Tuesday, September 9, 2014

POLYMER CRYSTAL GEL - TANAM BUNGA

CRYSTAL POLYMER GEL merupakan satu produk non-toxic yang mampu untuk menyimpan air sesuai untuk digunakan dalam sektor pertanian. Bergantung kepada bahan asas pembuatannya, bahan ini mampu menyimpan air berkali ganda daripada saiz asalnya sehingga maksima 400 kali ganda daripada saiz awalnya. Dalam satu laporan produk Water-Gel Crystal menunjukkan satu aun (20.35 gram) butiran atau serbuk gel kering ini mampu menyimpan air sebanyak 1 gelen air (3.8 liter) dan terus kembang selama 8 jam. Pada masa ini butiran gel akan menyerap air dan meningkatkan beratnya sehingga 400 kali dimana semakin membesar saiz bergantung kepada kualiti air disekelilingnya. Bagaimanakah gel ini boleh dimanafaatkan dalam sektor pertanian?. Tentu ada dikalangan kita yang berpengalaman menanam bunga atau tumbuhan didalam rumah yang tidak menggunakan tanah tetapi sebaliknya hanya menggunakan gel sahaja. Untuk mendapatkan gel yang berwarna warni pula ia ditambahkan dengan air yang telah dibubuh bahan pewarna makanan (merah, hijau, kuning, biru atau apa juga warna kesukaan) sebelum dimasukkan serbuk gel didalam bekas tersebut. Lebih hebat lagi kalau dibubuh bahan (bahan bukan asas minyak) yang boleh mengeluarkan bau (aroma) enak yang dimasukkan kedalam air untuk menghasilkan gel yang berbau segar. Kemudian bahan gel yang telah kembang ini dimasukkan dalam bekas cantik dan diambil anakbenih tumbuhan daripada tanah atau hidroponik dan dimasukkan kedalam bekas tersebut. Bila diletakkan dilokasi khusus, akan mendapat satu produk landskap yang cantik dan indah serta bersih. Artikel subuh ini Ahad saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sekali lagi satu teknologi moden mengenai penggunaan gel dalam pertanian untuk rujukan anda.


Memang mudah menggunakan gel untuk dijadikan media tanaman landskap iaitu dirumah anda. Serbuk gel ini dijual dalam banyak bentuk iaitu sama ada dalam paket kecil berbagai jenama atau dijual dalam kuantiti yang banyak (10 kg/unit) dan ia lazimnya berbentuk serbuk berwarna keputihan. Ambil hablur gel ini dan kalau suka warna ungu perlu digunakan bahan pewarna makanan ungu dibancuh dengan air bersih. Masukkan serbuk (ikut sukatan sesuai) sedikit kedalam air ungu tersebut dan ia akan mula menyerap air menjadi bebola besar berwarna ungu (Sila lihat foto disebelah). Apabila cukup kembang maka tumbuhan daripada tanah dan hidroponik ini perlu diambil bersama akarnya yang telah dibersihkan dari tanah dan masukkan kedalam bekas yang mengendungi gel berwarna ungu ini. Pastikan akar tumbuhan berada dicelah-celah gel dalam bekas (jangan biarkan diatas gel). Lazimnya Water-Crystal Gel dijual dalam bentuk empat (4) kategori saiz serbuk iaitu Serbuk Halus (0.2-0.8 mm), Kecil (0.8-1 mm), Sederhana (1-2 mm) dan Besar (2-4 mm) dimana ia juga amat sesuai untuk dicampurkan dalam satu adunan lebih cekap.


Pemerhatian penulis mendapati penggunaan bahan Crystal Polymer Gel tidak memerlukan kita menyiram pokok untuk selama beberapa minggu dimana poko tetap segar. Kalau dilihat kita akan dapat melihat saiz dan isipadu polymer crystal gel ini akan mengurang mengikut masa dan ia akan kembang kembali apabila kita masukkan air semula. Ini adalah disebabkan oleh berlaku pengurangan kepada isipadu gel disebabkan oleh proses 'evapotranspirasi', sinaran matahari dan digunakan oleh tumbuhan dalam bekas tersebut. Bagi mendapatkan hasil terbaik, keluarkan tumbuhan tersebut dan buang akarnya yang banyak sebelum dimasukkan semula kedalam bekas gel baru yang sama dengan proses diatas. Crystal Polymer Gel akan memyerap dan membesar sendiri apabila tersentuh dengan air dimana elakkan daripada ia berdekatan dengan radiatoratau elakkan dari ditinggalkan lama atau diletakkan dibawah sinaran panas matahari. Pendedahan terus kepada matahari dan terlalu kerap menyebabkan gel ini akan cepat rosak.


Warna pada gel ini boleh ditukarganti dengan warna lain mengikut kesukaan kita. Cara menukar warna gel adalah dengan merendam gel dalam air bersih semalaman (sebaiknya air sedikit mengalir) dan dibilas sehingga bersih. Keringkan gel selama 30 minit. Proses ini lazimnya dilakukan menggunakan jenis air suling atau air mineral yang tidak tercemar sehingga betul-betul bersih. Tutup gel dalam bekas selama semalaman dan bilas semula. Setelah itu barulah ia dicelup dalam air berwarna baru dicampur dengan bahan bauan yang sesuai. Dalam keadaan biasa gel ini mampu bertahan untuk selama 1-2 tahun bergantung kepada cara ia digunakan. Kalau gel ini dicampurkan dalam tanah ia mampu bertahan selama 7 - 9 tahun sebagai pembekal air dan kelembapan dalam tanah. Bahan gel ini juga meningkatkan kualiti tanah untuk pertumbuhan pokok. Kalau anda tidak memerlukannya ia boleh dibuang seperti sampah lain dalam tong sampah tanpa ragu-ragu. Ini kerana Crystal Polymer Gel adalah Non-toxic dand secara ekologinya adalah Neutral. Walau pun ia tidak toksik, gel ini tidak boleh dimakan oleh manusia sama ada dalam bentuk serbuk atau telah menjadi gel bulat. Bagaimana pun beberapa laporan menunjukkan bahan iaitu polyacrylamide adalah sumber yang baik untuk tumbuhan mendapatkan bahan Nitrojen. Sila baca artikel berkaitan (Sila klik disini). Wasallam!.



IA ADALAH GEL..AIR DALAMNYA....
PRODUK BARU...BERAPA HARGA...
MENYERAP AIR... POKOK GUNA...
ANDA MINAT...BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Pameran Teknologi Sains,
Keukenhoff Garden,
Amsterdam, Natherland.
(Ditulis pada 1 Mei 2014)

No comments: