Monday, November 17, 2014

KELULUT - KISAH DI MIN HOUSE CAMP

KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan serangga daripada keluarga Apidae sama seperti Lebah Madu (Apis spp) yang mengambil nektar dan debunga tumbuhan sebagai sumber makanan. Kelulut merupakan jenis serangga yang tidak menyengat dan mampu menghasilkan madu serta beberapa produk lain seperti propolis, debunga dan sebagainya. Penulis berpeluang melawat usahawan kelulut yang berjaya yang menggabungkan penternakan kelulut dan Agrotourism serta penyelidikan ternakan kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan. Kak Yah telah memberikan penerangan bagaimana minat dan hobi menternak kelulut ini telah berjaya menjadi satu aktiviti ekonomi yang sangat baik untuk generasi baru bagi menjana pendapatan yang baik terutama untuk golongan muda. Kini dikawasan keliling rumah beliau diletakkan beratus-ratus koloni kelulut dari 7 spesis termasuk dua spesis yang popular dan produktif iaitu Heterotrigona thoracica dan Heterotrigona itama. Kedua-sua spesis kelulut ini mempunyai potensi yang baik untuk dikomersilkan di Malaysia berdasarkan kepada pengalaman dan kajian yang dilakukan. Rekod menunjukkan Min House Camp juga merupakan pusat penyelidikan kelulut daripada beberapa univerisiti tempatan dan antarabangsa untuk mengkaji serangga kecil berwarna hitam berfaedah ini. Salah seorang pengurus di Min House Camp ini iaitu Hishamuddin Ghazali yang saya temui menyatakan banyak produk-produk berasaskan aktiviti penternakan kelulut yang boleh dan telah dihasilkan dan beredar dipasaran. Kebanyakan produk kesihatan ini adalah untuk tujuan makanan kesihatan, produk komestik dan sebagainya.


Lebah Kelulut merupakan serangga tidak menyengat yang lazimnya tinggal dalam batang kayu sebagai rumah. Kelulut liar dalam batang kayu boleh dibeli daripada pembekal tempatan dengan harga RM400 - RM500 sementara koloni kelulut lengkap dengan topping yang aktif dijual dengan harga RM800 - RM1,000 satu set. Usahawan ini juga ada membekalkan koloni kelulut kepada penternak-penternak kelulut yang ingin memulakan projek. Lebah kelulut ini akan mendapatkan sumber makanan daripada tumbuhan yang terdapat disekeliling kawasan tempat tinggalnya seperti bunga daripada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya. Pelbagai jenis tanaman sumber makanan kelulut ditanam disekitar tempat ini seperti pokok duku, tunera, senduduk, durian, jambu dan sebagainya. Pengurusan kelulut sangat minimum berbanding haiwan ternakan lain disebabkan tidak perlu diberi makan, hanya perlu perhatikan keadaannya bebas dari serangan oleh serangga perosak, kulat, kemasukan hujan dan juga keadaan jika terlampau panas dalam batang kayu saja. Ada petua yang menyatakan adalah kelulut bagi anda madu dan bukan anda yang memberi makan kepada kelulut kecuali dalam keadaan tertentu untuk penyelenggaraan. Penulis juga dapati aktiviti menternak kelulut adalah sangat sesuai untuk dijalankan secara part time atau sepenoh masa bergantung kepada jumlah koloni dan pengurusan. Ramai usahawan kelulut boleh pergi berkerja atau bercuti dan koloni kelulut masih aktif.


Penerangan yang diberikan menunjukkan penternakan kelulut mampu menghasilkan madu bergantung kepada jenis kelulut diternak dan faktur sumber makanan. Jenis Kelulut T. thoracica dilaporkan lebih aktif dan mampu terbang tinggi untuk mengutip nektar dan pollen daripada pokok berbunga tinggi seperti durian, duku, kelapa dan sebagainya berbanding dengan jenis T. itama yang terbang rendah dan agak perlahan. Perhatian penulis mendapati perkara ini dinilai dengan penghasilan madu dati T. thoracica yang mampu mencapai sebanyak 200 - 600gram waktu musim biasa dan 800 gm - 1,800 gm waktu musim bunga secara purata. Jika diambul kira pendapataan daripada aktivit penternakan kelulut bolehlah dimulakan dengan sebanyak  jumlah kecil sekitar 50 koloni dan jika purata madu sebanyak 400gram (purata hasil biasa), maka anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak 20kg x RM240  iaitu sebanyak RM4,800/bulan. Kajian semasa pasaran diladang madu kelulut diantara RM 200 semantara harga pasaran runcit sekitar RM240/kg. kajian menunjukkan harga madu kelulut adalah lebih dari 3 kali ganda lebih mahal daripada madu lebah biasa (Madu Lebah Tualang, Lebah Keran dan Lebah Impot).


Apakah khasiat madu kelulut dan adakah ia memberikan kesan kesihatan kepada manusia?. Daripada kajian pihak Mardi dan USM Kubang Kerian dilaporkan bahawa kandungan adalah antara dua hingga tiga kali ganda daripada madu lebah biasa walau pun harganya agak tinggi. Usahawan di Min House Camp mempunyai makmal memproses madu yang menghasilkan produk madu asli kelulut asli dalam botel (Seperti foto disebelah) dan juga produk-produk lain madu dengan propolis dan sebagainya. Teknik pembotolan ini mengikuti semua aspek keperluan spesifikasi syarat pengeluaran makanan seperti sijil HALAL, MESTI dan sebagainya. Hasil madu ini dijual dipremis usahawan dengan jaminan kualiti. Antara beberapa usaha promosi dilakukan melalui pameran, penerbitan dalam program RTM seperti AGROJOURNAL dan AGROTEK. Sila anda link dengan salah satu program terbitan RTM disini (http://www.youtube.com/watch?v=KPxzzdj_nX0).  Aktiviti Agrotourism yang diujudkan usahawan di Min House Camp termasuk mengadakan Chalet, Riadah Berkayak, Mencari Lokan, menyusuri kampong waktu malam dan sebagainya. Kepada anda yang belum melawat lokasi ini, sila berbbuat demikian. Wasallam!.
TERNAK KELULUT...DIKELANTAN...
DEKAT BANDAR... KUBANG KRIAN...
BANYAK KOLONI...BUAT LAWATAN...
TIMBUL MINAT... JADIKAN RUJUKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Min House Camp, Kg Pulau,
Kubang Krian, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(9 Muharam 1436H) 

No comments: