PENYU (Turtles) merupakan sejenis haiwan air daripada kelas Reptilia dan Order Testudines dan Sub-Order Crytodira dan Pleodira.Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan. Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan sepasang kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Haiwan ini saya dapati amat berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya yang membolehkan ia berjalan didaratan. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang) yang unik kerana ia tinggal dalam air laut masin. Di Malaysia Negeri Terengganu merupakan negeri yang dikaitkan dengan Penyu sehingga ia menjadi ikon dalam pelancongan dan aktiviti sukan. Haiwan Penyu juga pernah diperkatakan dalam sajak dan nyanyian termasuk satu ungkapan 'Penyu Menangis'. Penyu pada hakikatnya bukan haiwan yang merbahaya kepada manusia kerana ia tidak menyerang manusia sebaliknya manusia yang membunuhnya. Penyu lazimnya mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis-jenis penyu untuk menambah ilmu pengetahuan pembaca blog ini.
JENIS-JENIS PENYU
JENIS-JENIS PENYU
(1) Penyu Belimbing / Leatherback Turtle
Nama saintifik : Dermochelys coriace
Penyu Belimbing ialah spesis penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.
(2) Penyu Agar / Green Turtle
Nama Saintifik : Chelonia mydas
(2) Penyu Agar / Green Turtle
Nama Saintifik : Chelonia mydas
Penyu Agar juga dikenali sebagai 'Penyu hijau' mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 - 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April-September dan menghasilkan 100 -140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.
(3) Penyu Karah / Penyu Sisik / Hawksbill Turtle
Nama Saintifik : Eretmochelys imbricata
Nama Saintifik : Eretmochelys imbricata
Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.
(4) Penyu Lipas / Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik : Lepidochelys olivecia
(4) Penyu Lipas / Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik : Lepidochelys olivecia
Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.
Demikian 4 jenis penyu yang perlu kita kenal di Malaysia!.
NAMA PENYU ... 4 YANG UTAMA...
BELIMBING .... BESAR SAIZNYA...
PENYU AGAR...LIPAS PUN ADA...
PALING KECIL...LIPAS NAMANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 5010, Arwana Perhentian Eco Resort,
Pulau Perhentian Besar, Besut,
Terengganu,
Malaysia.
(2 JamadilAkhir 1435H)
No comments:
Post a Comment