Thursday, April 3, 2014

VARIETI - PISANG DIDAFTAR

PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia dan ditanam secara komersil dan skala kecil-kecilan dikeliling rumah. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita tetapi hanya sebahagian sahaja yang di tanam secara komersil untuk tujuan makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan (Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan varieti pisang makan segar yang paling popular diseluruh dunia. Pisang ini diminati oleh semua gulongan masyrakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai beberapa varieti pisang yang didaftarkan di Malaysia.

Pisang merupakan tanaman dari keluarga Musacece yang popular ditanam di seluruh dunia kerana mudah di tanam dan mempunyai khasiat permakanan yang baik. Terdapat beratus-ratus jenis pisang yang ujud tetapi jenis pisang yang boleh dimakan lazimya didalam kumpulan Musa accuminata dan Musa balbisianaColla. Terdapat banyak lagi pisang liar, pisang hutan dan pisang untuk dijadikan pokok hiasan (Ornamental tree). Antara beberapa negara di kawasan Asia Tenggara, Filipina merupakan paling banyak menanam pisang untuk pasaran domestik dan ekspot diikuti dengan Indonesia, Thailand dan Malaysia. Diantara varieti pisang yang popular di tanam di negara kita untuk pasaran ekspot seperti Pisang Berangan ( Matang -12 bulan), Pisang Mas (Matang - 8 bulan) , Pisang Rastali (Matang - 12 bulan) dan Pisang Cavendish (Matang - 13 bulan). Beberapa varieti khusus untuk psaran tempatan adalah seperti Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Tanduk dan Pisang Raja. Saya fikir ramai diantara kenal akan marfologi pokok pisang dan ramai juga yang kenal akan beberapa varieti pisdang yang popular di Malaysia. Subuh ini bagaimana pun Anim Agro Technology akan berkisar beberapa varieti tanaman pisang yang mungkin ramai kurang arif akan perkara ini. Maklumat ini disediakan berdasarkan sumbangan kepakaran penulis yang terlibat dalam mengumpul maklumat untuk pendaftaran tanaman pisang di negara kita.


Jadual diatas menunjukkan 14 varieti pisang yang telah didaftarkan dengan Plant variety national listing berada di Jabatan Pertanian Malaysia (www.pvpbkkt@doa.gov.my). Ia merupakan satu aktiviti penting dalam penyenaraian beberapa varieti pisang yang ada dinegara kita setakat ini. Kesemua 14 varieti tersebut merupakan pisang yang telah pun popular disekeliling kita bermula dengan Pisang Awak (MP1), Pisang Nangka (MP2), Pisang Mas (MP3), Pisang Berangan (MP4) dan Pisang Nipah (MP5). Diantara kelima-lima varieti pisang tersebut hanya pisang berangan sahaja yang telah menjalani proses VCU untuk disyorkan penanamannya secara komersil. Seterusnya dalam daftar adalah Pisang Abu (MP6), Pisang Embun (MP7), Pisang Serendah (MP8), Pisang Rastali (MP9) dan Pisang Kelat Raja (MP10). Sebahagian varieti pisang tersbut ditanam untuk makan segar dan sebahagian lagi untuk digoreng atau dibuat kerepek pisang. Lima varieti terakhir yang didaftarkan adalah Pisang Relong (MP11), Pisang Raja Lang (MP12), Pisang Raja Udang (MP13) dan Pisang Cavendish (MP14). Saya paling minay makan pisang lang yang digoreng atau dibuat kerepek pisang. Bagi makan segar pastinya saya mengemari pisang cavendish yang ditanam meluas di Ulu Bernam, Selangor dimana say melawat bulan lepas. Diharap artikel ini membantu anda dalam mencari beberapa varieti yang telah didaftarkan di Malaysia.


VARIETI PISANG...14 DAFTARNYA...
TAHUN 2013... SAYA MULAKANNYA...
BANYAK LAGI...MAKLUMAT TIADA...
PERLU DAFTAR...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, Plot Repositori,
Stesyen Pertanian Lekir,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1435H)

No comments: