KETAM NIPAH (Scylla serrata) merupakan sejenis ketam yang boleh diternak tetapi bukan mudah untuk mendapatkan anak benih. Banyak kajian sedang dijalankan bagi mengatasi masaalah ini dimana melibatkan hidupan eksotik seperti ketam nipah (mud crab atau mangrove crab). Bukan mudah untuk 'mereka cipta' satu habitat haiwan khususnya ternakan dalam air. Teknologi baru boleh memungkinkan segalanya meskipun kejayaan boleh teknologi ditentukan kemudian, selepas mengharungi tempoh percubaan yang lama. Ini yang cuba dilakukan oleh TBV Management Sdn. Bhd. (TMSB) , sebuah syarikat tempatan yang berjinak-jinak dalam teknologi akuakultur untuk ternakan ketam nipah. Biasanya aktiviti penyelidikan yang melibatkan organisma hidup menggunakan kaedah in-situ atau pada keadaan habitat sebenar tetapi bagi syarikat terbabit, saya dimaklumkan mereka agak yakin akan mencapai sesuatu yang memberangsangkan, sekali gus akan mampu melonjakkan pengeluaran hasil akuakultur khususnya ketam. Syarikat terbabit memperkenalkan sistem tertutup yang mana air ternakan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik menggunakan teknologi khusus. Artikel malam Ahad ini sambil menonton perlawanan bolasepak persahabatan di TV3 antara Malaysia dan Barcelona FC (Kalah 3-1), saya dapat idea menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi baru untuk aktiviti ternakan ketam nipah untuk dimajukan dinegara kita.
TEKNOLOGI KETAM...KURANGNYA...
Teknologi yang dikenali sebagai Sistem Ketam Bersepadu (Intergrated Crab System - ICS) itu dianggap satu revolusi baru dalam bidang akuakultur yang mampu menjana pengeluaran ketam berlipat ganda. Malah, teknologi terbabit bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan Jabatan Perikanan menerusi kerjasama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akuakultur Kebangsaan, Pulau Sayak Kedah. Menurut Pengarah Urusan TMSB, Datuk Norazman Adnan, pihaknya telah melabur kos sehingga RM1 juta sejak beberapa bulan lepas bagi mereka membangunkan sistem tersebut di Kelibang, Langkawi dengan kerjasama Jabatan Perikanan. Di pusat tersebut, anak ketam dibiakkan dalam kolam tetapi menghadapi masalah untuk membesar atau lambat mencapai saiz pasaran. Isu lain adalah masalah pemangsaan sesama sendiri (predator crab) dalam berebut makanan. Justeru, pihaknya kemudian memperkenalkan ICS yang mana anak-anak ketam yang beratnya 100 gram (g) akan di tempatkan dalam petak khas diperbuat daripada PVC untuk menjadi habitat kepada ternakan tersebut agar tidak dimakan dengan ketam lain.
Telur Ketam - banyaknya. |
Di bawah sistem yang ada ini, setiap seekor ketam akan ditempatkan dalam petak kecil itu yang mana ICS ini mempunyai sama ada 288 unit petak atau 868 unit. Teknik ini hasil kerjasama penyelidikan dan Projek Perintis Ternakan Ketam di Pulau Langkawi, Kedah. Meskipun sistem tersebut masih di peringkat percubaan dan diuji keberkesanannya, ia didapati mempunyai beberapa kebaikan daripada pelbagai aspek antaranya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi penternak ketam. Masalah tersebut termasuk sukar memperoleh bekalan benih, ketiadaan cara atau teknologi sesuai dan juga modal yang tidak mencukupi. Syarikat ini masih mengimport benih ketam dari Thailand, Indonesia dan Vietnam dan berazam menyebarkan teknologi ini kepada mereka yang berminat. Sistem yang di pasang di Langkawi itu baru beroperasi selama dua bulan dan ,asih diperingkat kutipan data. Aktiviti pengawasan kualiti air diteruskan agar sentiasa mematuhi kehendak sistem ICS dan juga pengumpulan data dan bacaan lain dicatat untuk tujuan rekod sebelum teknologi dapat disebarkan.
Ketam salin kulit |
Lazimnya ketam akan cepat membesar jika ia kerap bersalin kulit dan ini yang mendorong pihaknya dan Jabatan Perikanan mencari jalan bagaimana proses tersebut dapat dilakukan dengan kerap. Proses salin kulit bermula pada keadaan biasa apabila mencapai umur 30 hari dimana ketika itu beratnya mencecah 180g dan ia menjadi cabaran utama sebelum cangkerangnya menjadi keras dalam tempoh enam jam. Masa ini banyak aspek-aspek ternakan masih dalam penelitian memandangkan lazimnya berlaku dakwaan bahawa ketam nipah akan mati jika ketika itu habitatnya tidak sesuai. Ketam nipah sukakan kawasan gelap dan suka 'menyendiri' bagi mengelak menjadi habuan binatang lain. Ketam juga dikatakan akan cepat membesar jika mencabut anggota badannya seperti kaki dan sepit kerana ia akan tumbuh semula seperti yang saya lihat di Pusat Akuakultur di Jabatan Pertanian, Semantan, Lundu, Sarawak. Saya melihat sendiri pegawai penyelidik , Dr Ikhwanuddin memotong kaki ketam untuk dijadikan ketam lebut setelah bersalin kulit dalam tangki ternakan.
Ketam boleh dijual pada umur antara antara empat dan enam bulan atau apabila beratnya seekor mencapai antara 350g dan 500g. Harga pasarannya boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram. Mengulas lanjut, beliau berkata, selain didorong oleh minat dan ingin membantu ramai pengusaha ternakan ketam, beliau berharap akan dapat membantu dalam meningkatkan industri akuakultur itu ke tahap yang lebih membanggakan. Kenyataan beliau disokong oleh Ahamad Sabki (Foto diatas) yang menjelaskan bahawa kerajaan sedang giat meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur negara dan langkah ke arah itu kini berada di landasan betul. Pengeluaran akuakultur meningkat 20 peratus dalam tempoh 2007-2009 melibatkan ternakan seperti siput sudu, ketam, tiram. Ketika ini jumlah pengeluaran spesis kerang-kerangan mencecah sebanyak 135,00 tan metrik. Kerajaan juga mahu supaya pengusaha akuakultur mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke 10. Teknologi menternak ketam nipah perlu diperbaiki lagi sehingga mampu digunakan oleh bakal penternak tempatan untuk penghasilan ketam secara komersil. Wasallam!
Ahamad Sabki Mahmood (kanan) tertarik melihat ternakan ketam sambil diperhatikan oleh Teo Siong Wan (tengah) dan Norazman Adnan pada majlis kerjasama penyelidikan dan projek perintis ternakan ketam di Pulau Langkawi. |
BENIH KETAM...SUSAH BEKALANNYA...
TEKNIK ICS.... MUNGKIN CARANYA...
PERLU DISEBAR... KEPADA SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 116, Hotel Rosemerah,
Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
Malaysia.
(3 Syawal 1434H)
- Adaptasi dari artikel asal dari Utusan Malaysia.
- Adaptasi dari artikel asal dari Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment