Sunday, April 7, 2013

REKOD LADANG SOM 1

REKOD LADANG (Farm record) merupakan satu sistem pengumpulan dan penyimpanan maklumat mengenaai aktiviti ladang yang penting didalam aktiviti ladang. Semua permohonan untuk persijilan SALM (Skim Ladang Baik Malaysia) dan SOM (Sijil Organik Malaysia) perlukan maklumat dalam rekod ladang sebelum permohonan akan diproses untuk diluluskan. Maklumat dalam rekod ladang sangat penting dibuat oleh petani, usahawan atau syarikat seperti buku simpanan kira-kira untuk menganalisa kewangan dan menganalisa untung- rugi sesuatu aktiviti perladangaan. Saya terlibat didalam mengajar mengenaai Rekod Ladang semenjak mula bekerja dulu sekitar awal tahun 1980'an sehingga 10 tahun lamanya kepada pegawai pengembangan serta peserta projek kelompok. Sifu yang saya tidak akan lupa dalam ilmu 'Farm Management and Farm Record' ini adalah Encik Zainal (Kita lebih suka panggil sebagai 'Zainal Kojek'). Penggunaan rekod ladang oleh petani kecil dan pekebun kecil masih amat kurang diamalkan secara sistematik. Kebanyakkan mereka menggunakan kira-kira didalam ingatan sahaja (main congak-congak) dan yang lebih bijak menggunakan buku kecil (seperti buku 555). Antara faktur kenapa mereka tidak mahu menggunakan buku rekod ladang yang diberikan oleh Jabatan Pertanian dulu adalah mungkin lecehnya hendak menulis, ada yang kurang pandai menulis, saiz kebun atau perniagaan yang kurang komersil, tidak faham hendak mengisi buku rekod ladang dan tidak nampak kebaikan meengisi rekod ladang. Bagaimana pun pada hujung Rancangan Malaysia ke 10, apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan Bantuan Insentif Harga Tanaman Makanan dibawah Program DJBM (Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara), disyaratkan pemohon insentif mesti mengisi rekod ladang. Mereka yang memohon mengisi rekod ladang dengan baik yang perlu dihantar bersama permohonan insentif tersebut sebelum di periksa untuk kelulusan. Artikel malam ahad ini saya menulis mengenai sistem simpanan rekod ladang untuk permohonan persijilan SOM dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan membuat rujukkan daripada Website berkaitan.

Rekod ladang mencatitkan semua aktiviti yang dijalankan diladang menggunakan satu sistem yang mengandungi maklumat penting semua aktiviti ladang.  Bagi permohonan sijil SOM, sebanyak 13 rekod ladang diperlukan untuk diisi dan diperiksa oleh pegawai pemeriksa yang datang membuat pemeriksaan diladang. Rekod tersebut adalah seperti di bawah: 



Maklumat rekod ladang ini mesti dilengkapkan iaitu Rekod Pembelian Input, Rekod Pembuat Input, Rekod Penanaman, Rekod Penggunaan Input, Rekod Penggunaan Input Kawalan Perosak, Rekod Penggunaan Jentera dan Peralatan Ladang, Rekod Pengeluaran Hasil, Rekod Penuaian Hasil, Rekod Rawatan Lepas Tuai, Rekod Pelupusan Sisa Ladang, Rekod senarai Pekerja, Rekod Latihan Pekerja dan Rekod Pemeriksaan Kesihatan Pekerja. Semua borang rekod-rekod ini mesti diisikan oleh pemohon persijilan SALM dan SOM. Ini merupakan satu dokumen resmi yang akan dirujuk sama ada pemohon dan petani mengikuti Amalan Pertanian Agronomi Baik seperti yang disyorkan oleh Pakej Teknologi Amalan Baik Jabatan Pertanian. Kesemua perkara yang perlu dicatit adalah untuk mempastikan tidak ada perlanggaran dan pencemaran yang dilakukan oleh petani bagi mempastikan hasil tanaman yang dikeluarkan menepati ciri-ciri makanan berkualiti yang selamat dimakan. Rekod ini perlu diisi dan disimpan untuk beberapa jangkamasa yang lama ditempat selemat sebelum dijalankan pemeriksaan oleh Pemeriksa (Auditors). Semua tulisan dan catitan mesti jelas, mudah dibaca, diisi dengan betul dan mengikut turutan yang betul. Penggunaan pen atau pensil yang kekal boleh digunakan didalam membuat catitan setiap bulan atau minggu mengikut kesesuaian. 



Rekod yang dipanggil SOM 4-1 adalah borang Rekod Ladang berkaitan dengan Rekod Pembelian Input. Jadual diatas adalah contoh rekod ladang mengenai aktiviti pembelian input yang hendak digunakan.Ruangan bilangan ditulis turutan pembelian dijalankan bersama tarikh berlaku pembelian yang ujud pada invois atau resit pembelian. Nyatakan jenis input yang dibeli sepertii baja organik (Banyak jenis baja), Racun Organik atau Biopesticide (Nyatakan jenama bahan tersebut), Pembelian alatan ladang (Cangkul, pisau, bakul, kereta sorong) dan sebagainya. Ruangan kuantiti, komposisi dan harga dicatitkan didalam ruangan disediakan. Adalah lebih baik jika kita dapat mencatit mengenai maklumat nama pembekal input untuk memudahkan kita membuat rujukkan. Bagi estet dan perladangan yang luas, perlu juga mencatitkan negara asal pembuat dan permit impot mungkin berkaitan untuk kuantiti dan memudahkan kita membuat rujukkan. 


Rekod Pembuatan Input (SOM 4 - 2) pula adalah Borang Pembuatan input yang menjurus kepada pemgisian maklumat mengenai jenis input yang hendak dibelii dan akan digunakan diladang. Borang ini (Lihat diatas) juga mempunyai bilangan turutan catitan, tarikh dicatit barang input tersebut dibeli, kuantiti dibelii dan yang paling penting adalah bahan yang terkandung didalam bahan input dibeli yang berkaitan dengan bahan kimia terutamanya. Tujuannya untuk kita memberitahu sama ada input jenis bahan kimia tersebut mengandungi bahan-bahan merbahaya atau tidak. Contohnya kalau membeli racun organik, terdapat racun jenis sistemik dan racun jenis sentuh. Terdapat racun organik jenis amat berkesan yang mahal dan cara penggunaannya amat khusus. Bahan input jenis organik juga perlu diperiksa kandungan pada tulisan dilabel yang disediakan oleh pengeluar.



Rekod Penanaman (SOM 4 - 3) mencatitkan semua aktiviti penanaman yang dijalankan diladang. Rekod ini mencatitkan bila tarikh kita menanam pokok (sayuran - terung, timun, sawi, kailan dan sebagainya) dan selalunya tarikh menanam adalah berperingkat-peringkat mengikut kaedah matrik pengeluaran (Matrix production system). Sebaiknya dicatitkan juga petak dimana tanaman tersebut dijalankan untuk tujuan rekod dan pengurusan tanaman. Rekod tersebut juga perlu mencatitkan keluasan sebenar penanaman untuk setiap jenis tanaman mengikut petak dan keluasan kawasan (sama ada dalam unit ekar atau hektar dan sebagainya). 



Rekod Penggunaan Input (SOM 4 - 4)  mencatitkan semua jenis input yang digunakan untuk ladang SOM. Tuliskan bilangan mengikut turutan dan tarikh penggunaan input tersebut dijalankan. Nyatakan jenis input (Bokashi, kompos, IMO, BMO, Benih) didalam ruangan yang disediakan dan kuantiti digunakan. Maklumat jenis tanaman dan petak tanaman ditulis untuk mengelakkan kekeliruan dikemudian hari. Catitan didalam borang ini sangat penting untuk membuat analisa oleh pemeriksa yang akan datang. Kadar penggunaan bahan input boleh diperiksa melalui borang ini dan dikira berdasarkan catitan. Semua borang rekod ladang ini boleh didapati daripada lamanweb dengan mudah. Artikel ini bersambung kepada Part 2 dan Part 3 berikutnya.
Wasallam!



REKOD LADANG ... KOMPLEKS ISINYA...
PERLU FAHAM... SEMUA KANDUNGANNYA...
DISEMAK SELALU ... DISIMPAN SEMPURNA...
KEPADA PEMERIKSA... SANGAT BERGUNA...

By,
M Anem
Precint 2,
Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rabiul'Awal 1434H) 

No comments: