KELAWAR (Bats) merupakan sejenis binatang mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera. Daripada dulu saya dapati yang kelawar (bats) ini sering dikaitkan dengan cerita-cerita yang menakutkan seperti 'vampire bat' yang sering menghisap darah haiwan atau manusia. Sebenarnya terdapat dua jenis kelawar iaitu kelawar pemakan buah-buahan dan juga kelawar penghisap darah (Desmondus rotundus). Kelawar berbeza juga dengan Keluang (Megabats) yang lebih besar saiznya. Dalam bahasa greek, nama kelawar ini membawa maksud 'Tangan Bersayap' kerana memang bentuk haiwan ini adalah dimana terdapat tangan yang bersayap untuk terbang. Saya membaca beberapa buku mendapati yang kini terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia. Bagaimana pun hampir 70% daripada spesis kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka. Hanya sebahagian spesis kelawar menjadi musuh petani kerana menjadikan buah-buahan sebagai makanan terutama dengan buah-buahan bermusim. Pada saya ia lebih membantu petani kerana kelawar makan banyak serangga termasuk serangga perosak tanaman. Antara buah yang digemari dimakan kelawar atau keluang adalah seperti Buah Mata Kucing, Buah Longan, Rambutan, Mangga, Ciku, Pulasan, Buah-buah hutan dan sebagainya. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang (haiwan tersebut juga telah dikekalkan sebagai satu daerah di negeri Johor iaitu Daerah Kluang). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan dan kawalan keluang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Pembacaan dari banyak buku menyatakan , kelawar yang ada dikeliling kita adalah tidak membahayakan manusia. Laporan saintis pertanian mendapati tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan sebenarnya banyak membantu industri pertanian apabila kebanyakan serangga yang menjadi makanan mereka merupakan serangga perosak tumbuh-tubuhan. Kebanyakan kelawar terbang malam hari dan sebahagian lagi pada siang hari (spesis tertentu) dimana ia mampu makan seberapa banyak serangga berterbangan termasuk yang sering terbang dikeliling lampu. Dalam beberapa pemerhatian yang saya buat di Kg Redong, Labis, Johor mendapati serangan oleh Keluang pada buah mata kucing mampu merugikan petani. Kg Redong merupakan kawasan penanaman buah mata kucing yang agak signifikan dimana pokoknya besar dan tinggi. Keluang yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka, ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan tanaman buah-buahan apabila hasil buah pekebun dimakan dan dirosakkan oleh Keluang. Serangan keluang di kebun longan di Kg Sialang Tangkak dan Kg Baru Gersik juga mengerunkan petani kerana ia mampu merosakan dan menggugurkan buah dalam masa satu malam sahaja.
Walau pun belum banyak kajian dijalankan mengenai kesan dari segi penyakit berjangkit bawaan kelawar, ada beberpa laporan yang ia mempunyai rekod sebagai pembawa penyakit 'anjing gila'. Berhati-hatilah dengan Kelawar yang bertindak luar daripada kebiasaan seperti berterbangan rendah sekitar lantai atau duduk rehat di bawah. Kelawar kadangkala menjadikan rumah kita sebagai tempat penginapan mereka dan ini mendatangkan masalah besar kerana najis serta air kencingnya boleh merosakkan dinding serta mendatangkan bau busuk yang sungguh tidak menyenangkan. Rumah saya di Melaka juga pernah menjadi sarang kelawar dan saya 'bermain' badminton disubuh hari menunggu kkelawar balik masuk kedalam rumah serta memasang jaring di laluan masuk. Bau yang melekat pada dinding dan lantai akan menarik serangga perosak lain dan juga kelawar dari tempat lain. Kewujudan mereka di loteng rumah kita juga akan menjadikan kita tidak selesa apabila mereka sering mencakar dan membuat bising di atas sana.
Apa yang berlaku adalah apabila najis yang berkumpul dan tertinggal di kawasan pendudukan Kelawar akan menghasilkan sejenis Kulat yang mana spora daripada kulat tersebut boleh mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya. Masalah akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan seperti lelah dan sebagainya. Jika keadaan itu berlaku, sudah pasti kita tidak dapat menerima kehadiran mereka dan sesuatu mestilah dilakukan untuk menghalau mereka daripada menjadikan rumah kita sebagai sarang tempat pembiakan kelawar. Untuk menyelesaikan masalh kelawar ini ia melibatkan dua proses utama. Menghalau kelawar yang ada daripada rumah kita adalah penting dijalankan dengan pelbagai cara. Menghalang kemasukan semula Kelawar ke dalam rumah kita adalah perlu. Kebiasaanya kelawar akan bersarang dikawasan loteng atau bahagian bumbung di atas rumah kita. Bagi kebanyakan rumah di negara kita sekarang, bahagian ini adalah di atas siling rumah langkah-langkah keselamatan perlu diberikan perhatian secukupnya. Sebelum sebarang tindakan diambil kita hendaklah melakukan pemeriksaan rapi terlebih dahulu bagi mengenal pasti kesemua kemungkinan laluan keluar dan masuk kelawar di dalam rumah kita. Segala kerosakan yang ada pada kawasan bangunan di mana kelawar jadikan sarang mereka dan kenalpasti kawasan sebenar di dalam bangunan di mana Kelawar jadikan sarang. Perhatikan juga berapakah saiz kumpulan kelawar yang bersarang di dalam rumah kita. Ia berbeza daripada sepasang sehinggalah ke ratusan ekor. Jangan lupa untuk periksa apakah spesis kelawar yang bersarang di situ dengan membuat pemeriksaan di lakukan dua kali pada masa yang berbeza.
BACA ARTIKEL SELANJUTNYA - PART 2 (Sila klik disini).
HAIWAN UNIK... KELAWAR NAMANYA...
KELUAR MALAM... SIANG TIDUR SAJA...
MAKAN SERANGGA...BUAH2AH JUGA...
DIRUMAH KITA... AMAT BUSUK BAUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan, Raub,
Pahang, Malaysia.
(20 Syawal 1434H)
No comments:
Post a Comment