Friday, February 22, 2013

DURIAN - SISTEM PENGAIRAN 2

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang penting didalam menghasilkan nilai pengeluaran buah-buahan di Thailand, Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Penanaman durian dilaksanakan sama ada secara monokrop atau dusun campuran dalam bentuk ladang komersil atau sebagai tanaman selingan. Tanaman durian seperti tanaman lain memerlukan amalan agronomi yang perlu dilaksanakan oleh petani untuk menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti. Selain daripada pembaja, kawalan musuh dan perosak, kawalan rumpai, cantasan pokok didapati faktur PENGAIRAN POKOK DURIAN (Irrigation) untuk durian perlu kita ketahui. Terdapat banyak pokok durian yang ditanam tidak memerlukan sistem pengairan khusus kerana mempunyai taburan hujan dan air dalam tanah yang mencukupi dilokasi tertentu. Cuaca di Thailand, Malaysia dan Indonesia memang mempunyai hujan mencukupi untuk tanaman durian tumbuh subur sepanjang tahun. Artikel pagi sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pengairan untuk tanaman pokok durian berdasarkan buku "Durian - King of Tropical Fruits" karangan Suranant Subhadrabandu (2001) dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian.


Terdapat banyak teknik sistem pengairan untuk pokok durian yang kita boleh pilih bergantung kepada banyak perkara termasuk kos pemasangan, keberkesanan sistem, kekerapan, kesesuaian dan juga kemahiran petani. Pemerhatian saya didusun durian sekitar Chantaburi dan Rayong di Thailand mendapati, ramai petani dusun durian memasang sistem pengairan untuk mempastikan kualiti buah mampu mencapai gred untuk pasaran ekspot. Menurut Dr Suranant, di Thailand terdapat beberapa sistem pengairan yang boleh digunakan untuk pengairan pokok durian seperti Pengairan Basin (Basin irrigation), Pengairan Sprinkler (Sprinkler irrigation), Pengairan Titis (Drip irrigation) dan Pengairan Mini-sprinkler (Mini sprinkler irrigation). Pemerhatian saya di Malaysia pula mendapati kesemua sistem tersebut memang ada digunakan sejak lama dulu dibeberapa dusun durian komersil dan di-Stesyen-stesyen Pertanian. Beberapa projek Dusun Nukleus dan Dusun Berkelompok Jabatan Pertanian juga memasang sistem pengairan projek durian dengan sistem pengairan titis dan 'micro-jet system'. Petani komersil durian memilih sistem pengairan titis kerana kos yang murah, operasi pengairan yang minimum dan penjimatan air serta efektif. 

Teknik Pengairan Basin ini dilakukan dengan menggali parit (shallow trench) dikeliling setiap pokok durian menggunakan jentera atau secara manual dengan jarak jauh yang sesuai dari pangkal pokok. Kaedah tradisional ini diamalkan dibanyak lokasi di Thailand dimana air akan dipam masuk kedalam parit tadi menggunakan paip dari sumber (Lihat contoh disebelah). Cara ini perlu disesuaikan dengan saiz pokok, jenis tanah dan topograpi tanah. Kaedah ini mempastikan paras air dalam tanah sentiasa pada paras yang optima. Kelemahan sistem ini adalah kemungkinan akan kesan mendapan garam terutama dikawasan hampir laut. Kaedah ini amat sesuai untuk sistem pengairan bagi jangkamasa panjang. 

Teknik Pengairaan Sprinkler paling sesuai digunakan dikawasan dimana ada banyak terdapat sumber air seperti anak sungai dan kolam dimana ini amat banyak digunakan Thailand. Air daripada sungai, kolam, air dalam tanah dipam dengan tekanan tinggi kepada kepala sprinkler yang berputar menghantar air melalui paip (Lihat foto sebelah). Pam air yang mempunyai tekanan tinggi akan digunakan bagi menghantar air kepada nozel. Ketinggian pemasangan nozel bergantung kepada umur pokok dan kombinasi dengan tanaman lain disekelilingnya. Bilangan pemasangan sprinkler disyorkan adalah sebanyak 2 nozel setiap satu pokok durian. Paling penting adalah air akan dihantar sehingga sampai kepada zon akar durian yang aktif. Walau pun sistem ini kurang popular untuk tanaman durian, beberapa petani memilihnya kerana kepastian untuk membekaalkan air adalah amat pasti. 

Teknik Pengairan Titis paling popular digunakan di dalam kawasan dusun durian yang mana sumber air agak kurang dan kawasan berbukit. Air akan dipam naik kedalam tangki melalui tapis (filtered) dibahagian tinggi dan disambung dengan hos pita keseluruh pokok durian. Pasangkan 2 - 4 'emitter' pada setiap pokok durian dimana air akan menitis kedalam kawasan zon akar durian (Lihat foto sebelah). Pemeriksaan terhadap setiap emitter perlu dibuat untuk pastikan ianya tidak tersumbat akibat kekotoran yang menyekat pengaliran air. Teknik ini amat popular dikalangan penanam durian komersil di Malaysia. Kos pemasangan sistem ini adalah sederhana dan ia agak tahan. Beberapa projek tanaman durian Jabatan Pertanian seperti di Dusun Nukleus dahulu menggunakan sistem pengairan titis sebagai pilihan. 

Teknik Pengairan Mini-Sprinkler atau juga dipanggil sebagai Microjet Sprinkler merupakan cara terbaru yang semakin popular. Cara ini menggunakan nozel sprinker mini setinggi 1 - 2 kaki yang di pasang dibawah pokok durian sebanyak 2 - 4 unit sepokok (Lihat foto sebelah). Saya dapati teknologi ini amat praktikal kerana perlukan pam dengan tekanan sederhana, menjimatkan air, tidak ada masaalah tersumbat dan kos penyelenggaraan yang tidak terlalu mahal. Petani di Thailand dan Malaysia banyak menggunakan sistem ini yang bahannya di keluarkan oleh kilang tempatan atau yang diimpot dari luar negara. Kos untuk sistem ini adalah sederhana dan mampu dibeli oleh penanam durian serta penyelenggaraan yang agak mudah berbanding dengan sistem pengairan titis. 


Pengairan terhadap pokok durian perlu dilaksanakan apabila kawasan tanaman memeang perlukan sistem pengairan. Musim pengeluaran buah durian boleh disesuaikan dengan kalendar pengeluaran bunga dan juga musim berbuah jika ladang durian dibekalkan dengan sistem pengairan yang lengkap. Jika berlaku masa pembungaan awal atau lewat, air keladang boleh dibekalkan dimana ini akan membolehkan kita dapat menguruskan bekalan air pada masa kritikal. Kawasan durian dari tanah berpasir jika ada sistem pengairan dilaporkan akan menghasilkan buah untuk lebih cepat matang berbanding dengan kawasan yang tiada sistem pengairan. Pengeluaran bunga juga boleh di percepatkan (flower induced) dikawasan tanah berpasir jika ada sistem pengairan di Thailand terutama varieti durian Chanee dan Kradum Thong, Kob dan Kan Yao. Didapati teknologi pengairan berjaya di manipulasikan dalam industri penanaman durian untuk menghasilkan buah durian yang lebih berkualiti dan musim pengubahsuaian musim pengeluaran buah. Wallahualam!

POKOK DURIAN ... BEKALAN AIR DIPERLUKAN...
PENGAIRAN BASIN ... TRADISIONAL BUKAN...
PENGAIRAN SPRINKLER.. DISESUAIKAN... 
PITA TITIS... SUMBAT PERLU PERIKSAKAN...
MICRO JET ... TEKNOLOGI DIPOPULARKAN..

By,
M Anem
Chantaburi Durian Farm,
Pattaya, Thailand.
- Visit with Agro-challange Group May 2012
(30 Disember 2012)

No comments: