ALATAN BERKEBUN (Gardening tools) merupakan satu keperluan didalam kita menjalankan aktivitii berkebun sama ada berskala komersil, separuh masa atau pertanian hobi. Ramai diantara kita yang membeli peralatan berkebun untuk kegunaan sendiri sama ada ia merupakan alatan mahal, sederhana atau pun yang murah dengan pelbagai jenama dan tujuan penggunaannya. Terdapat alatan berkebun yang amat perlu dan sering digunakan manakala terdapat beberapa alatan yang yang jarang-jarang digunakan tetapi kritikal pada waktu-waktu tertentu peringkat pertumbuhan pokok. Dalam membuat pemerhatian berkaitan peralatan berkebun, saya dapati terdapat sekitar 10 alatan yang lazimnya dikategorikan sebagai perlu. Antara peralatan tersebut adalah Cangkul, Tajak, Kereta Sorong, Secateurs, Sudip Tangan, Gunting, Penggembur Tangan, Pisau Cantuman Tunas, Alat Penyiram, Alat Pencungkil Rumpai, Penggembur Rak, Penggembur Tiga Mata, Sarung Tangan, Gergaji Cantasan, Kapak, Topi dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa peralatan pertanian yang saya fikirkan perlu untuk kita mengenalinya dan faham akan kegunaannya berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pembacaan.
1. CANGKUL
Cangkul adalah asas penting dalam bidang pertanian semenjak zaman dahulu dan ia adalah asas dalam sistem pertanian tradisional. Struktur cangkul terdiri daripada Mata Cangkul dan Pemegang atau Hulu Cangkul. Terdapat banyak jenis cangkul yang dijual dipasaran yang terdiri daripada cangkul berhulu panjang, hulu pendek dan pelbagai jenis mata cangkul. Kegunaan cangkul adalah untuk menggali tanah, membuat lubang, membuat parit, lubang penanaman dan sebagainya. Setiap pekebun wajib ada cangkul. Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai semuanya, tetapi itu untuk skala besar sahaja yang beroperasi dikawasan luas. Bagi skala perkebunan kecil bagi pekebun di kawasan keliling rumah pula peranan cangkul penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai, dan membuat lubang untuk tanam anak pokok. Anda boleh membaca mengenai artikel cangkul yang telam lama saya tulis (Sila - Klik disini).
2. TAJAK
Tanaj adalah sejenis alat seperti cangkul tetapi mempunyai bentuk mata yang berbeza dan kegunaannya khusus untuk membuang rumput rampai. Komponen tajak adalah mata tajak yang diperbuat daripada besi berbentuk seperti kon dengan hulu yang diperbuat daripada kayu. Terdapat kayu huluu tajak yang dibuat membengkok dihujungnya untuk memudahkan ianya dipegang. Manajak rumpai lazimnya dijalankan disekeliling pokok dengan memutuskan rumpai dengan akarnya daripada tanah dan dikumpulkan. Kepakaran seorang petani yang pandai menajak penting dengan tidak memotong sangat dalam dalam tanah.
3. KERETA SORONG (Wheel barrow)
Kereta Sorong merupakan sejenis alatan penting dalam aktiviti perkebunan. Kereta sorong yang ada dipasaran dinegara kita lazimnya menggunakan bahan metal yang tahan dengan komponen pemegang, takung, tayar (ada angin atau tayar mati) dan besi penyokong (stands). Kereta sorong digunakan untuk mengangkut barang-barang berat dan dialihkan atau dibawa kedestinasi lain. Ia sering diisi dengan bahan seperti hasil tanaman, tahi ayam, baja, tanah, sisa buangan ladang, buah kelapa sawit dan sebagainya. Sila baca artikel saya mengenai kereta sorong (Sila klik disini).
4. SECATEURS
Secateurs adalah alat seperti gunting yang mana ia amat berguna di kebun atau taman bunga yang digunakan untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman seperti bunga-bungaan. Sepasang secateur boleh menjadi mahal mengikut jenis dan kualiti dan negara pengeluar. Buatan China lazimnya adalah murah berbanding dengan buatan dari Jepun dan USA. Terdapat beberapa jenis secateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga anda juga selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda. Sila rujuk artikel saya berkaitan secateurs dengan lebih terperinci (Sila - Klik Disini).
5. SUDIP TANGAN (Hand throwel)
Sudip Tangan adalah sejenis alat pertanian yang kecil yang mempunyai 2 komponen iaitu bahagian pemegang yang dibuat daripada kayu dan bahagian mata tang dibuat daripada metal (logam). Bentuk mata sudip tangan adalah tajam menirus dihujungnya (Lihat foto sebelah). Alat ini amat sesuai untuk digunakan dalam aktiviti penanaman tanaman kecil seperti herba dan sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai dan mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya tempat pemegang yang selesa.
ALATAN PERTANIAN...BANYAK JENISNYA...
CANGKUL, TAJAK... MURAH HARGANYA...
KERETA SORONG... PERLU DITOLAKNYA...
SECATEURS... BERBAGAI BENTUKNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Bilik Tanjung 1, Glory Beach Resort,
Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1434H)

No comments:
Post a Comment