Wednesday, March 2, 2011

CILI DALAM POT

Mananam Cili Besar (Capsicum annum) atau Cili Padi (Capsicum frustecens) dalam pot atau bekas dikeliling rumah merupakan satu aktiviti yang sangat menarik dan menguntungkan. Apa tidaknya dengan menanam cili dalam pot dapat mengisi masa lapang dan yang seronoknya dapat bekalan cili yang segar, bersih, selamat dan sedap dimakan. Hasil cili boleh di petik mengikut keperluan kita dan tahap kematangan. Artikel ini memberikan tip mudah untuk menanam cili dalam pot.


1. Dapatkan benih cili yang berkualiti dari pembekal atau pasar. Keringkan biji benih tersebut dan bersihkan sebelum dijemur. Disyorkan benih hibrid seperti cili api Centil yang ada dijual di kedai pertanian.

2. Semai benih cili dalam bekas media kotak yang mengandungi media tanah atau sebaiknaya gunakan 'cocopeat'.Setelah 2 minggu benih cili akan bercambah dan selepas 1 bulan boleh diubah kedalam pot yang mengandingi tanah campuran (telah dimasukkan baja organik) atau media cocoapeat. Bilangan anak benih yang ada 3-4 helai daun sesuai dialihkan kedalam pot.


3. Por yang mempunyai garipusat sekurang-kurangnya 30 cm garispusat diisikan dengan media tanah atau cocoapeat dan mesi dibuat lubang dibawanya untuk pengaliran air. Disyorkan campuran tanah pada kadar 2:2:2 (Tanah atas, baja organik-tahi kambing dan sekam padi) digunakan. Bekas plastik, tin, plastik minyak dan sebagainya sesuai digunakan.


4. Pembajaan dilakukan setiap minggu menggunakan larutan baja NPK dengan kadar seimbang 16:16:16 atau NPK 15:15:15 dengan kadar sebanyak 3-5 gram satu liter air bersih. Siram atau simbah kepada setiap pot dengan kadar 0.25 liter (suku liter) atau setiap pokok.


5. Cantas atau potong pucuk pokok cili selapas 1.5 bulan ditanam untuk cantasan pembentukan dengan gunting atau pisau tajam. Ulangan cantasan dengan kekerapan 2-4 minggu sekali dan ini akan menyebabkan pucuk jadi rimbun, banyak cabang, banyak bunga dan banyak buah.


6. Tanaman cili berbuah selepas 4 bulan ditanam dalam pot. Periksa pokok dengan menyiram setiap hari untuk pastikan bekalan air mencukupi dan tiada serangan serangga perosak seperti koya, hama dan aphids.


7. Kutip buah cili yang telah cukup matang dengan teliti untuk elakkan berlakunya patah dahan atau gugur bunga. Pastikan penjagaaan dijalankan dengan baik agar pokok tersebut tahan lama dalam pot.

SELAMAT MENCUBA.

By,
M Anem
Melaka

No comments: