Pokok Rumbia mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10 - 12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi (Sila lihat foto sebelah untuk batang rembia). Pokok Rumbia juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau. Pokok Rumbia mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah. Pokok Rumbia mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga jenis dwiseks (Bisexual) dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di mana selepas ini pokok Rumbia akan mati.
Rumbia mempunyai dua jenis yang sering dijumpai iaitu Jenis Berduri dan Jenis Tidak Berduri. Pokok rumbia mempunyai batang menegak, tidak bercabang, mempunyai ruas dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Terdapat pokok rumbia yang mencapaii umur lebih dari 20 tahun dan masih bertahan. Akar pokok rumbia tumbuh dari pangkal batang dan berupa akar serabut. Daun rumbia berbentuk majmuk serta dimana tangkai daun mempunyai pelepah dan sesuai di buat atap rumah. Bunga rumbia mempunyai mayang yang akan membentuk buah rumbia. Paling istimewa adalah buah rumbia yang seakan buah nipah yang dihasilkan dengan berkulit keras yang hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang.

Bahan tanaman rumbia adalah diambil dari sulur pokok rumbia yang telah matang. Benih ini dikutip dan ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter (Kepadatan 100 pokok sehektar). Oleh kerana pokok ini ditanam dikawasan yang agak lembab maka penyiraman tak perlu. Periksa sulur yang ditanam dan ganti atau sulam jika mati atau rosak. Pembajaan tanaman rembia dijalankan 3 kali setahun. Pada tahun pertama hingga ketiha gunakan 50 kg/ha Dolomite, 50 kg/ha Urea, 50 kg/ha Rock Phosphate dan 50 kg/ha MOP. Kadar ini ditambah kepada sebanyak 200:100:50:50 pada tahun ke 4 hingga tahun ke 6. Pokok rumbia berumur lebih 7 tahun pembajaan sama pada kadar 200:100:0:100.

Batang rumbia dipotong-potong sepanjang 2.5 hingga 3.5 meter panjang untuk memudahkan diangkut keluar dari ladang dan terus dihantar kekilang memproses rumbia. Batang ini mesti dihantar untuk diproses tidak melebihi 2 hari untuk menjamin mutu sagu. Jika lewat kualiti sagu akan rosak sebab telah busuk dan berlaku penapaian. Penanaman rumbia di Malaysia khususnya di Sarawak perlu diteruskan untuk menjamin industri ini berterusan bagi menjamin bekalan kanji rumbia dalam Malaysia. Semuga artikel ini memberikan ilmu tambahan kepada anda semua. Wasallam!.
![]() |
BATANG REMBIA YANG DITUAI. |
POKOK RUMBIA ...LIAR TUMBUUHNYA...
RAMAI TAK TAHU..BENTUK MACAMANA....
SAGU RUMBIA.... PELBAGAI GUNANYA...
KURANG DITANAM...DIMANA-MANA...
Artikel berkaitan
1. Sisal (Klik disini)
2. Pokok Kekabu (Klik disini)
3. Rami (Klik disini)
4. Jut (Klik disini)
5. Kelapa Pandan (Klik disini)
6. Pinang (Klik disini)
By
M Anem
Senior Agronomist.
Senior Agronomist.
DOA Sarawak
Jalan Simpang Tiga,
Kuching, Sarawak
Malaysia.
(Pegawai Program Intergrasi Nasional 1995-1997)
- Kemaskini artikel pada 11 September 2013
Jalan Simpang Tiga,
Kuching, Sarawak
Malaysia.
(Pegawai Program Intergrasi Nasional 1995-1997)
- Kemaskini artikel pada 11 September 2013
No comments:
Post a Comment