TABURAN BUAH-BUAHAN (Distribution of Fruits) dan pertumbuhannya banyak ditentukan oleh pelbagai faktur pengeluaran tetapi yang paling utama adalah IKLIM atau CUACA. Selain daripada cuaca, antara faktur penentu didalam taburan tanaman buah-buahan adalah seperti Faktur IKLIM, Faktur GEOGRAFI, Faktur EKOLOGI dan Faktur EKONOMI. Pertumbuhan industri pengeluaran buah-buahan dunia meningkat sejak beberapa dekad dengan beberapa jenis buah-buahan popular seerti Pisang, Jenis Limau, Manga, Betik dan Anggur. Beberapa jenis buah-buahan seperti pisang, betik dan mangga bertambah pengeluarannya lebih 170% selama 30 tahun manakala buah-buahan seperti Limau Tangerine dan Oren meningkat hampir 300%. Ini kerana selain daripada pasaran segar, buah-buahan tersebut kini telah diproses didalam pelbagai jenis produk untuk dijadikan makanan harian yang sangat penting. Contohnya Jus Oren kini boleh dikatakan digunakan dengan kuantiti yang banyak diseluruh dunia. Artikel petang ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai industri buah-buahan dunia dan faktur penentu berkaitan dengan taburannya diseluruh dunia untuk bacaan anda.
Buah-buahan temperate mendominasi pengeluaran buah-buahan seluruh dunia kerana telah dikomersilkan dengan sejarah pembangunan teknologi yang lama. Ini berbanding dengan buah-buahan tropika yang ia kini masih belum dieksploitasi potensi sepenohnya. Contoh paling hampir adalah pembangunan buah epal yang mempunyai berpuloh malah beratus jenis varieti yang boleh dikomersilkan untuk pasaran domestik dan ekspot. Begitu juga dengan buah Anggur dan Jenis Limau yang telah mempunyai teknologi pengeluaran yang lengkap. Pembangunan varieti dan kultivar buah-buahan telah dimulakan semenjak kurun ke 18 di Eropah sehingga mampu menghasilkan lebih daripada 7,500 kultivar buah-buahan yang sesuai ditanam. Kebangkitan pembangunan buah-buahan tropika masih diperingkat pembangunan tetapi beberapa jenis buah-buahan seperti pisang, mangga, betik dan nenas kini telah mula meningkat pengeluarannya.
FAKTUR IKLIM
SUHU (Temperature) penting dalam taburan penanaman buah-buahan. Lazimnya ketinggian kawasan dan latitude berkait dengan suhu dan kesesuaian pokok buah-buahan untuk tumbuh dengan baik. Beberapa lokasi seperti di kawasan Teluk, Meditrenean, Amerika Selatan didapati mempunyai iklim yang kondusif untuk tanaman buah-buahan tertentu. Keperluan AIR (Water) sama ada daripada hujan atau sistem pengairan adalah perlu untuk buah-buahan. Dikawasan Meditrenean contohnya, cuaca panas sejuk yang kering mendapatkan punca bekalan air dari air bumi, empangan atau sungai untuk penghasilan buah yang sangat bagus. Kadar hujan yang sedikit, dan kelembapan sederhana mengurangkan kadar masalah serangan penyakit dan perosak buah-buahan yang ditanam. Kawasan yang banyak hujan dengan kelembapan yang tinggi seperti di Malaysia bagaimana pun mengundang banyak masaalah serangan penyakit dan serangga perosak buah-buahan.
KELEMBAPAN (Relative humidity) disebabkan oleh banyak hujan dan geografi kawasan penanaman buah-buahan. Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan potensi serangan penyakit dan perosak buah-buahan meningkat. Akibat kadar kelembapan tinggi juga akan menyebabkan kos pengurusan tanaman buah-buahan akan tinggi kerana kita terpaksa menggunakan bahan input atau teknologi untuk kawalan mengurangkan serangan penyakit. CAHAYA (Light) merupakan faktur yang dikaitkan dengan musim, lalitude, keujudan awan semulajadi dan juga pencemaran udara. Lazimnya hemispear selatan mempunyai sinaran caha yang lebih baik berbanding dengan hemisphere utaya yang tinggi kadar pencemaran udara. Kaitan cahaya dan sinaran matahari adalah peranannya didalam menjalankan proses fotosintesis pada daun pokok buah-buahan. Daun yang menghasilkan makanan akan menentukan kualiti buah-buahan yang dihasilkan.
ANGIN (Wind) ditentukan keujudannya dilokasi berbeza dimana ada kawasan yang mudah kena tiupan angin kencang yang merosakan pokok buah-buahan (tumbang atau patah). Bagaimana pun tiupan angin yang elok akan membantu didalam proses pendebungaan bunga dan menguntungkan pokok buah-buahan. Beberapa lokasi tertentu perlu dibuat struktur pelindung angin (wind breaker) atau lain-lain kaedah dimana ini akan meningkatkan kos. Keujudan cuaca buruk atau Bencana Alam dengan tiupan angin kencang kuat seperti Taufan dan sebagainya juga mampu memusnahkan industri buah-buahan. Perkara diatas adalah faktur-faktur penentu pembangunan industri buah-buahan seluruh dunia dari aspek Iklim dan cuaca. Akan disambung seterusnya untuk faktur Geografi, Ekologi dan Ekonomi pada artikel akan datang.
BERSAMBUNG!
INDUSTRI BUAH-BUAHAN .... SELURUH DUNIA...
BUAH TEMPERATE ... TELAH MAJU DITEROKA...
BUAH TROPIKA... TINGGI POTENSINYA JUGA..
FAKTUR IKLIM ... ANTARA PERLU WASPADA...
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Adaptasi dari buku "Tropical dan temperate Fruit production - CABI 2011)
19 Disember 2012

No comments:
Post a Comment