
Serai (Cymbopogon spp) merupakan sejenis tanaman renek (herbs) dari keluarga Poaceae (Dulu Graminanea) sama dengan keluarga jenis tumbuhan rumput. Serai dipercayai mempunyai sebanyak 37 jenis tetapi di Malaysia terdapat 2 jenis serai yang dikomerssilkan dan banyak ditanam iaitu Cymbopogon citratus dan juga Cymbopogon flexus. Dalam bahasa Inggeris serai di panggil 'Lemon Grass' atau kalau di melayukan jadi Rumput Limau atau Oil Grass. Jenis Cymbopogon citratus merupakan jenis yang banyak di tanam di Malaysia sementara Cymbpogon flexus banyak di tanam di negara India. Penulis pernah terlibat dengan projek tanaman serai ketika bertugas di MIADP Melaka sekitar tahun 1990'an , di Endau Mersing, DiDaerah Segamat dan di Daerah Muar. Serai banyak dijadikan tanaman cepat berhasil dan kurang risiko kecuali harga pasaran yang tidak menentu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman serai yang sangt mudah ditanam dan banyak digunakan didalam penyediaan makanan masyrakat kita.
Tanaman serai banyak di usahakan secara kecil-kecilan dan juga komersial. Keluasan tanaman serai di Malaysia lingkungan 240-300 hektar setiap tahun terutama di Negeri Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Diluar negara, serai banyak di tanam seperti di India, China, Guatamala dan Brazil untuk kegunaan domestik dan eksspot bagi penghasilan minyak pati serai. Laporan ststistik menunjukkan anggaran pengeluaran minyak pati serai dunia meningkat dari 310 mt setahun pada awal 1980'an kepada lebih 520 mt setahun pada tahun 2005. Minyak pati ini digunakan dalam pelbagai industri sampingan seperti Kosmetik, Makanan, Kimia dan minyak wangi. Penanaman serai di Malaysia hampir kesemuanya adalah untuk kegunaan segar sahaja sebagai perasa dalam masakkan. Terdapat beberapa usahawan IKS kecil-kecilan ada membuat minyak serai di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.


Serai sesuai di tanam dkawasan beriklim tropika dengan cahaya matahari yang banyak. hujan banyak membantu pertumbuhan serai dengankadar hujan lebih 2,500 mm setahun. serai mudah tumbuh ditanah subur tetapi pastikan mempunyai saliran yang baik. Tanah gembur serta lom berpasir sangat sesuai untuk serai. Antara pengalaman penulis menjalankan tanaman serai di kemengkang Jasin, Tebong dan Di Sg Balang Muar. Serai makan (Cymbopogon citrates) ditanam menggunakan anak benih induk berakar dari pokok yang telah tua melebihi 8-9 bulan di kebun. Kutip dan leraikan batang serai dengan memotong daun dan tinggalkan benih sepanjang 20-30 cm untuk ditanam. Tanah kawasan tanaman serai sebaiknya digemburkan dengan membajak piring dulu.



TANAM SERAI ... KELILING RUMAH....
BELI SERAI... HARGA MASIH MURAH...
NAK USAHAKAN KOMSERSIAL... TERSERAH....
KALAU TAK BOLEH JUAL...JANGAN PASRAH....
SERAI ADA DIPANGGIL.. SERAI PEHA GAJAH....
BUAT SERAI SERBUK... GUNA PUN MUDAH...
By
M Anem
Agronomist
DOA Muar
Johor
Malaysia
(Updated on 4 March 2013)
No comments:
Post a Comment