Wednesday, March 2, 2011

Pepasan


Pepasan (Coccinia grandis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga CUCURBITACEAE yang tubuh liar di negara kita Malaysia dan digunakan untuk sebagai ulam, sayur-sayuran. Mungkin ramai tidak tahu bahawa tumbuhan ini boleh di komersialkan untuk dijadikan makanan sayuran dan ulam-ulaman. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Pepasan ; Papasan (Malaysia), Ivy Gourd ; Small Gourd ; Scarlet Gourd (English), Kemarongan ; Bulu teke (Indonesia), sloks baah (Kemboja), tam ling ; tam nin (Laos), phakthamlung (Thailand) dan hua brau (Vietnam). Terdapat 30 spesis tanaman ini dari kawasan Afrika sehingga ke region Indo-Malaysia. Tanaman ini banyak di tanam di India, Thailand , Indonesia dan juga di Malaysia. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat mengenai teknologi tumbuhan Pepasan atau Ivy Gourd untuk pengetahuan pembaca berdasarkan kepada pembacaan dari buku teknikal dan pengalaman penulis agen pengembangan pertanian.


Tanaman ini digunakan untuk sayuran dengan mekan pucuk muda yang dijadikan ulan atau dicelur untuk dimakan yang sangat popular di Thailand. Buah pepasan atau ivy gourd dimasukkan dalam masakan sop atau kari. Buah yang masak adalah manis tetapi jenis liar buahnya pahit. Isi buah boleh dikeringkan untuk dijadikan makanan ringan dan disimpan lama. Dipercayai ianya dapat digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Setiap 100 gram pepasan mengandungi 94 g air, Prootin (2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (3.1 g), Vitamin A & B (0.07 mg), Vitamin B (0.08 mg), Vitamin C (15 mg), Ca (15 mg), Fe (1.4 mg), P (30 mg) dan sebanyak 90 kJ tenaga.


Pepasan adalah keluarga cucurbitaceae yang menjalar dan merambat seperti pokok timun dan mempunyai sulur rambat. Ketinggian sehingga 20 meter panjang apabila menjalar dengan batang berwarna hijau ketika muda dan akan keras kecoklatan apabila dewasa. Daunnya hijau berbentuk ovate yang lebar dan alternate. Panjang tangkai daun 1-5 cm dengan lebar daun 3-12 cm x 3-15 cm. Terdapat bunga jantan dan bunga betina yang kebanyakkanya berwarna keputihan dengan kelopak berukuran 1.5 cm x 2 cm. Terdapat buah berbentuk epilipsoid, baccate dan lonjong berwarna hijau berjalur putih dan akan kemerahan apabila matang berukuran 3-7 cm x 1 - 3.5 cm panjang. Biji pepasan berukuran 3 mm x 6 mm x 1.55 mm berbentuk assymetrical pyriform.


Tanaman pepasan biasanya di biakkan menggunakan kaedah KERATAN. Keratan berukuran 10-15 cm panjang dengan 0.5 cm garispuast di sediakan terlebuh dahulu. Tanah yang subur dan gembur perlu di buat batas dan diberikan baja organan. Jarak penanaman yang disyorkan adalah 2 m x 1.5 m. Pembiakan menggunakan biji benih tidak disyorkan kerana kajian saintis menunjukkan kadar percambahan biji benih adalah sangat rendah. Junjung jenis sistem trellis disediakan untuk menyediakan pokok merambat atau menjalar dengan sokongan. Peringkat awal perlu diajar anak pokok naik kejunjung dan biarkan tumbuh. Paling mudah di tanam depan rumah dan biarkan merayap diatas pagar.


Pembajaan diberikan baja NPK 15:15:15 pada peringkat tampang serta baja organan dengan kadar mencukupi seperti tanaman Peria (Momordica charantia). Baja buah NPK 12:12:17:2 diberikan untuk menggalakan pembungaan dan pembentukkan buah. Antara penyakit ppepasan adalah serangan Antraknos (Collectotricum spp), Penyakit Kulapok Berdebu (Erysiphe chichoracaeum) dan Penyakit Downy Mildew (Peronospora cubensis). Kawalan menggunakan racun kimia dan amalan kultura. antara musuh tanaman pepasan adalah seperti serangan Aphid (Aphid spp), Kumbang Merah labu (Aulacophora sp) dan juga lalat buah (Dacus spp). Kawalan menggunakan racun serangga jenis kontek atau sistemik.


Pepasan atau Ivy gourd ini akan berhasil sebanyak 10 kg sepokok setahun iaitu buah muda yang boleh dimakan. Lazimnya daun pucuk muda di petik untuk dijadikan sayuran segar sebagai ulaman dan sayur-sayuran. Daun muda yang di petik di kumpulkan dan diikat sebelum dihantar kepasar sebagai pucuk sayuran segar. Tanaman ini sangat digemari di India dan Thailand untuk dimasak dalam kari dan sop. Mengapa masyarakat Malaysia masih kurang mencuba pepasan dalam menu harian perlu di buat promosi dahulu. Tanaman pepasan mudah ditanam dan dihasilan secara komersial jika ada permintaan yang baik.


Selamat mengenali pepasan, selamat menanam pepasan dan selamat makan pepasan.


POKOK IVY GOURD....DI PANGGIL PEPASAN...
RAMAI TAK KENAL...ATAU TAK PERASAN....
ADA DI TANAM....MUNGKIN KECIL-KECILAN....
DAH BACA ARTIKEL...NAK CARI SAKAN....



By,
M Anem
Rumah
Ptjaya

No comments: