LIMAU NIPIS (Citrus aurantifolia) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita. Pengalaman saya dengan tanaman limau nipis ini lama kerana saya ada menanam beberapa pokok dikawasan rumah. Limau Nipis juga dipanggil sebagai 'Limau Masam' yang mana pokoknya mampu tumbuh setinggi 5 meter dengan banyak cabang dan ranting. Pokok ini mempunyai duri yang tajam , keras dan pendek. Daunnya adalah jenis daun ringkas, susunan selang seli, lebar daun 2-5 cm dan tangkainya mempunyai sayap yang tirus. Bunganya berwarna putih dalam jambak yang keluar dari ketiak daun. Buah limau nipis adalah bulat atau bujur (jenis berry) dengan ukuran garispusat sekitar 3-6 cm dan kulitnya berwarna hijau atau hijau kuning. Kulit buahnya sangat nipis dan mengandungi kelenjar minyak, banyak air serta terlalu berasid dan wangi. Artikel pagi Ahad ini saya menulis teknologi dan khasiat limau nipis berdasarkan buku tuisan Ong Hean Choi dan rujukkan dari beberapa sumber lain yang saya buat serta pengalamann persendirian.
Limau Nipis ditanam menggunakan bahan tanaman daripada TUT dan jarang-jarang terdengar benih daripada biji atau cara cantuman. Pokok mula berhasil pada tahun kedua atau ketiga selepas ditanam tetapi jika tanam daripada biji akan makan masa selama 5 tahun. Masaalah utama tanaman limau di Malaysia adalah serangan Citrus Greening Disease (CGD) dan penyakit Kanker Bakteria yang memendekkan jangkahayat pokok diladang. Ramai rakan-rakan saya minta anakbenih 'Limau Nipis Seedless' yang katanya bagus untuk ditanam secara komersil kerana harga buahnya yang tinggi. Sebenarnya tidak mudah untuk mendapatkan benih tersebut kerana belum ada akreditasi kualiti benih limau nipis dijalankan dibawah Skim Pengesahan Benih Tanaman oleh Jabatan Pertanian. Hanya beberapa nurseri swasta yang mendakwa ada membekalkan anakbenih limau nipis seedless yang juga harganya lebih tinggi.
Pengalaman penulis mendapati ada sesetengah orang yang mengalami alahan kulit kalau terkena duri, getah pokok atau minyak kulit buah limau nipis. Kulit yang terkena jus limau nipis dan terdedah kepada cahaya matahari akan bertukar menjadi perang dan sangat gatal. Ada maklumat nyatakan jus limau nipis akan membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid Citrik yang terkandung didalamnya juga mampu menghilangkan lemak bagi tujuan menguruskan badan...tetapi awas, anda janganlah seorang yang ada masaalah GASTRIK!. Air limau juga diminum sebagai penghilang dahaga yang enak dan mampu melancarkan proses penghadaman dalam perut. Kajian makmal mendapati kandungan setiap 100 gram jus air buah limau nipis adalah Asid Citrik (7 - 8%), Air (91 g), Kabohiderat (5.9 g), Protin (0.5g), Lemak (2.4g), Serabut (0.3g) dan Vitamin A (17 IU) serta Vitamin C (46 mg).
Khasiat permakanan limau nipis paling utama adalah bahagian Jus Buah yang dibuat perisa minuman dan juga sebagai lauk (dibuat sambal belacan...wow enaknya!) atau diperah untuk masakan kerabu, salad, ikan masin, diperah pada mee goreng, kueh tiaw goreng dan sebagainya. Buahnya juga ada yang diproses untuk dibuat acar, sos, jeruk (sama ada direndam dalam garam atau cuka). Paling popular pula dikalangan pengujung restoran dan hotel adalah minuman jus yang diperah dengan limau nipis dengan ais. Ada pula kulit limau nipis yang diperah untuk mendapatkan minyak ekstrak. Minyak ini digunakan dalam industri minyak wangi dan juga sebagai bahan untuk perubatan alternatif 'Aroma Theraphy'. Banyak jenama minyak ekstrak dari limau dipasaran untuk kosmetik, aroma therapy dan sebagainya.
Khasiat Perubatan bagi limau nipis melibatkan semua bahagian tumbuhan tersebut daripada Akar, Biji, Buah, Bunga, Daun dan Kayunya. Akar pokok limau yang direbus dan diminum dipercayai mampu mengubati masaalah disenteri, demam panas, gonorea dan hempedu. Bijinya yang dihancurkan dan dicampur kemudian dibancuh dengan gula dan diminum mampu membunuh cacing kerawit dalam perut dan usus. Jus buah limau nipis segar yang diminum mampu menghentikan masaalah cirit birit dan juga jika air limau nipis ini dimasukkan kedalam hidung, ianya mampu menghentikan masaalah hidung berdarah. Air pekat buah limau yang disedut guna straw (jangan kena gigi) mampu merawat sakit sendi, diabetes dan juga arterioskterosis. Air ini juga boleh digunakan sebagai pencuci luka.
Air Limau nipis yang dicampur dengan herba Dokong Anak dan diminum dipercayai mampu mengawal penyakit Gonorea. Selain itu serai yang direbus seperti teh herba dan dicampur dengan jus limau nipis juga dapat mengawal penyakit Bronkitis. Air limau nipis jug boleh disapu pada bahagian dada kepada pesakit radang paru-paru, disapu pada kulit yang ada penyakit kulit jenis Erisipelas akan dapat mengurangkannya. Ada pula yang kata hirisan limau nipis yang di campur dengan belerang mampu menghulangkan panyakit Panau pada kulit. BUNGA limau nipis yang direbus dan diminum didakwa dapat membantu kita untuk tidur dengan lena dan lama. Bahagian daun pula jika ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala dapat merawat Sakit Kepala. Daunnya juga yang ditumbuk lumat dan dicampur dengan jus pinang oleh merawat sakit perut. Air rebusan daun yang diminum sebagai tonik mengawal tekanan darah tinggi.
Daun Limau Nipis dicampur dengan Daun Avocado, Daun Durian Belanda dan Daun Asam Jawa yang direbus kemudian ditambah sedikit gla mampu mengawal penyakit Selsema. Daun limau nipis juga boleh diproses seperti daun teh dan dimium sebagai teh herba semasa serangan selsema. Kayu Limau Nipis juga ada khasiatnya iaitu dengan merebus kulit atau batang kayu, kemudian diminum mampu menghilangkan angin dalam perut dan angin dalam usus. Sesungguhnya tanaman limau nipis memang mempunyai khasiat yang banyak dan kita perlu menanamnya sendiri dirumah di atas tanah atau pun dalam pasu bunga yang besar. Semuga artikel pagi Ahad ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada pembaca. Wasaalam....
KHASIAT LIMAU NIPIS.....BANYAKNYA!....
MUDAH DITANAM....SENANG PETIKNYA.....
AMAT MASAM...ITU BANYAK GUNANYA.....
PELBAGAI PENYAKIT...DISEMBUHKANNYA..
By,
M Anem
Persint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1433H)

No comments:
Post a Comment