BAWANG DAUN atau DAUN BAWANG (Allium fistulotum) adalah sejenis tanaman atau tumbuhan dari keluarga LILIACEAE yang di tanam di Malaysia dengan komersial. Tumbuhan ini dipercaayai berasal dari Negara China yang disebarkan keseluruh dunia sebagai salad penambah perisa kepada makanan seperti sop, mee goreng, sukiyaki, kueh mueh dan juga masakan ayam. Penggunaan daun bawang di Malaysia agak signifikan dalam makanan Cina dan Melayu sebagai penyedap bau dan rasa makanan. Nama lain daun bawang adalah seperti Welsh Onion ; Bunching Onion (English), Daun Bawang (Malaysia, Indonesia), Ciboule (Peranchis), Buyah (Filipina), khtum sanlok (Kemboja), hanh hoa (Vietnam) dan hom-ton ; hom-chin (Thailand). Artikel ini saya akan bentang teknologi tanaman bawang daun berdasarkan pembacaan buku, pemerhatian persendirian penulis dan perbincangan dengan beberapa petani yang penanam bawang daun di Melaka, Cameroon Highland dan Sekitar Johor.
Mungkin ramai tidak pasti adakah daun bawang merah (Allium cepa L) yang kita beli dipasar dan ditanam dalam pasu itu daunnya sama dengan bawang daun (Allium fitulosum) ? . Bau dan bentuk mungkin sama tetapi sebenarnya ia dari spesis berbeza. Tidak ada statistik mengenai jumlah luas penanaman dan pengeluaran bawang daun diseluroh dunia tetapi rekod dari buku menytakan negara yang luas menanam bawang daun adalah Jepun ( sebanyak 24,200 hektar atau 564,000 metrik tan/tahun) diikuti oleh negara Korea seluas 18,900 hektar setahun dan Indonesia seluas 24,500 hektar setahun. Malaysia menanam lingkungan 250 - 350 hektar setahun tanaman bawang daun.
Pokok bawang daun merupakan herba yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk panjang tirus sama ada berbentuk selinder atau leper bergantung kepada spesis. Daun tumbuh dari pangkal rumpun menegak dengan panjang yang berbeza-beza setinggi 8-12 inchi. Akar bawang daun adalah jenis akar serabut yang keluar dari bulb atau umbisi dalam tanah dan merupakan akar rambut yang cetek. Bunga bawang daun berbentuk komposit berwarna keputihan serta centrifugal berukuran 3-7 cm garispusat. Bawang daun di negara temperate mengeluarkan biji benih yang banyak bersaiz 3 mx x 2.5 mm berwarna hitam berbentuk globose. Tanaman Bawang Daun di Malaysia tidak menghasilkan bijibenih kerana sinaran matahari yang pendek.
Setiap 100 gram daun bawang yang boleh dimakan mengandungi sebanyak 92 g air, Protin (1.7 g) , Vitamin A (480 IU), Lemak (0.2 g), Ca (80 mg), Fe (1.0 g), K (200 mg), Vitamin C (33 mg), Niacin (400 mg) dan tenaga sebanyak 105 KiloJoule. Saya suka makan mee goreng yang ada daun bawang dan juga taugeh. Begitu juga dalam sop yang semestinya ada daun saderi dan daun bawang yang menambahkan perisa dan aroma makanan tersebut. Kalau siapa yang suka makan 'char kuey Tiow' pasti tahu yang daun bawang merupakan satu komponen penting. Char kuey Tiow di Alor Setar, Kedah memang sedap wow!
Kawasan yang sesuai untuk penanaman daun bawang mestikah dari jenis tanah lom berpasir yang mempunyai sakiran baik dan bekalan air yang mencukupi serta tidak terlindung. Amalan di Malaysia adalah dengan menanam di atas batas aesuai dengan amalan agronomi. Antara varieti daun bawang yang popular di Indonesia seperti 'Plumpung', "Mambo', 'Nyona', 'Siih Kecil' dan 'Tosari'. Belum ada spesifikai varieti bawang daun di Malaysia kerana benih diimpot dari China dan diberi nombor tempatan untuk tujuan penjualan. Kebanyakan benih bawang daun untuk tanah rendah di gunakan yang mendapat pasaran baik.
Penanaman bawang daun di Asia Tenggara lazimnya menggunakan biji benih yang diimpot dari negara temperate dan disemai dalam kotak semaian. Keperluan benih dengan kaedah semaian nurseri sebanyak 2-4 kg/ha tetapi jika di tabur terus diatas batas perlukan benih sebanyak 8-16 kg/ha. Penanaman bawang daun diatas batas perlukan jarak 20 cm x 25 cm antara pokok secara mengubah semian atau membuat penjarangan (Kepadatan tanaman adalah 200,000 pokok sehektar). Anak semaian berukuran sebatang pensil atau 20-30 cm tinngi sesuai di ubah kebatas tanaman.
Pembajaan bawang daun dimulakan ketika penyediaan batas tanaman dengan baja organan dan sebaiknya bubuh 50-100 gram baja organan setiap lubang penanaman (atau kira-kira 10-220 mt/ha). Berikan baja urea dengan kadar 3 gram sepokok atau 500-600 kg /ha iaitu 3 minggu selepas menanam dan minggu ke 6. Kawalan rumpai adalah sangat penting pada tanaman bawang daun dengan menyemnur racun pra-cambah dan cabur secara manual 6-7 minggu lepas tanam dengan berhati-hati. Mencabut rumpout diatas batas akan menyebabkan akar rambut bawang daun putus dan rosak menyebabkan pertumbuhan akan terjejas. Tanaman bawang juga sesuai di intergrasikan dengan tanaman lain seperti kobis, kentang dan sayuran daun lain terutama di kawasan tanah tinggi di Asia Tenggara.
Tanaman bawang daun seperti pokok bawang mudah diserang penyakit dan perosak. Antara penyakit yang menyerang bawang daun seperti Bintik Ungu /Purple blotch (Alternaria porri), Penyakit Kulapok Downy (Peronospora spp), Penyakit Akar Putih (Sclerotium spp) dan juga penyakit yang di panggil "Yellow Dwarf Virus". Virus ini dibawa oleh serangga aphid yang akan menyebarkan keseluroh kawasan. Musuh tanaman bawang daun seperti Ulat ratus/Army worm (Spodoptera exigua), Ulat Makan Daun (Heliothis spp) dan juga Thrip Bawang (Thrips tabuci) yang mampu memusnahkan tanaman bawang daun.
Penuaian daun bawang di Malaysia dan negara tropika yang lain boleh dibuat sepanjang tahun tidak seperti di negara sejuk. Pokok yang sesuai dituai 2-2.5 bulan selepas ditanam dengan mencabut rumpun bawang, dibersihkan dan diikat ikut bundle. Kerja menuai daun bawang adalah intensif dan perlu berhati-hati agar daun bawang tidak rosak. Purata pengeluaran hasil bawang daun berbeza-beza seperti di Indonesia pada purata 7 mt/ha, di Taiwan (10-16 mt/ha) semantara di Jepun dan Korea mampu mencapai 25 mt sehektar. Pengeluaran bawang daun di Malaysia sekitar 4-5 mt sehektar dikawasan tanah rendah dan 5-6 mt/ha dikawasan tanah tinggi.
Bawang Daun adalah sejenis sayuran yang dikira agak penting juga untuk dikomersilkan dengan meluas apabila pasaran terjamin. Malaysia mampu menanam bawang daun sepanjang tahun kerana tidak ada gangguan cuaca. Pastikan anda mampu menanam bawang daun sendiri dari umbisi bawang merah yang ditanam didalam pasu. Kajian mengenai tanaman bawang daun perlu diteruskan di Malaysia dengan mencari spesis yang lebih sesuai dan amalan teknologi yang masih kurang di negara kita. Semuga artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada yang membacanya. Sekian.
TANAM BAWANG.....BAWANG DAUN.....
BANYAK DITANAM.... SEPANJANG TAHUN...
DAUN BAWANG....BANYAK GUNANYA....
TANAM SENDIRI...JIMAT BELANJANYA....
Related articles:
1. Bawang Putih (Klik disini)
2. Bawang Merah (Klik disini)
3. Leek (Klik disini)
4. Chacha Layar (Klik disini)
5. Saderi -Celery (Klik disini)
By
1. Bawang Putih (Klik disini)
2. Bawang Merah (Klik disini)
3. Leek (Klik disini)
4. Chacha Layar (Klik disini)
5. Saderi -Celery (Klik disini)
By
M Anem
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment