Cili Padi (Capsicum frutescens L) atau merupakan sejenis tanaman yang kurang dikomersilkan tetapi sangat penting didalam masakan orang Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak negara lain. Cili Padi adalah daripada keluarga Solanaceae yang kebanyakan ditanam secara kecil-kecilan tetapi berterusan untuk pasaran domestik dan eksopot kenegara jiran. Didalam saya membuat rujukkan mengenai ststistik keluasan penanaman cili padi di Malaysia, amat sukar untuk mendapatkan maklumat kerana ia jarang dilaporkan secara khusus. Penulis menganggarkan sekitar 250 - 300 hektar. Cili Padi juga dikenali sebagai nama Cabe atau Lombok Rawit (Indonesia), Phrik Kheenuu (Thailand), Siling Labuyo (Filipina), Hot Paper (English) dan banyak nama lagi. Ia merupakan satu tumbuhan yang mempunyai ciri rasa sangat pedas apabila dimakan mentah atau dimasak. Rasa pedas dalam cili kerana kandungan bahan Capsaicin yang akan terus bertindakbalas dengan cecair dalam mulut. Saya dapati pelbagai nama lain digunakan di Malaysia seperti Cili Api, Cili Burung dan juga Cili Api Kampung. Tanaman ini dari keluarga Solanaceae dipercayai berasal dari Asia Tenggara dimana digunakan sebagai bahan utama untuk bahan masakkan tempatan, Di Negeri Sembilan "Masak Lemak Cili Api" merupakan satu kebanggaan dan resepi yang sangat popular. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cili padi berdasarkan pengalaman, pemerhatian, kajian kea dan membuat rujukkan dari banyak buku ilmiah.


Benih cili lazimnya dibeli daripada pembekal benih tempatan bagi mereka yang baru menceburi bidang penanaman cili padi. Kaedah terbaik menyediakan benih cili padi adalah dengan mengambil sendiri cili padi yang masak dipokok yang mempunyai buah yang lebat, tahan penyakit dan mempunyai saiz yang sederhana. Keluarkan biji dari cili tersebut dan ia perlu di jemur untuk pastikan 'Break Dormancy Period' dan semai di tapak semaian. Anak benih cili padi boleh di alih ke ladang atau ditanam dalam pasu atau secara sistem fertigasi. Saya sering beri nasehat kepada penanam cili padi pentingnya menyemai benih cili didalam struktur kalis serangga (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Struktur Tapak semaian disediakan di kawasan sesuai dengan jaring kalis serangga sekurang-kurangnya saiz 32 mesh agar serangga perosak tidak dapat masuk. Gunakan media cocoa peat untuk menyemai benih cili atau tray semaian. Penyediaan anak benih cilii dalan struktur berjaring dapat mengurangkan kejadian pokok diserang layu bakteria dan kerinting.
Jarak tanaman di kebun 0.5 meter x 0.75 meter dan sebaik-baiknya ditanam atas batas atau kawasan tidak terendam. Pembajaan asas gunakan CIRP dan elakkan daripada menggunakan tahi ayam seperti sayuran lain kerana pemerhatian mendapati tahi ayam mempengerohi kejadian layu bakteria. Penggunaan baja kompos dan tanah bakar didakwa mengelakan serangan penyakit. Ada petani mendakwa penggunaan baja 15:15:15 dan 12:12:17;2 yang tidak sempurna juga perlu dibuat penelitian kerana belum ada kajian saintifik dilaksanakan. Serangan penyakit dan perosak tanaman cili padi memang banyak. Antara penyakit yang mudah menyerang tanaman cili padi adalah Penyakit Kerinting Daun yang disebabkan oleh virus (mungkin virus Triteza). Serangan dibahagian daun yang membentuk kerinting , berkerekot dan kurang pembentukkan tunas muda baru. Akibatnya tiada bunga baru terbentuk dan pokok terencat pertumbuhannya. Buah yang terbentuk juga bersaiz sangat kecil dan pokok tidak produktif lagi. Ada petani yang memotong bahagian dahan yang diserang penyekit kerekot pada peringkat awal dapat melambatkan serangan. Biasanya disyorkan untuk dicabut dan dimusnahkan dengan dibakar ditempat yang jauh dari kawasan penanaman. Penyakit Layu pada tanaman cili padi juga sering berlaku terutama pada kawasan pernah bertanam cili yang disebabkan oleh bakteria Fusarium spp atau Phytium spp. Pokok akan menjadi layu dan kering seterusnya mati dan kawalan menggunakan kaedah Amalan Kultura dan APB. Penyakit Bintik Berpusar (Antracnose) disebabkan oleh Collectotricum spp kadang-kadang menyerang cili padi. Antara musuh tanaman cili padi ialah Koya, Aphid, Mites dan juga burung.


YANG SANGAT PEDAS ...CILI PADI...
TANAM BESAR2AN ... SELALU TAK JADI...
HASIL SEDIKIT ... SELALU HARGA TINGGI...
TANAM BANYAK...MACAM MAIN JUDI....
KADANG2 UNTUNG....KADANG2 RUGI....
Related articles you can read:
1. Chili (Klik disini)
2. Cili Api CENTIL (Klik disini)
3. Capsaicin yang Pedas (Klik disini)
4. Cashflow Cili (Klik disini)
5. Cili dalam pot (Klik disini)
6. Cili Kulai Fertigasi (Klik disini)
6. Benih Sayuran (Klik disini)
8. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
9. Cili Benggala - Bell pepper (Klik disini)
10. Baja organik TAHI AYAM (Klik disini)
By
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Kamariah,
Senior Agronomist,
Jalan Kamariah,
Muar, Johor.
Malaysia
(Kemaskini pada 11 Ogos 2013)
Malaysia
(Kemaskini pada 11 Ogos 2013)
No comments:
Post a Comment