PLANT GEL atau Polimer Penyerap Air (GEL) atau dalam bahasa Inggeris dipanggi sebagai "Super Absorbent Polymer" (SAP) adalah sejenis bahan polimer yang dicipta untuk tujuan menyerap air dan kapasiti memegang air (water holding capacity) yang tinggi. Ia mampu menyimpan air Ia mampu menyimpan air berkali ganda lebih ratus kali ganda daripada berat asal polimer tersebut. Ia menyerap air menjadi gel dalam masa singkat sahaja. Lazimnya SAP ini boleh dibahagikan kepada 3 GRED kategori iaitu Gred Hygiene, Gred Pertanian dan Gred Industri mengikut bidang kegunaannya. Fungsi utama bahan ini adalah untuk tujuan penyerapan dan penyimpanan air serta mengekalkan atau menghalang pengaliran cecair. Penulis lebih berminat untuk membincangkan kepentingan polimer gel ini dalam bidang pertanian sesuai dengan kepakaran sedia ada. Polimer SAP ini sesuai digunakan sebagan bahan agen penyerap air meluas digunakan untuk sektor pertanian, perhutanan dan juga perkebunan (gardening). Penggunaan meluas dalam bidang agen pelembab, kot biji benih (seed coating), penanaman tanpa tanah (soil-less cultivation), rumput tiruan (artificial turf) dan penghalang kebakaran hutan adalah signifikan. Ia amat membantu sektor pertanian dalam menghadapi masalah kemarau berpanjangan terutama untuk pengeluaran bahan makanan utama. Malaysia umumnya merupakan sebuah negara tropika yang menerima banyak hujan sepanjang tahun dan cahaya matahari banyak untuk pertumbuhan tanaman. Bagaimana pun sering juga berlaku musim kemarau iaitu sekitar bulan Febuari- Mac dan Ogos-September setiap tahun dimana ianya akan menjejaskan pengeluaran bahan makanan. Belum ramai petani yang tahu teknologi penggunaan bahan SAP ini dalam bidang pertanian selain daripada dijadikan hiasan dalam bekas untuk pokok hiasan diletakkan diatas meja. Artikel petang Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis produk polimer gel yang mampu menyerap dan menyimpan air untuk kegunaan dalam bidang pertanian.
Bahan ini dijual dalam bungkusan plastik iaitu seberat 20 kg menggunakan beg jenis Polyethylene Kraft dengan satu lapisan plastik didalamnya (Sila lihat foto sebelah). Kebanyakan produk yang dijual di negara kita berasal daripada negara China dan sebahagian lagi buatan daripada Australia, Taiwan, Jepun dan USA. Terdapat juga gel yang dijual dalam bentuk bungkusan besar kapasiti 16 mt satu kontena bersaiz 20 kaki dan juga kapasiti 18 mt satu kontena yang sama. Dalam pasaran juga terdapat bungkusan kapasiti 750kg dalam satu beg besar serta isipadi 15 mt dalam kontena 20 kaki. Apa yang penting semasa pengangkutan dan penyimpanan, bahan gel ini mesti menggunakan persekitar yang kalis suhu dan juga kalis air. Kalau kena suhu panas dan berlaku kemasukan air, jawabnya tidak boleh dijual kerana gel sudah sedikit rosak sebelum digunakan. Jangkamasa lama dalam penyimpanan (Shelf life) bahan gel ini lazimnya tidak melebihi 24 bulan.
Dalam kita hendak lebih kenal bahan ini, kajian dipasaran mendapati nama lain dijual dipasaran adalah seperti 'Hydroponics gel' yang banyak dihasilkan dikilang iaitu di Guangdong, China (Mainland) sebagai satu produk dibawah kategori 'Super absorbent polymer'. Brand Name ditulis sebagai 'Fragreen' dengan model Number: SAP-J1. Bahan ini mempunyai kadar ketulinan 95% dengan serbuk berwarna 'clear' berbentuk partikel halis bersaiz sekitar 5-10 mesh, 20-40mesh dan 40-100mesh. Pada keadaan semulajadii ia adalah selamat digunakan, tidak toksik dan mudau urai (degradable). Cara penggunaan adalah untuk agen penyerap air bagi sektor pertanian, perhutanan dan menyimpan air sehingga masa agak lama. Fungsi yang ada pada bahan ini adalah menyimpan air, sebagai baja, memanaskan tanah (warmth), tanah peroi memanjangkan jangkamasa pembungaan dan sebagainya. SAP ini dikaitkan dengan kandungan bahan copolymer iaitu bahan Acrylamide dan Potassium acrylate. Bahan ini mampu menyerap air dengan ketahanan maksima sehingga 4 tahun. Bahan ini adalah tidak merosakan persekitaran dan tanah kerana ia mengandungi bahan Amonia, karbon dioksida, ar dan ion potasium. Dalam keadaan kemarau dilaporkan ia mempunyai kadar serapan air sebanhak 150 kali dan mampu menjimatkan air sebanyak 50%. Kesannya ia boleh membantu meningkatkan hasil tanaman kerana bekalan baja dan air untuk tanaman mencukupi.
Kehebatan 'Fragreen SAP' ini sebagai banyan penyerap dan penyimpan air sebanyak 100 kali ganda dan akan melepaskannya kepada akar tumbuhan adalah hebat. Harga FOB bahan ini seperti yang disenaraikan adalah US $ 3.69 - 5.88 satu Kilogram atau dalam duit kita sekitar RM11.50 - RM18.50 sekilogram. Ilkan dilamanweb juga menunjukkan untuk kuantiti impot sekurang-kurangnya sebanyak 500 Kilogram. Syarikat pembekal menyatakan mampu membekalkan sebanyak 2,000 tan sebulan. Plant Gel ini apabila dicampur dengan air akan mengembang yang menghasilkan gel yang jernih dengan kapasiti boleh diwarnakan untuk mencantikkan gel yang hendak digunakan. Bahan ini mampu menyimpan vitamin dan mineral untuk diserap oleh akar tumbuhan membolehkan tanaman sentiasa segar dan tidak layu. Plant Gel adalah medium terbaik digunakan kerana kapasiti penyerapan dan pelepasan air menyebabkan kita tidak perlu menyiram tanaman untuk satu jangkamasa 4-6 minggu dalam bekas tanaman dirumah. Tidak ada bahan lain daripada tanah yang sehebat Plant Gel ini untuk digunakan. Semuga artikel ini memberikan fenomena baru dalam sektor pertanian di negara kita. Wasallam!.
PLANT GEL... KRISTAL BERGUNA...
BANYAK DI IMPOT..DARI CHINA...
SIMPAN AIR... MUDAH DIGUNA...
BACA ARTIKEL...HENDAK TANYA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1435H)

No comments:
Post a Comment