DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang penting didalam menghasilkan nilai pengeluaran buah-buahan di Thailand, Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Penanaman durian dilaksanakan sama ada secara monokrop atau dusun campuran dalam bentuk ladang komersil atau sebagai tanaman selingan. Tanaman durian seperti tanaman lain memerlukan amalan agronomi yang perlu dilaksanakan oleh petani untuk menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti. Selain daripada pembajaa, kawalan musuh dan perosak, kawalan rumpai, cantasan pokok didapati faktur PENGAIRAN (Irrigation) untuk durian perlu diketahui. Terdapat banyak pokok durian yang ditanam tidak memerlukan sistem pengairan khusus kerana mempunyai taburan hujan dan air dalam tanah yang mencukupi dilokasi tertentu. Cuaca di Thailand, Malaysia dan Indonesia mempunyai hujan mencukupi untuk tanaman durian tumbuh subur sepanjang tahun. Artikel pagi sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pengairan untuk pokok durian berdasarkan buku "Durian - King of Tropical Fruits" karangan Suranant Subhadrabandu (2001) dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian.
Pengairan pokok durian banyak bergantung kepada lokasi, umur pokok, musim, kaedah pengurusan dan juga jenis tanah. Bergantung kepada faktur diatas, anggaran keperluan air pokok durian diantara 20 - 40 liter sepokok. Di kawasan pengeluaran utama durian di Chantaburi, Thailand yang saya lawati menunjukkan yang dikira adalah sebanyak 38.3 liter sepokok dengan formula keperluan air harian = WR x a iaitu nilai 3.83 kadar penggunaan air (WR - water rate) didharabkan dengan 10 meter persegi luas kawasan (a - area). Kajian juga menunjukkan kedalaman air dalam tanah yang efektif bagi pokok durian sekitar 20 - 30 cm. Ia merupakan kedalaman paling cetek jika hendak dibandingkan dengan keperluan buah-buahan lain seperti pokok Rambutan (30 - 60 cm), Manggis (90 - 120 cm), Citrus (120 -150 cm) dan pokok buah-buahan tropika lain (100 - 200 cm). Akar pokok durian yang aktif banyak berada pada bahagian atas permukaan tanah. Pengalaman saya memeriksa akar durian dibanyak lokasi menunjukkan mudah untuk menjumpai akar rambur durian dengan menggali beberapa centimeter tanah atas. Itu sebabnya pokok durian sangat sensitif dengan aktiviti meracun, membaja dan memberikan air ketika pertingkat berbunga atau pembentukkan buah.
Faktur Tanaman Durian (Plants factor) merupakan perkara yang perlu kita faham untuk mengetaui keperluan pengairan pokok durian. Pokok yang perlu pengairan yang kerap (frequent) adalah pokok berakar cetek dengan jumlah akar sedikit terutama dikawasan mudah kena kemarau. Pokok yang kurang keperluan air dimana ia mempunyai akar yang dalam dan tersebar luas yang berada dilokasi jarang kena kemarau dan keadaan tanah sentiasa lembab basah. Banyak tanaman durian di keliling rumah di Malaysia adalah berada dikawasan sepanjang sungai sepanjang kampong yang saya dapati memang sentiasa lembab. Faktor Tanah (Soil factor) pula berkait dimana kawasan yang perlukan sistem pengairan diloksai yang tanah atasnya adalah cetek, larutresap air lambat dipermukaan tanah, tanah berteksktur kasar, paras air tanah yang jauh dalam dimana akar tidak sampai dan tanah dengan kelembapan rendah. Tanah yang tidak perlukan pengairan untuk durian dimana tanah atas dalam (deep topsoil), tanah bertekstur halus, air mudah larutresap, paras air tanah mudah akar untuk sampai dan tanah lembab.
Faktur Cuaca (Climatic factor) pula mempengaruhi keperluan air untuk tanaman durian. Pengairan durian perlu jika keadaan suhu sangat panas, kelembapan rendah, angin bertiup kuat, panas terik dengan matahari bersinar dan hujan yang sedikit atau sangat kurang. Kawasan durian di utara Semenanjung Malaysia sering mengalami cuaca seperti ini berbanding dengan kawasan selatan. Cuaca dimana pengairan kurang perlu dimana keadaan suhu rendah, kelembapan tinggi, mendung dengan taburan hujan antara 1,500 - 3,000 mm setahun. Faktur Pengurusan Dusun (Orchard management factors) pula apa yang saya tahu perlukan air kerap apabila terlalu banyak buah dipokok (ini kalau tidak dibuat penjarangan buah - di Thailand mereka membuang buan untuk penjarangan), pemberian baja pada pokok, penanaman cetek atau diatas batas, tidak ada sungkupan dan kurang bahan penyerapan air di permukaan tanah. Ladang durian yang kurang perlu air diberikan adalah bila bilangan buah di pokok sedikit akibat penjarangan (Fruit thinning), pembajaan dibawah permukaan tanah atau spotted, penanaman yang dalam, ada sungkupan pada bawah pokok dan terdapat bahan penyerap air dalam tanah.
BERSAMBUNG...
POKOK DURIAN .... AIR DIPERLUKAN ....
KEMARAU PANJANG ... PERLU SIRAMKAN...
TANAH KERING ... TAMBAH SUNGKUPAN...
BANYAK BUAH ... AIR PERLU DI BEKALKAN...
By,
M Anem
Ladang Durian Jementah
Segamat, Johor,
Malaysia
(30 Disember 2012)

No comments:
Post a Comment