Tuesday, May 11, 2010

Burung Puyoh

Burung Puyoh (Cortunix japonica ) atau Quail (English) merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh dan telur puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan. Penulis pernah memberikan khidmat pengembangan projek burung puyoh ketika bertugas di Melaka (MIADP) dan dengan JPV ketika di Muar. Salah satu petani di Kundang Ulu, Muar (En Aman) menyatakan projek ternakan puyoh kebanyakkanya dijalankan secara kecil-kecilan.
Pengeluaran daging puyoh di Malaysia sebanyak 2,560 metrik tan pada tahun 2008 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2008. Rekod juga menunjukkan terdapat seramai 63 orang penternak burung puyoh daging dan 17 orang penternak puyoh telur. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka dan Johor. Negeri2 lain kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka.

Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh mengendungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dar semasa kesemasa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Telur puyoh juga mempunyai rasa khusus yang sedap dan enak. Pau Maharani yang dibuat dan dijual di Muar mengandungi sebiji telur burung puyoh dan merupakan satu produk sebagai Produk SDSI Daerah Muar.

Kajian pasaran mendapati daging puyoh siap proses sejuk di jual dengan harga RM 25.00 (Dalam bungkusan 10-12 ekor). Telur puyoh pula dijal dengan harga RM 5.00 untuk 10-12 biji telur di pasar besar Muar dan Pasar Malam Tangkak. Telur ini sangat popular untuk inti dalam "Kueh Pau Maharani" dan Pau disekitar Muar yang sangat lazat. Setiap biji kueh pau ini sam ada perasa Ayam atau Daging mesti ada sebiji telur puyoh. Di restoran Makanan Siam pula sajian daging puyoh goreng berempah atau goreng halia dijual dengan harga RM 5.00 - RM 6.00 di sekitar Muar dan Melaka.

Ternakan burung puyoh perlukan reban puyoh, bekalan air bersih, bekalan letrik dan kos makanan puyoh. Baka puyoh diperolehi dari penjual baka puyoh dengan harga RM 1.20 seekor. Burung diternak dalam masa 40-45 hari sebelum sesuai untuk di proses dan dijual. Burung ini di sembelih dan dibuang bulu seterusnya di buang bahagian usus dan perut. Burung dibasuh sehingga bersih dan di gredkan mengikut saiz sebelum dibungkus dan dimasukkan dalam Freezer. Pastikan segala proses mengikut GMP yang bersih dan selamat dimakan.

TERNAK BURUNG ... BURUNG PUYOH...

DALAM PAU MAHARANI... ADA TELUR PUYOH...

DAGING PUYOH... SEDAP DI GORENG BEREMPAH...

TELUR PUYOH ... MAKAN SEBIJI TAK SUDAH.....

By,

M Anem

Muar, Johor

No comments: