Wednesday, March 6, 2013

SAYURAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

SAYURAN TRADISIONAL (Traditional Vegetables) yang terdapat di Malaysia merupakan sayuran yang tidak ditanam secara komersil dan banyak dimakan dalam bentuk asli dan segar. Sayuran tradidional ini banyak yang diperolehi dari sumber tempatan atau yang dibawa masuk dari luar negara merupakan sayuran yang di kutip daripada kawasan hutan, kawasan keliling kebun atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Sebahagian besar spesis ini juga ditanam untk guna sendiri dan amat jarang dijual dipasar atau supermarket dimana ia merupakan sayuran yang agak dipandang rendah oleh kebanyakan pengguna atau kadang-kadang disebut juga 'Sayur Kampung'. Kajian saya daripada pengalaman bekerja dalam bidang pertanian selama lebih 32 tahun mendapati, sayuran tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan SAYURAN ULAM DAN PUCUK dan Kumpulan SAYURAN PENYEDAP RASA. Artikel petang Ahad ini sambil menonton cerita tamil, saya menulis dlam 'Anim Agro Technology' mengenai beberapa spesis sayur tradisional untuk dijadikan bacaan anda semua.


Sayuran Ulam dan Pucuk adalah spesis sayuran yang mana diambil bahagian-bahagian seperti Bunga, Buah, Batang, Rizom, Daun dan Pucuk yang segar dan sakulen dimakan masih mentah dengan nasi. Lazimnya Ulam dan Pucuk ini mempunyai aroma, rasa, warna, keenakan yang khusus yang menyebabkan kita suka akan makan ulam tersebut bersama nasi.  Ulam dan pucuk ini mampu merangsang selera makan seseorang itu sehingga ia mampu tambah nasi dan banyak makan. Antara ulam yang popular seperti Petai, Jering, Pucuk Daun Gajus, Selom, Ulam Raja, Terung Pipit, Pegaga, Daun Bebuas, Terung Tetunjuk, Timun, Tenggek Burung, Kaduk, Cekur, Terung Dayak, Terung Asam, Beluntas, Setangki, Mata Pelanduk, Sekentut, Daun Selaseh, Cakar Cikri dan banyak lagi. Status ulam dan pucuk ini memang berbeza dari segi rangsangan air liur dan selera sehingga ada nenek moyang kita adakan peribahasa iaitu 'Pucuk di cita, Ulam mendatang' yang maksudnya memang kita suka makan ulam. 


Tomyam campor.
Sayuran Penyedap Rasa ialah bahagian-bahagian tumbuhan yang seperti bunga, daun, buah, biji, pucuk, rizom, umbisi dan lain-lain bahagian yang diambil untuk dijadikan bahan utama atau bahan ramuan yang menambahkan lagi kelazatan masakan tersebut.  Hasil daripada bahan tersebut akan menambah keenakan dan menambah selera masakkan lauk pauk yang dimasak yang akan dimakan bersama nasi. Kekurangan bahan tertsebut akan mengurangkan keenakan dari segi rasa, aroma dan kelazatan sesuatu makanan tersebut. Diantara spesis sayuran penyedap rasa adalah seperti Serai, Selasih, Kesom, Turi, Bunga Kantan, Halia, Cili Padi, Terung Dayak, Asam Gelugor, Daun Ketumbar, Daun Bawang, Cekur, Adas Pedas, Maman, Daun Salam, Kaduk, Keladi Rawan, Daun Kunyit, Daun Sekentut dan banyak lagi. Cuba kita bayangkan asam pedas tanpa daun kesum dan asam keping dan Bunga Kantan? Pasti tidak lazat. Cuba kita makan masakan tomyam campur tanpa serai?. Apa jadi Nasi Goreng Kampong tanpa Cili Padi?.


Nasi Kerabu ada ulam.
Sayuran tradisional ini perlu diolah dalam makanan kita untuk menjadikan makanan tempatan lebih enak, berkhasiat dan kekal tradisional. Beberapa kaedah dalam mengolah sayuran tradisional ini banyak diketengahkan oleh beberapa restoran terkenal dan hotel-hotel dalam persembahan makanan tradisional mereka. Antaranya adalah (1) Memakan sebagai Ulam dan Pucuk  (2) Memakan sebagai Kerabu dan Sayuran Campuran  (3) Memakan sebagai Resepi Sambal dan Acar  (4) Memakan sebagai Hasil Fermentasi dan Jeruk  (5) Memakan sebagai Resepi Masakkan Tradisional. Kesemua pengolahan ini telah diciptareka oleh nenek moyang kita semenjak dulukala dan kekal sehingga kini. Siapa yang tidak kenal akan masakan ikan patin dengan tempoyak durian, masak ikan keli cili api, masak pecel keli dengan cekur (My number one receipe), masakan nasi kerabu dan masakan nasi goreng serai?. Resepi tradisional ini kini telah dikomersilkan dan diminati oleh penduduk Malaysia.
Akan bersambung dengan Artikel Ulam dan Pucuk, Kerabu , Sambal dan Acar pada masa akan datang. Wasallam!

SAYURAN TRADISIONAL... SAYUR KAMPONG...

DIMAKAN BENTUK ASLI... JANGAN SOMBONG...
PELBAGAI KHASIAT ....TERMASUK TERUNG....
TANAM SENDIRI... MINAT KITA DORONG...

By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(3 Safar 1434H)


  

No comments: