Saturday, April 6, 2013

TIKUS SAWAH -Part 2


TIKUS SAWAH (Rattus argentiventer) merupakan sejenis tikus yang hidup dikawasan sawah padi dari keluarga Muridae. Tikus sawah dikategorikan sebagai salah satu musuh mamalia utama yang amat digeruni oleh pesawah kerana ia mampu memusnahkan pokok padi dan merugikan petani jika diserang dengan teruk. Kempen kesedaran untuk kawalan tikus secara bersepadu dikalangan pesawah sering di adakan oleh pihak komuniti pesawah dengan kerjasama Jabatan Kerajaan untuk membasmi tikus dari menyerang tanaman padi. Daripada beberapa buku rujukkan yang saya baca, tikus sawah ini sebenarnya mempunyai beberapa spesis mengikut lokaliti dan habitat persekitaran. Tikus sawah jenis Rattus argentiventer argentiventer terdapat di Malaysia, Thailand dan Sumatra sementara 3 jenis lain dinamakan mengikut lokasi. Kadar pembiakan tikus sawah yang cepat sehingga mampu mencecah 500 ekor setahun mengakibatkan populasinya cepat  jadi banyak dan boleh merosakan pokok padi dalam masa singkat. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tikus sawah yang memang kita kenal sebagai salah satu musuh utama pesawah.


Tikus sawah adalah haiwan yang bersarang dalam lubang dalam tanah disekitar batas sawah atau ban sawah (Lihat foto lubang tikus disebelah). Tikus juga membuat sarang dalam semak dengan sempurna untuk beranak dan membesarkan anak-anak. Tikus sawah sebagai haiwan 'Omnivore' yang mampu makan apa sahaja bahan yang dimakan manusia dan sumber tumbuhan lain yang ada disekelingnya sebagai makanan. Deria tikus sawah yang kuat ini akan membiak dengan cepat apabila mengatahui makan pilihan paling enak iaitu padi akan dihasilkan. Tikus tidak aktif dan sukar kita jumpa pada siang hari tetapi malam hari mereka akan bergerak aktif bergerak melalui ban dan kawasan kampong untuk cari makanan. Pada malam hari ini mereka masuk kesawah atau kepuk simpanan padi makan makan semahunya dan akan datang lagi pada hari hari berikutnya setiap malam.


Kehadiran tikus sawah dapat kita kenal dengan melihat bekas-bekas laluan tikus yang agak ketara pada ban atau pada batas sawah. Laluan tikus atau jalan tikus mudah kita tahu dimana akibat pergerakan tikus yang berulang kali jelas dilihat dengan ada kesan tapak kaki dan najis yang ditinggalkan. Paling penting adalah cara kita dengan mengenalpasti lubang-lubang tikus yang berada pada batas sawah. Pintu masuk lubang tikus ini biasanya berada dilokasi yang agak tersembunyi ditepi batas terutama jika batas semak dengan banyak rumput atau lalang. Ini untuk mengelakkan ia dilihat oleh musuh dan juga manusia. Lubang tikus ada kadang-kadang mempunyai lubang tikus yang bersambungan dengan beberapa pintu keluar. Aktiviti yang perlu dilakukan adalah dengan kita perlu menggalinya jika hendak memusnahkannya (Lihat foto sebelah). Apa yang uniknya tikus mampu menggali lubang pada tanah dibatas padi dengan cepat dan cekap dalam masa singkat menggunakan kuku yang tajam pada kakinya. Kaki belakang akan menolak keluar tanah yang digali dengan pantas. Ini jug disebabkan kawasan tanah untuk dibuat sarang selalunya dari tanah jenis lembut.


Populasi tikus perlu dikawal atau pun dikurangkan dengan pelbagai cara dan kaedah agar tidak merosakkan tanaman khususnya tanaman padi. Tikus dewasa mampu mengerat batang padi dan mampu merebahkannya untuk dimakan dengan cepat dan banyak. Jika banyak batang padi dipotong, maka tidak banyak hasil padi yang akan dihasilkan. Rumpun padi jadi kurang dan lompang (Lihat foto sebelah). Ketika padi telah berisi dan hampir masak, tikus amat aktif merosakan tanaman padi dan pesawah perlu sering membuat pemantauan disawah (surveillance). Terdapat beberapa kaedah kawalan tikus sawah yang boleh dijalankan bagi kita pilih untuk mengawal populasinya. Cara kawalan tikus sawah bergantung kepada populasi, musim penanaman, kos terlibat, teknologi, faktur keselamatan dimana kaedah yang disyorkan melalui Konsep Kawalan Perosak Bersepadu (Intergrated Pest Management). Saya akan bincang memgenai kaedah kawalan tikus sawah dalam artikel berikut (Klik disini). Semuga artikel ini membantu semua mengenal akan tikus sawah yang memang secara tradisinya musuh penting untuk pesawah. Berjumpa lagi pada artikel berkaitan. Amigos!

TIKUS SAWAH... LUBANG DI GALI....
SIANG HARI... TIDAK DIJUMPAI...
MALAM HARI... AKTIF SEKALI...
IA ADALAH ...PEROSAK PADI...

By,
M Anem
Sawah Ring
Ledang
Muar
Johor
Malaysia
(27 RabiulAkhir 1434H)     

No comments: