LETUP-LETUP (Passiflora foetida) merupakan sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai jenis menjalar dan menghasilkan bunga yang amat menarik. Saya memang sangat kenal akan tumbuhan ini kerana ia banyak tumbuh dikawasan kebun dan ditepi jalan dikampong di Muar, Johor dahulu kala ketika saya bersekolah. Bagaimana pun saya agak keliru kerana nama buah 'letup-letup' inii sering merujuk kepada dua jenis buah yang berbeza iaitu letup-letup yang menjalar (Foto diatas) dan juga sejenis lagi letup-letup pokok tumbuh menegak (Foto dibawah). Tumbuhan ini natif dari kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan juga di USA Selatan, Hawai, Amerika Selatan, Afrika Barat dan sebagainya. Ditempat lain tumbuhan ini juga dipanggil sebagai marya-marya, bush passion fruit, stinking passionflower, wild maracuja, love-in-a- mist, Timun Padang, Buah Tikus dan juga Kha Tok Rok (Thailand). Saya sudah boleh agak bagaimana tumbuhan ini diberi nama sebagai 'letup-letup', saya agak pasti kerana buahnya yang berbentuk bulat dan apabila buah matang dan di tekan akan menghasilkan bunyi seperti letupan kecil. Artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology' mengenai sejenis tumbuhan yang jarang-jarang dikaji iaitu pokok letup-letup yang sering kita jumpa dikawasan belukar dan kebun dikampong.
Pokok letup-letup ini didapati tumbuh liar tanpa ditanam kerana ia adalah didalam kategori rumpai yang perlu dimusnahkan dikawasan tanaman akibat persaingan mengenai nutrien, cahaya matahari, air, ruang dan juga mungkin menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Jangan keliru dengan foto sebelah iaitu sejenis tumbuhan liar yang juga dipanggil sebagai letup-letup dikawasan tertentu di Malaysia. Buahnya juga menghasilkan bunyi 'letupan' apabila ditepuk dengan beberapa tangan. Saya akan cuba menulis mengenai buah tersebut dalam artikel lain. Tumbuhan letup-letup ini adalah sejenis yang menjalar dengan batang (vine) sepanjang 1.5 - 6.0 meter bergantung kepada spesis dan lokaliti. Penelitian saya mendapati batangnya mempunyai bulu halus dengan warna hijau kekuningan dan akan menjadi berkayu apabila tua.
Daunnya berbentuk seperti hati dengan mempunyai sama ada 3 atau 5 lekukan. Daun letup-letup agak berbulu halus dan berwarna hijau cerah (Lihat foto sebelah). Suaunan daun adalah bersilang (alternate) dengan tangkai daun yang agak panjang sekitar 2-4 cm. Bulu dibahagian hujung daun lazimnya lebih tebal dan panjang. Jika daun ini diramas dengan tangan akan menghasilkan bau busuk atau orang jawa kampong saya kata sebagai bau 'Langu'. Jika pokok tumbuh pada tanah subur yang rimbun, ianya akan menutupi tumbuhan lain dikawasan tersebut kerana ianya adalah padat.
Apa yang menarik mengenai pokok letup-letup ini adalah bunganya yang amat cantik dan menarik (Lihat foto sebelah). Warna dan juga bentuk bunga bermacam-macam bergantung kepada spesis dan persekitaran. Pada asasnya bunganya jenis biseksual dari yang berwarna putih sehingga warna putih krim dan ungu ditengahnya. Ia juga mempunyai banyak kelopak dan susunan stamen yang jelas. Bunga ini keluar sepanjang tahun dan bilangan bergantung kepada kesuburan dan umur pokok. Bunga terbuka pada sebelah pagi dan tertutup semula sebelum tengahari. Apa yang saya pasti ialah mungkinn bunga ini mempunyai banyak nektar (manisan bunga) kerana sering dikunjungi pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, lebah madu, semut dan sebagainya.
Paling unik mengenai buah letup-letup adalah buahnya yang terbentuk didalam karung berjaring (Lihat foto sebelah). Karung berjaring ini menutupi buah muda dan mampu memerangkap serangga bagi sesetengah spesia sepabai tumbuhan pemangsa (predators). Buah akan terus berada didalam karung berjaring sehingga masak tanpa diganggu. Buah letup-letup berbentuk bulat (Globose) dengan ukurlilit buah sekitar 2-4 cm. Warna buah lazimnya kuning terang dan didalamnya mengandungi banyak biji berwarna hitam yang diselaputi dengan lendir yang rasanya manis. Saya dulu dizaman remaja pun suka petik buah letup-letup ini dan buka isinya untuk dimakan. Burung suka makan buah ini dan menyebarkan biji yang dimakan kekawasan lain untuk disebarkan.
Selain daripada dianggap sebagai rumpai, belum banyak kajian dijalankan mengenai kegunaan tumbuhan ini. Disetengah negara, buah letup-letup masih dimakan kerana rasa manisnya dan memang ia adalah produk organik. Tumbuhan ini juga ditanam dikawasan tertentu dalam taman bunga dengan sistem para sebagai satu tarikan. Pucuk daun letup-letup sesuai juga dipetuk untuk dimakan sebagai sayur-sayuran terutama dikawasan pendalaman. Salah satu kandungan dalam tumbuhan ini adalah bahan 'Saponin' yang boleh digunakan sebagai 'sabun' secara semulajadi. Ada setengah negara yang memgeringkan daunnya untuk dijadikan teh bagi minuman. Saya harap akan ada kajian lanjut mengenaii tumbuhan ini dari nilai komersil pada masa akan datang dengan nilai-nilai permakanan atau dijadikan bahan komestik. InsyAllah!
BUAH LETUP-LETUP.... UNIK BUAHNYA....
BERWARNA KUNING... DISELAPUTI PULA...
LENDIRNYA MANIS.... HITAM BIJINYA...
DIJDIKAN HIASAN... MENJALAR CANTIKNYA...
By,
M Anem
Taman Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
malaysia
(15 Febuari 2013)
Ini juga buah letup-letup. |

Buah letup-letup dan bijinya. |
BUAH LETUP-LETUP.... UNIK BUAHNYA....
BERWARNA KUNING... DISELAPUTI PULA...
LENDIRNYA MANIS.... HITAM BIJINYA...
DIJDIKAN HIASAN... MENJALAR CANTIKNYA...
By,
M Anem
Taman Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
malaysia
(15 Febuari 2013)
No comments:
Post a Comment