Thursday, March 3, 2011

LOBAK MERAH

LOBAK MERAH (Daucus carota Linn) adalah sejenis tanaman umbisi dari keluarga UMBELLIFERAE yang ditanam untuk sayura-sayuran dan dimakan sebagai salad, jus dan di proses untuk pelbagai jenis makanan proses. Lobak Merah juga di panggil sebagai Carrot (English), Carotte (Peranchis), Wortel ; Bortol (Indonesia), Karot (Filipina, Papua New Guinea, Kemboja) dan juga Khaerot (Thailand). Lobak dipercayai berasal dari kawasan Afghanistan, India dan Eropah bergantung kepada warna dan spesis. Paling popular adalah lobak berwarna ungu dan Oren yang banyak mengandungi anthocyanin dan karotin yang tinggi. Keluasan tanaman lobak di Malaysia sekitar 140 hektar pada tahun 2010. Artikel ini saya berbicara mengenai teknologi tanaman lobak berdasarkan pembacaan dari buku teknikal, pengalaman bertugas dan temubual dengan beberapa penanam lobak.

Tanaman lobak atau karot di seluruh dunia adalah sebanyak 13-20 juta metrik tan setahun dengan keluasan mencapai 600,000 - 800,000 hektar setahun. Kawasan Asia merupakan pengeluar utama lobak dengan keluasan melebihi 250,000-300,000 setahun diikuti dengan kawasan eropah dan Amerika serta Afrika. Dikalangan negara asia didapati China menanam seluas 120,000 hektar setahun diikuti dengan India (60,000 ha/tahun), Jepun (25,000 ha/tahun), Kores Selatan (5,000 ha/tahun) dan Taiwan (3,000 ha /tahun). Dikalangan Asia Tenggara pula Indonesia paling luas menanam lobak dengan keluasan melebihi 12,000 hektar setahun. Kebanyakan lobak yang di hasilkan di kawasan asia adalah untuk kegunaan tempatan dan domestik tetapi di kawasan Eropah dan USA sebahagiannya untuk pasaran ekspot.


Lobak digunakan sebagai sayuran dimana umbisinya di masak dengan sayuran lain , atau dimakan sebagai salad aatau di buat jeruk (Jeruk Lobak Masin dsb). Karot mengandungi banyak zat anthocyanin dan karotin yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kajian menunjukkan setiap 100 gram lobak mengandungi 91 g air, protin (1 g), Karbohiderat (9 g), Karotin (6-20 mg), Vitamin C (5-10 mg), Ca (40 mg), Fe (1 g) dan sejumlah 110 kiloJoule tenaga. Karot juga mengandungi bahan 'Terpenoids' yang memberikan rasa pada isinya. Rasa pahit pada lobak juga akibat lobak yang disimpan terlalu lama dimana bahan 'phenols' berubah menjadi sebatian iso-coumarin kesan ethylene.


Lobak atau Karot tumbuh menegak setinggi 20-50 cm dengan bagagian daun diatas tanah dan bahagian umbisi didalam tanah. Ketinggian mencapai 120-150 cm apabila pokok matang. Lobak mempunyi akar serabut atau akar rambut di sekeliling umbisi dengan panjang 5-50 cm. Daun lobak menegak dengan 8-12 tangkai tumbuh dari perdu pokok. Bunga lobak adalan jenis ambel kompoun yang mempunyai 50 atau lebih umbellets yang mana setiap satu umbellets ada 50 kuntum bunga. Buah lobak berbentuk ovoid-oblong dengan 2-4 mm panjang dan apabila matang ada 2 perikap. Biji lobak sangat halus dan panjang.


Penanaman lobak lazimnya menggunakan biji benih yang matang disemai dalam nurseri atau ditnam terus atas batas. Jarak tanaman disyorkan adalah 10-15 cm x 10-15 cm dengn kedalaman sekurang-kurangnya 1-2 cm biji benih dalam tanah. Keperluan biji benih lobak sebanyak 200 pokok/m2/ dengan kadar percambahan selitar 70%. Kawasan penanaman karot di Asia menghasilkan purata hasil sebanyak 4-5 pokok/m2 kerana cukup cahaya matahari. Kawasan perlu disediakan batas tanaman untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman.
Penanaman karot mempunyai beberapa masaalah serangan penyakit dan perosak. Kawalan penyakit dengan menggunakan kaedah IPM dan kawalan racun kimia. Harga lobak atau karot tempatan sekitar RM 5.00 sekilogram iaitu lebih sedikit daripada harga karot impot. Teknologi tanaman lobak di Malaysia perlu di tingkatkan agar pengeluaran lobak tempatan akan dapat di pertingkatkan pada masa akan datang.


TANAM SAYUR...NAMANYA LOBAK....
DIPANGGIL CAROT... DIMAKAN SEGAR...
SESUAI DITANAM....DI TANAH TINGGI...
PERLUKAN KEPAKARAN....BACA BLOG LAGI


By,
M Anem
Cameroon Highland
Pahang

No comments: