KELAWAR (Bats) merupakan sejenis binatang mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera. Daripada dulu saya dapati yang kelawar (bats) ini sering dikaitkan dengan cerita-cerita yang menakutkan seperti 'vampire bat' yang sering menghisap darah haiwan atau manusia. Sebenarnya terdapat dua jenis kelawar iaitu kelawar pemakan buah-buahan dan juga kelawar penghisap darah (Desmondus rotundus). Kelawar berbeza juga dengan Keluang (Megabats) yang lebih besar saiznya. Dalam bahasa greek, nama kelawar ini membawa maksud 'Tangan Bersayap' kerana memang bentuk haiwan ini adalah dimana terdapat tangan yang bersayap untuk terbang. Saya membaca beberapa buku mendapati yang kini terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia. Bagaimana pun hampir 70% daripada spesis kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka. Hanya sebahagian spesis kelawar menjadi musuh petani kerana menjadikan buah-buahan sebagai makanan terutama dengan buah-buahan bermusim. Pada saya ia lebih membantu petani kerana kelawar makan banyak serangga termasuk serangga perosak tanaman. Antara buah yang digemari dimakan kelawar atau keluang adalah seperti Buah Mata Kucing, Buah Longan, Rambutan, Mangga, Ciku, Pulasan, Buah-buah hutan dan sebagainya. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang (haiwan tersebut juga telah dikekalkan sebagai satu daerah di negeri Johor iaitu Daerah Kluang). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan dan kawalan keluang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Lazimnya pada waktu senja kelawar mula muncul atau keluar untuk mencari makanan. Pengalaman penulis melihat berjuta-juta kelawar dari Gua Niah di Sarawak keluar memang menakjubkan (Lihat foto sebelah). Kumpulan kelawar akan terbang dihadapan pintu gua dengan membentuk bulatan dahulu (Helicopter dance) sebelum ia terbang mengikut terus mengikut kumpulan masing-masing. Kita dirumah boleh mengesan kawasan kemasukan dan keluar kelawar tersebut. Lazimnya pada waktu siang di mana kelawar sedang berehat di tempatnya kita periksa dimana kawasan yang diduduki oleh kelawar tersebut. Pintu laluan kelawar keluar-masuk akan kelihatan tanda kehitaman deengan jelas. Periksa jika ada ruang yang cukup untuk kita melakukan kerja pencegahan dan sebagainya. Antara kelengkapan yang perlu ada ketika melakukan pemeriksaan termasuklah topi keras keselamatan, lampu suluh, pakaian coverall, penutup hudung atau mulut untuk pernafasan daripada habuk, gas tahi kelawar dan sarung tangan kulit. Daripada beberapa syor mendapati antara langkah kawalan terbaik adalah dengan menutup segala laluan masuk dan keluar kelawar. Ini bagi menghalang terus kelawar dari masuk ke dalam rumah. Sebelum itu, kita perlulah memastikan bahawa tiada lagi kelawar yang tertinggal di atas loteng bumbung rumah kita dan kesemua kesan najis serta air kencing kelawar yang ada hendaklah dibasuh terlebih dahulu.
Kita boleh menutup ruang terbuka pada loteng atau bumbung dengan menggunakan plastik tebal atau jaring atau apa-apa sahaja yang dapat menghalang kelawar dari masuk. Jangan lakukan di waktu kelawar masih ada dan gangguan kita mengakibatkan mereka berterbangan atau jatuh ke bawah. Elakkan dari terkena gigitan kelawar takut-takut kalau ada jangkitan penyakit 'anjing gila'. Jika bukaan ruang loteng atau bumbung rumah kita besar. Kita boleh gunakan plastik atau jaring yang dipasang pada bahagian atas dan lepaskan bebas di bahagian bawah. Ini bagi membolehkan kelawar keluar tetapi menghalangnya masuk selepas itu. Setelah tiada lagi kelawar, kita bolehlah menutup terus ruang itu. Terdapat sejenis bahan kimia yang digunakan bagi menghalau kelawar yang kita namakan Naphthalene (Kapor Barus). Kapor Barus ini bertindak sebagai bahan kimia penghalau ini digunakan di tandas-tandas dalam berbagai bentuk yang digantung pada kawasan dalam tandas. Ubat ini digunakan bagi menghalau serangga seperti lipas. Bahan ini sebenarnya mampu menghalau kelawar tetapi dengan syarat kawasan tersebut hendaklah tertutup dan kurang lalauan udara. Ini bagi membolehkan udara di penuhi dengan bau Naphthalene tersebut dan seterusnya menghalang binatang dari memasuki kawasan itu. Walau bagaimanapun ada laporan yang menyatakan ratusan bahan itu diletakkan pada loteng bangunan seperti sekolah dan lain-lain gagal menghalang kemasukan kelawar. Satu lagi cara yang boleh digunakan adalah dengan memasang lampu yang cerah pada kawasan bersarang kelawar. Jika kawasannya tidak luas dan kos memasang lampu tidak tinggi, maka ia boleh dijadikan satu cara mengawal kelawar. Walau pun ada dakwaan bahawa peralatan ultrasonik , mungkin ia hanya boleh digunakan dan berkesan bagi menghalau kelawar dan juga haiwan lain seperti tikus. Namun secara paraktikalnya masih tiada lagi peralatan seumpama itu yang mampu menghalang kelawar atau lain-lain haiwan dengan berkesan. Jika rumah anda tinggi dan besar, dinasihatkan agar anda mendapatkan khidmat syarikat kawalan makhluk perosak yang bertauliah bagi menyelesaikan masalah kelawar anda dengan lebih sempurna.
Dikawasan dusun pula lazimnya petani akan memasang jaring ikan yang direntang tinggi meliputi kawasan keliling pokok buah-buahan pada musim buah hampir matang. Sebaiknya jaring yang halus ini dipasang dengan menggunakan tiang dan dirantang melindungi pokok buah-buahan. Walau pun kelawar terbang bukan menggunakan deria mata sebaliknya deria 'echo-sound' yang cekap ini akan menyusahkan kelawar dari 'merontokkan' buah-buahan kita. Beberapa ekor kelawar yang salah 'allignment' akan melekat pada jaring ini dan boleh dimusnahkan (Lihat foto sebelah). Bagi mengawal Keluang pula, lazimnya ia boleh di tembak pada malam hari menggunakan senapang dengan peluru penabur. Saya dihidangkan dengan 'Sarawak Flying Bat Exotic' di Limbang semasa bertugas disana tetapi takut memakannya yang dimasak dengan resepi 'BLACK PEPPER FLYING BAT EXOTIC'. WALLAHUALAM!
KAWAL KELAWAR.... BANYAK CARA...
TEMPAT SARANG... PERLU DIPERIKSA...
TUTUP LUBANG... DENGAN PERKASA...
PASANG JARING... BOLEH DI CUBA...
By,
M Anem,
222, Hotel Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(26 Ogos 2013)

No comments:
Post a Comment