
Jambu Bol (Syngium malaccense) merupakan sejenis pokok buah-buahan saka yang juga di panggil "Malay Apple" atau ada yang panggil Jambu Jamaika atau Jambu Melaka. Nama biasa kampong saya disekitar Muar, Johor ialah Jambu Bol yang dimakan segar dan mempunyai bunga yang bermarna merah serta cantik (
Lihat foto bunga disebelah). Pokok Jambu Bol boleh dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui. Mungkin generasi muda sekarang tidak kenal pun pokok Jambu Bol. Tidak ada maklumat mengenai keluasan tanaman jambu bol di Malaysia. Penulis pernah makan dan kutip buah jambu bol masa kecil dulu di kampong di Muar Johor dari pokok yang dekat sekolah rendah. Artikel ini saya menulis teknologi tanaman jambu bol berdasarkan ilmu pengetahuan dari bertugas sebagai agen pengembangan dan pembacaan dari buku-buku teknikal serta sesawang internet.
Pokok jambu bol mempunyai batang yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal berukuran 30 cm panjang dan selalunya ada bintil-bintil (Lihat foto daun di sebelah). Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna merah ungu dan cantik. Buah jambu bol muda berwarna hijau dan akan menjadi merah ungu bercampur hijau apabila masak. Rasa buah jambu bol sangat masam semasa muda dan bertukar masam manis apabila masak. Biji jambu bol bulat sebesar buah pingpong (Jenis besar) dan keras. Berat buah lingkungan 200-400 gram sebiji yang berangkai antara 6-10 biji satu tangkai. Jika tidak dituai buah jambu bol akan gugur ketanah bersama biji dan akan tumbuh jadi anak pokok. Belum ada buah jambu bol yang diproses untuk dijadikan produk lain sehingga kini. Daun muda atau pucuk jambu bol pernah digunakan sebagai ulam makan dengan nasi seperti rasa daun pokok gajus.




Penanaman jambu bol boleh di kaji semua untuk kegunaan genarasi akan datang. Kajian ekonomi dan maklumat pakej teknologi tanaman ini perlu disediakan. Penanaman jambu bol mungkin dijadikan sebagai tanaman keliling rumah di kampong atau boleh di komersilkan jika ada yang berminat. Kawasan taman bunga atau tempat rekreasi Majlis Daerah dan Perbandaran wajar di tanam dengan jambu bol untuk rujukkan pengunjung disamping memperkenalkannya kepada generasi muda. Diharap artikel ini memberikan sedikit maklumat mengenai tanaman jambu bol yang semakin pupus di negara kita. Wasaalam...
JAMBU BOL....BUAHNYA MENARIK...
POKOK BESAR....HASIL ORGANIK....
SUKAR NAK BELI....JANGANLAH SERIK....
PERLU DIKAJI.... DAN LIHAT BALIK...
By
M Anem
Parit Bengkok, Ledang,
Johor
Malaysia
Malaysia
No comments:
Post a Comment