh dalam tangki sehingga 10 hari (atau sekitar 1-2 cm) yang diasingkan dalam jaring halus. Mana-mana anak ikan yang telah mencapai ukuran 1-2 inci boleh dipilih untuk dimasukkan kedalam kolam pembesaran atau tangki lain. Kadar harga anak benih haruan diantara RM 0.40 - RM 1.00 seekor bergantung kepada saiz dan jenis. Kadar stok ikan yang diamalkan sekitar 75 ekor/ meter persegi (kadar biasa) atau sebanyak 460 ekor/meter persegi (sistem padat). Kadar stok ini tidak menjamin bilangan ikan haruan yang akan jedi dewasa untuk dituai kerana ianya jenis karnivor yang akan makan sesama sendiri.
Makanan pelet ikan diberikan pada peringkat awal kemudian ikan baja yang dicincang diberikan sebanyak 3 kali sehari sehingga ikan bersaiz jari tangan. Makanan tambahan daripada baja ikan dan dedak padi diberikan sebanyak dua kali sehari beberapa minggu kemudian. Ikan haruan akan diberikan makan sekali sehari diperingkat bulan ke 7- 9 dan pastikan memberi makan ikut jadual. Pengalaman saya mendapati jika berlaku HUJAN-PANAS serentak dengan pancaran matahari terik, banyak ikan haruan akan mati keesokannya. Walau pun tidak ada laporan saintifik punca ini berlaku, tetapi saya agak ada kaitan dengan suhu kolam dan pancaran matahari yang berubah secara mengejut. Ikan haruan sukar untuk dilihat ujud dalam kolam ternakan. Sukar juga hendak kira bilangan yang hidup kalau kolam ternakan agak luas dan airnya dalam. Sebaiknya buat kolam ternakan ikan haruan yang kecil-kecil agar senang di uruskan terutama membuat pemisahan ikan besar dengan ikan yang lambat membesar (kecil)...nanti dimakan ikan besar.
Masaalah utama menternak ikan haruan adalah Kadar Kematian yang tinggi secara mengejut dan ini juga yang menyebabkan penternakan ikan haruan merupakan penternakan ikan air tawar paling banyak risiko kerugian. Sehingga kini banyak saintis yang cuba mencari jawapannya tetapi belum mendapat jawapan yang konkrit. Ikan haruan yang mati dan dapat dilihat perlu dikutip dan dibuang keluar kerana ianya akan menyebabkan kuman merebak dan akibatkan lebih banyak kematian. Saya dapat laporan dari kawan2 yang menternak ikan haruan, katanya 2 kali waktu ikan sering haruan mati banyak iaitu pada umur sekitar 60 -70 hari dan pada umur 230-250 hari selepas ternakan dalam kolam. Penggunaan ubatan antibiotik didapati boleh membantu mengurangkan kadar kematian dengan kadar antibiotik sebanyak 2 kg dicampur dengan 850 kg ikan baja dan 35 kg dedak padi. Selain dari masaalah penyakit, kos untuk ikan baja adalah sangat tinggi dan perlu konsistent serta mahal harganya. Itulah sebab industri menternak ikan haruan amat lambat berkembang.
Menternak ikan haruan mengambil masa 7 - 10 bulan sebelum sedia untuk dituai bergantung kepada spesis, cara-cara pengurusan, kualiti air dan juga kepadatan stok dalam kolam. Saiz ikan haruan yang sesuai untuk dituai apabila berat badannya sekitar 600 gram hingga 1 kg seekor mengikut kehendak pasaran. Cara menuai adalah dengan menggunakan jaring ikan (lihat foto sebelah) sebanyak 4-5 kali tangkapan. Pada kali terakhir kolam akan dikeringkan dan tuai semua ikan yang ada dalam kolam sehingga semuanya dikutip. Ikan yang dikutip dimasukkan kedalam tong mengandungi air bersih untuk dijual hidup. Ikan ini digredkan sebelum dihantar kepada pembeli. Kajian menunjukkan kadar penghasilan sebanyak 12-20 metrik tan seekar atau kadar hasil sebanyak 9-15 kg/meter persegi. Harga ex-kolam di Melaka sekitar RM 8.00 - RM 12.00 sekilogran dan di pasar dijual dengan harga runcit sekitar RM 15.00 - RM 18.00 sekilogram.
Apa khasiat ikan haruan ini?..... Ramai percaya ikan haruan mengandungi zat Asid Arachindonis yang baik untuk tujuan menyembuhkan luka-luka dalaman terutamanya selepas membuat surgeri atau pembedahan. Ikan ini mengandungi banyak vitamin, asid amino, protein dan lendirnya juga ada kalogen yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Saya paling suka makan ikan haruan goreng dimakan dengan nasi panas. Orang Cina memang suka makan ikan haruan yang di masak sup untuk kesihatan dan bagi mendapatkan khasiat ikan aharuan yang optima. Pada masa ini banyak usahawan yang telah berjaya menghasilkan pati ikan haruan yang dijual sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.
Ikan Haruan merupakan ikan yang saya fikir jenis Eksotik kerana ianya sukar diternak dan harganya tetap tinggi. Dulu masa duduk kampong hampir setiap bulan dapat makan ikan haruan kerana dapat memancing dikawasan kampong dan di kawasan sawah. Kini apabila sudah duduk di Putrajaya susah hendak dapat bekalan yang segar dan murah. Bagaimana pun kita boleh dapat khasiat pati ikan haruan daripada beberapa usahawan dalam bentuk cecair, kapsul dan pill (seperti foto sebelah) dengan mudah difarmasi dan kedai ubat. Kita kena baca apa yang ditulis pada label dan syarikat yang produk ikan haruan yang mengeluarkanya sama ada ianya berwibawa atau tidak. Selamat menikmati ikan haruan........
IKAN HARUAN...MEMANG BANYAK GUNANYA.....
SELEPAS PEMBEDAHAN...RAMAI CARINYA...
SUKAR DITERNAK...BANYAK MASAALAHNYA...
HARGANYA MAHAL...TOLONG JANGAN TANYA...
By,
M Anem
Kg Parit Bengkok, Gersik.
Ledang, Johor,
Malaysia
(16 JamadilAwal 1433H)

No comments:
Post a Comment