Sunday, June 20, 2010

ANGGUR


Penulis mememeriksa buah anggur jenis IAC di Ladang Anggur di Perlis.


Tanaman Anggur (Vitis spp) adalah tanaman berhawa dingin dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan di proses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wine dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Kajian penulis mendapati penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an. Dalam membuat rujukkan di Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman anggur di Malaysia tetapi penulis menganggarkan sekitar 10-15 hektar CHE. Hanya beberapa lokasi yang ada menanam anggur seperti di Perlis dan yang ada dinegeri lain adalah ditanam sebagai hobi sahaja.  Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman anggur untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. 


Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akanmengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.


                   Klon Black Queen (kiri) , Klon Black Opal (Tengah), Klon New White Malagga (Kanan)

Terdapat empat jenis anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu Jenis IAC, Jenis Black Queen, Jenis Black Opal dan Jenis New White Malaga. Jenis IAC mempunyai buah berwarna hijau yang matang dalam tempoh 8-12 bulan. Jenis Black Queen mempunyai buah berwarna kehitaman yang matang dalam masa 9-12 bulan sementera Jenis Black Opal mempnyai buah berwarna Hitam Biru yang matang selama 10-12 bulan. Jenis New white Malaga matang dalam tempoh 10-12 bulan dan buahnya berwarna hijau.

Anggur sesuai ditanam diatas tanah jenis liat berpasir dengan pH antara pH 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Kawasan perlu disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya. Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripada Tut dan Keratan. Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam. Jarak penanaman disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas sebanyak 4 kg baja organik (Tahi ayam proses dsb) dan CIRP sebanyak 120 gram. Penanaman angur di Malaysia sesuai dengan menggunakan struktur kalis hujan terutama di kawasan yang banyak hujan melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan.

Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8 meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah. Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Para tanaman anggur perlu dibuat bagi pokok anggur menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pembajaan dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/ pokok/ bulan dan 20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK 12:12:17:2 kepada 100 gm/ pk/ bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/ pk/ bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK 12:12:17:2 sebanyak 300 gm / pk/ bulan. Penyemburan baja daun atau baja foliar (Spt Grofas dll) yang dicampur racun kulat dan racun serangga membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.

Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon GA (Asid Giberalik) sebanyak 1 ppm ( 1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah. Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam 5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (Cepat kering). Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur masak untuk tambah kemanisan buah anggur.

Anggur mudah diserang penyakit seperti Antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit Kulapok Dawny antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat trkawal dapat atasi masalah seranga penyakit.

Tempoh pokok anggur matang bergantung kepada jenis dan variety serta pengurusan kebun. Biasanya buah boleh dituan 120 - 140 hari selepas pemangkasan pembuahan. Petak Pemerhatian yang saya lawati menunjukkan kapasiti bagi klon IAC sebanyak 8 - 11 kg sepokok semusim walau pun potensinya mencapai 22 kg /pokok / musim. Kos penanaman anggur sebanyak RM 182,000 sehektar (Antara tanaman yang kos pembangunannya tinggi). Dengan anggaran harga ladang anggur sebanyak RM 6.00 sekilogram dijangka pulangan akan dapat balik selepas 10 tahun! Berhati-hati dan buat business plan dengan betuk ebelum cuba menanam buah anggur di Malaysia.

BUAHNYA ENAK...BUAH ANGGUR...
TANAM SENDIRI... DEKAT DAPUR...
DIJAGA RAPI...TIDAK MENGANGGUR...
DAPAT HASIL ..MESTI BERSYUKUR...

Related article you may read :

1.  Avocado (Klik disini)
2.  Buah -Fruits (Klik disini)
3.  Buah Keras (Klik disini)
4.  Cermai (Klik disini)
5.  Cermai Belanda (Klik disini)
6.  Delima (Klok disini)
7.  Nona Kapri (Klik disini)
8.  Belimbing Buloh (Kloi disini)


By
M Anem

Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok, Muar,
Johor, Malaysia
Orang Johor

(Kemaskini pada 6 Oktober 2013)

No comments: