SIPUT GONDANG EMAS (Pomacea canaliculata dan Pomacea incularum) merupakan sejenis siput yang merosakkan tanaman padi di Malaysia yang teruk jika tidak dikawal. Siput Gondang Emas (SGE) merosakan anak benih padi yang bari ditanam kurang daripada 21 hari dimana serangan teruk akab berlaku jika paras air disawah melebihi 1 cm atau dikawasan air yang dalam. Tanda-tanda serangan agak mudah dilihat dimana akan kelihatan kehilangan rumpun-rumpun padi dan kelihatan daun padi terapong di permukaan paras air. Serangan SGE lazimnya sangat aktif pada malam hari dan sewaktu fajar dimana dan agak kurang pada waktu sianghari. Kerosakan akibat serangan SGE ini amat merugikan pesawah jika berlaku pada kadar yang teruk. Walau SGE ini pada peringkat awal dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan hiasan dalam akuarium tetapi kini merupakan musuh utama didalam industri tanaman padi negara. Artikel pagi sabtu ini sambil berehat di rumah Melaka, saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' kaedah kawalan Siput Gondang Emas yang diyorkan oleh Jabatan Pertanian memalui risalah pertanian yang saya baca dengan nombor rujukkan IT67/08.07/15R(2) dan digabung pengalaman penulis sendiri.
Antara kaedah kawalan adalah dengan aktiviti Meratakan Tanah Sawah di kawasan sawah padi (Lihat foto sebelah). Aktiviti merata tanah sawah dijalankan menggunakan teknologi laser dan trektor agar mendapat permukaan tanah sawah yang rata dan ini akan memudahkan kawalan air. Kawasan permukaan tanah yang berlopak dan tidak rata membenarkan serangan SGE berlaku dikawasan tersebut. Jika permukaan tanah sawah dapat diratakan akan memudahkan kita mengawal air seterusnya boleh dijadikan satu kaedah untuk mengawal SGE. Kaedah lain adalah dengan sentiasa mengairkan tanah sawah keparas kurang dari 1 cm ketika umur padi kurang dari 6 minggu. Kaedah ini membantu mengurangan kadar serangan SGE dari memakan anak benih padi tersebut.
Kaedah Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) boleh dijalankan dengan memelihara dan melepaskan Itek Jawa atau Itek Campbell atau Itek Mallard atau Ayam di kawasan sawah selepas aktiviti menuai. Haiwan tersebut akan memakan anak-anak siput yang berada dalam sawah sehingga mengurangkan populasinya dengan signifikan. Bagi melepaskan ayam dalam sawah pastikan permukaan tanah sawah agak kering. Kaedah lain adalah dengan mengutip dan memerangkap telur SGE sepanjang masa secara mengumpan dan memerangkap siput. Kaedah memerangkap boleh dijalankan menggunakan perangkap khusus pada lokasi dimana berlaku arus air dalam sawah. Bahan untuk memerangkap SGE seperti Kangkung, kulit nangka, daun ubi kayu, daun keledek dan sebagainya. Musnahkan telur dan SGE dewasa yang terperangkap tersebut sehingga mati dengan pelbagai cara.
Kaedah cara kawalan kimia paling popular adalah dengan menggunakan racun kimia jenis Bayluscide. Cara guna racun adalah dimana keadaan paras air dalam sawah boleh dikawal dengan sempurna. Kadar dan cara gunakan racun ini seperti yang dinyatakan pada label. Terkini pesawah telah boleh mengawal populasi SGE dengan menjalankan aktiviti mambajak kering atau menabur benih kering bagi kawasan yang mana tyerdapat siput SGE. Kaedah ini amat praktikal jika permukaan tanah sawah rata dan kawalan air dapat diuruskan dengan baik. Kita tahu bahawa jentera pembajak dan Jentuai Padi sentiasa bergerak dan berpindah dari satu lokasi kelokasi yang lain. Mesin ini merupakan 'pembawa' kepada populasi SGE dan mesti dibersihkan dahulu sebagai langkah menghalang penyebaran SGE kekawasan lain. Ada juga teknologi mudah dengan memasang perangkap-perangkap seperti jaring di pintu air keluar dan masuk bagi mengawak pergarakan SGE kekawasan lain. Apa yang perlu bagi pesawah adalah sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan kehadiran pelbagai penyakit, perosak dan SGE dalam sawah padi bagi menjamin produktiviti.
SIPUT GONDANG ... EMAS (SGE) NAMANYA...
MEROSAKAN PADI... PKT ANAK SUKANYA....
PELBAGAI CARA.. TEKNIK KAWALANNYA...
SERANGAN TERUK... ALANGKAHI RUGINYA
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka
Malaysia.
(15 Dec 2012)

Padi musnah diserang SGE. |
MEROSAKAN PADI... PKT ANAK SUKANYA....
PELBAGAI CARA.. TEKNIK KAWALANNYA...
SERANGAN TERUK... ALANGKAHI RUGINYA
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka
Malaysia.
(15 Dec 2012)
No comments:
Post a Comment