POKOK DEDALU (Salix tetrasperma Roxb ) adalah sejenis tumbuhan parasit yang menumpang pada pokok lain daripada keluarga Salicaceae. Sebenarnya tumbuhan jenis parasit ini mempunyai lebih daripada 320 spesis diseluruh dunia dengan banyak terdapat dihemispiar utara. Saya kenal akan pokok dedalu ini kerana seringkali jumpa (foto diatas) ia menumpang pada pokok buah-buahan dikawasan keliling rumah semasa remaja dikampong dulu seperti pada Pokok Jering (Archidendron jiringa), Pokok Jambu Batu (Psidium guajava), Mempelam (Mangifera indica) dan pokok Rambutan (Nephellium lappaceum). Tumbuhan ini juga menumpang pada batang tumbuhan lain dengan bahagian akarnya masuk kedalam batang akar dan menyerap air serta makanan daripada pokok tersebut. Dalam banyak situasi, keujudan pokok dedalu ini akan menyebabkan dahan pokok menjadi kering, daun berguguran dan akhirnya dahan pokok tersebut akan mati jika ia berlaku pada tahap serius. Tumbuhan ini banyak didapati dikawasan hutan dan sekitarnya di Malaysia dan negara-negara ASEAN lain. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan dedalu yang mungkin ramai generasi Y ini tidak pernah jumpa kerana mereka duduk dibandar.
Pokok Dedalu adalah jenis pokok parasit atau pokok tumpang membentuk bonjolan pada dahan tumpang dimana akarnya akan melekat pada tumbuhan lain dengan kuat. Dari bonjolan atau 'bonggol' akan keluar beberapa batang berkayu yang tumbuh menegak atau melempai. Daunnya adalah berwarna hijau coklat terutama dibahagian bawah daun. Saiz daun sekitar 10-18 cm panjang dan 4-7 cm lebar dengan susunan daun bertentangan (opposite). Warna daun ini dapat kita bezakan dari jauh dengan daun pokok tumpang yang kebanyakannya berwarna hijau. Paling unik saya perhatikan adalah bentuk bunganya seperti trompet panjang dengan ia kembung dibahagian tengah berwarna coklat bersaiz 2-4 cm panjang. Bunga ini keluar dalam bentuk jambak dan ia mengandungi spora yang apabila matang akan diterbangkan oleh angin untuk hinggap pada dahan lain bagi tujuan pembiakan.
Saya dapati tidak banyak tulisan atau artikel yang dapat kita jumpa dalam lamanweb mengenai pokok dedalu ini. Ini mungkin tidak ramai yang perasan akan kehadirannya pada fauna kita terutama keujudannya dikawasan hutan yang menumpang pada pokok balak yang tinggi. Walau pun pokok dedalu dikatakan jenis pokok parasit yang boleh menyebabkan pokok yang ditumpanginya mati, namun saya dapati dalam perubatan tradisional Melayu pokok ini mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Pokok dedalu dipercayai berguna untuk dijadikan ubat untuk merawat penyakit kanser payu dara terutamanya di peringkat permulaan. Kita hanya gunakan pokok dedalu yang menumpang pada pokok Mempelam (Mangifera indica) sahaja untuk rawatan itu. Bahagian berbonggol yang mencengkam kuat pada dahan yang ditumpangi diambil untuk rawatan ini. Asah bahagian kulit bonggol tersebut bersama air didihan rebusan nasi dan kemudian disapu pada bahagian payu dara . Kesannya akan dapat dilihat setelah diamalkan penggunaanya.Dengan izin Allah , penyakit tersebut akan dapat dirawat.
POKOK DEDALU...IA MENUMPANG...
MENJADI PARASIT...IA JEMBALANG...
DAHAN MATI... IA PERLU TEBANG...
KALAU JUMPA...PERLU DIBUANG...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(17 JamadilAkhir 1434H)

Bonggol pokok dedalu - ada guna? |
MENJADI PARASIT...IA JEMBALANG...
DAHAN MATI... IA PERLU TEBANG...
KALAU JUMPA...PERLU DIBUANG...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(17 JamadilAkhir 1434H)
No comments:
Post a Comment