RUMPUT SINTETIK (Synthetic grass) merupakan satu produk berasaskan bahan fiber sintetik untuk dijadikan rumput bagi pelbagai kegunaan terutamanya dalam kegunaan untuk padang sukan. Rumput sintetik juga dipanggil sebagai rumput tiruan (artificial grass), rumput plastik (plastic grass) atau rumput turf sintetik (Synthetic Turf Grass). Kaedah pembuatan rumput ini mempunyai teknologi untuk menghasilkan rumput sintetik yang murah sehingga yang berharga mahal. Rumput sintetik bukan satu jenis rumput sebenar (natural grass) tetapi ianya telah dihasilkan dikilang yang membuat rumput tiruan. Kita di Malaysia sudah tidak asing lagi dengan penggunaan rumput ini terutama untuk padang hoki, padang bola, padang lawn tennis, kawasan padang golf dan sebagainya. Kini rumput sintetik ini telah popular digunakan didalam kerja-kerja lanskap dikawasan taman keliling rumah, pejabat atau kompleks perniagaan sebagai satu keperluan. Artikel malam Ahad ini sambil menonton perlawanan bolasepak pada di TV Astro (Saluran 801) saya suka menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan rumput sintetik untuk dibuat rujukkan dan bacaan semua.
Pembuatan rumput sintetik adalah dari bahan asas yang dinamakan sebagai polyprophylene atau polyethylene dalam bentuk asas butiran (granules) yang diwarnakan dengan pewarna yang sesuai untuk warna rumput (Lihat foto sebelah). Lazimnya warna hijau dipilih untuk menghasilkan rumput tiruan ini walau pun tahap warna hijau ini banyak jenis dari yang hijau cair sehingga hijau gelap. Bahan ini akan dicairkan dan ditambah dengan bahan pewarna dan bahan campuran khas 'UV Resistance' bagi mempastikan rumput yang dihasilkan akan tahan daripada kerosakan akibat sinaran matahari. Setelah bahan ini cair dibawah tekanan tinggi dikilang, dua bentuk helaian jenis rumput tiruan akan dihasilkan iaitu kepingan jenis halus (monofilament) dan kepingan jenis kasar (fabrillated tape yarn). Rumput tiruan sebenarnya dibuat melibatkan proses anyaman berlapis-lapis daripada lapisan tapak asas dan seterus disusun rumput tiruan diatasnya. Penyusunan helaian rumput ini bergantung kepada jenis runput tiruan yang hendak dihasilkan sama ada ianya untuk kegunaan sebagai turf, untuk padang bola, untuk kawasan taman dan sebagainya.
Kilang pembuat rumput tiruan lazimnya akan menggunakan bahan yang tahan lasak untuk dijadikan lantai dan gam yang sangat kuat (Lihat foto sebelah). Berapakah harganya rumput tiruan yang dijual di Malaysia?. Kajian yang saya buat daripada beberapa pengedar rumput sintetik disekitar Lembah Kelang, rumput sintetik ini dipasarkan pada harga diantara RM 30.00 - RM 60.00 satu kaki persegi. Contohnya, rumput sintetik impot buatan Australia untuk laman rumah dijual dengan harga RM 48.00 satu kaki persegi. Harga ini memang jauh lebih mahal daripada harga rumput asli (cow grass) yang dijual di Johor Bahru dan pasaran Singapura yang saya tinjau dengan harga pasaran sekitar RM 1.00 - RM 5.00 satu kaki persegi sahaja. Jika dibandingkan harga rumput sintetik, perbezaan harga adalah hampir 10 kali ganda mahal daripada harga rumput asli untuk ditanam dipadang bola (Lihat foto rumput asli yang dijual di bawah sekali). Hanya mereka yang mempunyai modal dan kemampuan sahaja yang akan memilih rumput sintetik bagi pelbagai tujuan.
Kenapa perlu memilih rumput sintetik untuk digunakan walau pun kos dan harganya mahal?. Diantara kebaikan mengenai rumput sintetik ini adalah kerana ketahanannya yang lama, kemas, penyelenggaraan yang mudah dn tidak perlukan pengawasan agronomi seperti kerja penjagaan rumput asli. Bagi kegunaan padang permainan, ianya akan mempastikan memberikan keadaan padang terbaik untuk ahli sukan beraksi dengan keadaan rumput yang baik. Bagaimana pun jika di tanam dikawasn rumah, kita tidak perlu risau untuk menjaga halaman rumah dari masaalah rumpai semulajadi yang perlukan penyelenggaraan. Kos pemasangan padang yang menggunakan rumput sintetik memang mahal tetapi ia berbaloi untuk pelaburan jangkapanjang (Lihat foto pemasangan rumput sintetik diatas). Rumput sintetik akan kelihatan sentiasa segar walau pun diletakkan tanpa cahaya matahari, dibawah lindungan, di padang pasir yang tiada air, pada suhu sejuk beku dan dalam semua keadaan. Kaedah pemasangan rumput sntetik yang betul mengikut peaturan akan menghasilkan padang yang cantuk dan lebih tahan lama.
Beberapa kelemahan mengenai rumput sintetik tetap ada. Paling asas adalah kos untuk membelinya yang memang mahal. Bayangkan jika ingin memasang rumput sintetik satu padang bola, kira sendirilah berapa banyak atau luas rumput sintetik diperlukan kalau harga pasaran sebanyak RM 50.00 sekaki persegi. Terdapat laporan yang rumput sintetik juga akan menyebabkan luka atau kerosakan pada kulit akibat geseran dengan bahan plastik yang mana keadaan ini adalah kurang risiko dibandingkan dengan rumput asli. Ada laporan saintifik yang menyatakan rumput yang disimpan lama juga menyebabkan ada bakteria atau patogen merbahaya boleh membiak dan menjejaskan kesihatan kita. Kajian mengenai suhu permukaan (Surface Temperature) di atas permukaan padang rumput sintetik adalah tinggi berbanding dengan rumput asli. Kandungan bahan sintetik juga mungkin mengandungi bahan logam berat atau bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Penggunaan rumput sintetik lazim di kawasan yang benar-benar memerlukannya, jika tidak saya lebih suka tanam dan gunakan rumput asli yang dijual dipasaran. Wallahualam!
RUMPUT SINTETIK... JUGA RUMPUT TIRUAN...
MUDAH DIJAGA... BAGI PADANG PERMAINAN...
BERWARNA HIJAU... CANTIK PANDANGAN...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT PENGETAHUAN...
By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya
Malaysaia
(5 RabiulAkhir 1434H).

Rumput Asli dipotong 1 kaki persegi. |
MUDAH DIJAGA... BAGI PADANG PERMAINAN...
BERWARNA HIJAU... CANTIK PANDANGAN...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT PENGETAHUAN...
By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya
Malaysaia
(5 RabiulAkhir 1434H).
No comments:
Post a Comment