KELAPA (Cocos nucifera) adalah sejenis tanaman pelbagai guna yang juga digelar 'Pokok Kehidupan' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Tree of Life'. Kenapa ia digelar sebagai pokok kehidupan adalah kerana hampir semua bahagian pokok tersebut adalah boleh digunakan daripada bahagian bawah, tengah sehingga bahagian atas pokok. Walau pun biji kelapa dipanggil jenis benih 'Kepala Batu' atau dikategorikan sebagai 'recalcitrant seeds' tetapi ianya adalah buah yang mempunyai pelbagai kegunaan. Penulis yang kini banyak membuat pembacaan dan penelitian maklumat mengenai kelapa telah menulis beberapa artikel mengenai kelapa sebelum ini (Sila klik disini, Sila klik disini, Sila klik disini, Sila Klik Disini dan Sila Klik disini). Kelapa telah pun dijadikan tanaman penting dibeberapa buah negara terutama di kawasan tropika iaitu dinegara-negara pulau (Island) yang mana tanaman lain kurang sesuai untuk diusahakan. Terdapat seluas 12.8 juta hektar tanaman kelapa saeit diseluruh dunia dimana ia dijadikan tanaman industri yang melibatkan berjuta-juta orang petani. Penulis telah membuat lawatan kebeberapa buah kilang memproses buah kelapa diseluruh Semenanjung Malaysia untuk mengetahui bagaimana ianya beroperasi dan menjamin produk makanan berasaskan buah kelapa ini dilakukan. Pengalaman ini akan penulis kongsi mengenai produk air kelapa tua jenama "VITA COCO" bersama pembaca blog "Anim Agro Technology" sebagai sumbangan intelektual terhadap teknologi memproses biji kelapa tua di negara kita. Sebahagian daripada pengalaman ini adalah menarik untuk dijadikan bahan rujukkan berguna kepada anda semua.
Di Malaysia terdapat sekitar 15 - 20 buah kilang memproses buah kelapa untuk dijadikan pelbagai produk terutamanya yang berasaskan isi buah kelapa. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat 15 buah kilang memproses buah kelapa yang beroperasi di Johor, Selangor, Perak dan Kedah. Kilang-kilang ini mendapatkan bekalan buah kelapa daripada negara jiran iaitu Indonesia melalui permit imppot yang dikawal oleh Kementerian Pertanian. Anggaran kuota impot tahunan kelapa tua biji daripada Indonesia adalah sekoitar 120 - 150 juta biji setahun untuk menampong kegunaan kilang bagi ia beroperasi. Biji kelapa tua ini yang hendak diimpot perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Pertanian setiap kali konsainan. Kebanyakan kilang akan mengimpot 80% daripada bahan mentah biji kelapa dan bakinya diperolehi daripada pembekal kelapa tempatan. Kajian penulis mendapati anggaran harga biji kelapa tua yang dibawa masuk dari Indonesia sekitar RM0.35 - RM0.45 sebiji bergantung kepada kualiti, saiz, kesegaran dan sumber bekalan. Ia adalah jauh lebih murah daripada kelapa tempatan yang mana harga ladang adalah diantara RM0.70 - RM1.00 sebiji. Kebanyakan kelapa tempatan adalah untuk pasaran segar tempatan yang dijual dipasar basah, kedai runcit dan sebagainya untuk menghasilkan santan segar dan pelbagai produk asas kelapa lain termasuk VCO, Kerisek dan sebagainya.
Kadar timbangan setiap biji kelapa impot purata 1.2 kg sebiji dan ianya akan dibuang sabut, dibuang tempurung (dipatek) sebelum dibuang kulit luar isi kelapa sehingga bersih menjadi warna putih kesemuanya (daging isi kelapa). Pemerhatian penulis dibeberapa buah kilang mendapati air kelapa tua ini akan dikeluarkan dahulu dengan menebuk lubang sekitar 2 cm ukurlilit dan mengutip dengan bekas khas. Air ini akan dirawat secara 'pasteurised; dan ditambahkan dengan Vitamin C bagi meningkatkan kualiti isotoniknya. Kajian awal kualiti air yang dikutip ditentukan dengan kandungan gula sekitar 3.0 - 3.5 (TSS - total soluble sugar) dan keasidan sekitar pH5.0 - pH5.6. Air kelapa ini akan dibungkus dengan bungkusan 330 ml dengan kotak TETRA-PEK dan akan diekspot keluar negara terutama USA. Pada label tertulis perkataan 'Pure Coconut Water' dan 'Hydrate naturally' dimana harga runcit di USA adalah USD1.50 - USD2.00 satu kotak. Apa yang menarik adalah remaja USA memang amat menyukai air kelapa tua ini yang pada saya (Orang Malaysia) rasanya tidak seenak air kelapa muda. Dikotak tersebut saya baca kenyataan menarik seperti '100% natural', 'Jam-packed with naturally occuring electrolytes' dan 'No fat and no cholesterol'. Bagaimana pun paling catchy bagi saya adalah perkataan 'More pottasium than a banana (Dont tell the Monkeys) - Potassium really helps your body properly hyderated'. Bagaimana pun produk ini amat sukar di perolehi dipasaran tempatan kerana ia khusus untuk ekspot sahaja.
Meneruskan penulisan saya dedahkan fakta nutrisi yang terkandung dalam air kelapa tua ini. Bagi setiap 330 ml yang ada didalamnya, ia mempunyai tenaga sebanyak 60 kalori dan tiada lemak tepu (0%), tiada kolesterol serta tidak ada 'trans fat'. Ia diperkayakan dengan Sodium (100 gram - 4%), Potassium (620 gram - 18%), Karbohiderat (15 gram - 5%) tetapi tidak ada Protin (0%). Fakta nutrisi ini didakwa lebih baik daripada air isotonik seperti 100-Plus dan produk lain yang ada dipasaran. Bagaimana pun pada saya rasanya yang ada bau minyak, bau tuak dan bau VCO kurang sedap berbanding air kelapa muda yang mana kita boleh berli RM1.00 sahaja segelas (Harga Pasar Malam). Ini disebabkan kelapa tua yang diimpot daripada Indonesia memang betul-betul telah tua dimana kandungan santannya adalah tinggi. Produk ini dahulu dipelopori oleh Brazil yang mengekspot ke USA sejak dahulu lagi sebagai minuman berkhasiat asli (natural water). Kini Filipina dan Indonesia telah menghasilkan air kelapa tua ini untuk pasaran dunia dengan nilai ratusan juta ringgit setiap tahun kerana permintaan yang amat tinggi. Mula-mula sekali minum air ini saya kurang suka tetapi setelah disejukkan dan diminum sehingga habis penulis sudah mula merasa akan unik dan keenakkannya. Rasanya kepada anda yang mempunyai kelapa tua yang banyak boleh membuatnya sendiri daripada dibuang begitu sahaja air berkhasiat ini. Wasallam!.
KELAPA TUA BIJI... PUTIH ISINYA...
DITEBUK LUBANG...AMBIL AIRNYA...
DIMASAK SIKIT... JAGA KUALITINYA...
AIR ISOTONIK...IA DIJUAL DIUSA ...
.
By,
M Anem,
Linaco Sdn Bhd,
Parit Kelicap,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1435)

No comments:
Post a Comment