CUKA NIPAH adalah sejenis hasil daripada pokok nipah (Nyipa fructicans) dari keluarga Arecaceae yang tumbuh dikawasan tepi sungai diseluruh negara. Aktiviti mengutip air nira dari pokok nipah merupakan satu aktiviti yang telah lama diusahakan oleh orang kita semenja dulu kala untuk memotong mayang nipah bagi mengutip air manisannya. Kepakaran mengutip air nira nipah memerlukan skill yang tinggi (Sila baca artikel saya sebelum ini - Air Nira (Sila Klik disini) dan Teknologi Pokok Nipah (Sila Klik disini) sebagai bahan bacaan tambahan. Pokok nipah mempunyai banyak daun seperti kelapa dan berstruktur keras serta lebar antara 4-7 cm dengan bilangan daun mencapai 100 helai setiap dahan. Daun nipah sangat baik digunakan sebagai bahan membuat atap oleh masyarakat tempatan daan tahan sehingga 5-7 tahun. Atap nipah merupakan sejenis atap yang memberikan teduhan yang sejuk pada rumah-rumah tradisional. Dahulu harga sekeping atap cuma RM 1.20 - RM150 (Semasa saya kecil) tetapi kini harga sekeping atap nipah mencecah RM 3.00-RM5.00 bergantung kepada kualiti dan saiz. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri memproses nira nipah dan hasil proses membuat cuka nipah untuk dikongsi bersama.
Proses memungut air nira nipah agak berbeza dengan cara kutip air nira kelapa (Lihat caranya dalam foto diatas). Pokok nipah jenis Nipah Tembaga paling sesuai dipilih dimana tangkai buah yang melentur kebawah sesuai digunakan. Elakkan dari memilih tangkai bunga atau buah nipah yang tumbuh menegak keatas. Buang dahan atau kulit tangkai lain agar bersih dan boleh dimulakan proses lenturan (Lihat foto sebelah). Lenturan dimulakan dari bahan tengah kemudian kebawah dan keatas semala dua minggu sehingga tangkai lenturan jatuh kebawah. Ada yang memukul tangkai nipah untuk menyediakan urat-urat nipah dapat mengalirkan airnya. Proses membentuk tanglai nipah dibuat 2-3 minggu sehingga sesuai di urut 3-4 kali sebelum di potong setiap 3 hari dan pasangkan Tukay (iaitu bekas mengutip air nira) atau tadahan dengan bekas plastik. Ikat dengan kuat bekas tadi dan kutip mengikut jadual untuk terus digunakan atau diproses.
Nira kelapa dan nira nipah agak berbeza dari segi aroma, kemanisan dan juga rasanya. Walau pun kedua-duanya boleh diminum segar terus dari pohon kelapa atau nipah dikebun tetapi ianya perlu ditapis dahulu. Air nira mengandungi bahan manisan iaitu SUKROS yang enak diminum terutama jika dicampur dengan air batu. Air Nira merupakan minuman kegemaran di Terengganu dan Kelantan terutama pada jika diminum pada musim bulan Ramadan yang cepat membekalkan tenaga kepada mereka yang berpuasa. Selain itu ada nira nipah yang diproses untuk dijadikan cuka nipah atau dipanggil juga sebagai 'Cuka Padi'. Cara memproses cuka nipah adalah dengan mengambil nira nipah dan diperam selama 44 hari dengan kaedah khusus sehingga tidak rosak. Kontaminasi semasa membuat cuka nipah akan menyebabkan cuka tersebut pahit (jika ada air hujan masuk dsb).
Dari segi kesihatan ramai percaya yang air nira nipah atau air nira kelapa dapat menurunkan suhu badan yang panas, mencuci buah pinggang dan juga menyembuhkan mereka yang mempunyai masaalah Gastrik dalam perut. Ada yang juga mendakwa cuka air nira nipah juga membantu dalam memecahkan batu karang pasir dengan meminumnya sebanyak 1 camca sehari selama satu minggu. Air nira segar yang dijual secara tradisional ditawarkan dengan harga RM 2.00 - RM 3.00 satu bekas plastik atau satu botol kecil (sekitar 180 - 250 ml). Walau pun perusahaan nira kelapa dan nira nipah telah mula di komersilkan di negeri Terengganu dan Kelantan tetapi saiz pasaran dan bekalan adalah masih terhad. Cuka nipah asli ini diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Kajian menunjukkan kandungan KITOSAN yang ada padanya menjadi ubat untuk pelbagai penyakit kronik. Ia juga mampu untuk menurunkan suhu badan yang panas, sakit gastrik, gout, batu karang, sakit jantung, kencing manis, kencing tidak lawas, kekurangan tenaga, migrain dan penyakit berkaitan buah pinggang - 1 gelas air suam dicampur dengan 1 sudu besar cuka nipah dan 1 sudu teh, diminum pagi dan petang. Untuk mengurangkan kolesterol dan darah tinggi - Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tersebut sampai tenggelam. Kemudian, makan sebiji kurma setiap hari. Bagi mengempiskan perut buncit atau boroi – minum 2 sudu cuka Nipah bersama 2 sudu madu lebah dan di turuti dengan setengah gelas air suam pada waktu awal pagi. Itu adalah beberapa khasiat mengenai cuka nipah yang kini ada dijual di pasar malam, internet dan promosi produk pertanian.
CUKA NIPAH ...DARIPADA AIR NIRA...
MAYANG DIPOTONG... MANIS AIRNYA...
DIPERAN 44 HARI... CUKALAH JADINYA...
DIJUAL MURAH ... DIJUAL DIMANA-MANA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Simpang Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Malaysia
(23 Rejab 1434H)
No comments:
Post a Comment