Friday, January 18, 2013

PLUM

BUAH PLUM (Prunus spp) merupakan sejenis buah sub-tropika atau temperate yang popular dari keluarga Rosaceae dimana dipasarkan seluruh dunia. Terdapat diantara 30 -40 spesis plums yang ujud tetapi hanya dua jenis plums yang dikomersilkan iaitu Buah Plum Jepun (Prunus salicina) dan Buah Plum Eropah (Prunus domestica). Saya memang suka makan buah plums segar ini yang mudah dibeli daripada Hypermarket dengan harga yang berpatutan di Malaysia. Pengeluaran buah plums ini dianggarkan sebanyak 11 juta metrik tan setahun (FAO Statistic Report 2011) dengan negara China sebagai pengeluar buah ini didunia sebanyak 5.7 juta metrik tan setahun. Negara lain yang banyak menanam dan mengeluarkan buah plums adalah seperti Romania (0.62 juta mt/tahun), USA (0.5 juta mt/tahun) dan Serbia (0.4 juta mt/tahun). Negara lain pula seperti Chile, Perancis, Iran, India dan juga Turki. Jenis Plum Jepun didapati sangat popular penanamannya di USA dengan Negeri California sebagai kawasan penanaman utama di negara tersebut. Kita di Malaysia jangan keliru diantara buah 'Plums' dengan buah 'Pelam' atau buah 'Mempelam'. Ini kerana plums adalah Prunus spp dari keluarga Rosaceae sementara Buah Pelam Mempelam adalah buah Mangga iaitu Mangifera indica dari keluarga Anacardiaceae walau pun sebutannya hampir sama. Artikel malam Jumaat ini saya menulis mengenai buah 'Plums' yang memang kita sudah kenal dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan kepada pembacaan saya dari beberapa buku dan website yang berkaitan.


Pokok plums merupakan jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 4 - 8 meter dan lebar kanopi seluas 4 - 5 meter keliling (Lihat foto sebelah). Pokok jenis hermaprodite ini memerlukan pendebungaan silang untuk menghasilkan buah dan amat penting pengetahuan petani mengenai varieti dipilih untuk ditanam kerana masa bunga keluar tidak serentak. Bunga plums hanya mengandungi manisan (Nectar) yang amat sedikit dimana ini juga menyebabkan pendebungaan berbantu oleh serangga seperti lebah madu amat kurang berlaku. Bunga plums bagi jenis European hanya ada 1 -3 kuntum pada satu tangkai sementara varieti Japanese mempunyai 5 kuntum pada satu tangkai. Bunga akan keluar pada awal musim bunga (early spring) dari jenis Japanese dan jenis European keluar 1-2 minggu kemudian (lewat sedikit). Warna dan bentuk bunga amat menarik apabila keluar serentak (Lihat foto dibawah). Buah plums mempunai beberapa warna daripada merah, merah gelap sehingga kehitaman dengan isi yang berbeza warna (diantara kuning kepada merah gelap) dan tekstur mengikut varieti. Bentu buah plums juga berbeza antara varieti.


Pokok plums adalah jenis tahan pada iklim sejuk, dimana pada suhu -4 celcius kebawah baru berlaku kerosakan pada pucuk sahaja. Jenis European Plums lebih tahan kepada cuaca sejuk berbanding dengan jenis plums Jepun. Bagaimana pun jika hendak dibuat perbandingan dari segi kemanisan dan ketahan kulit, jenis plum Jepun adalah lebih manis daripada jenis eropah (agak masam sedikit). Kesesuaian tanah mendapati jenis plums eropah sesuai pada tanah jenis liat sementara plums Jepun agak kurang toleran terhadap tanah jenis liat. Tanah yang dalam, jenis lom dan mempunyai saliran baik adalah sangat diperlukan untuk penanaman pokok plums. Penggunaan baja Nitrojen untuk plums perlu tetapi dikurangkan berbanding jenis pokok dalam kumpulan yang sama (Epal, Peach dan Cherry) untuk memberikan kualiti hasil yang baik. 


Penanaman pokok plums lazimnya menggunakan anak benih cantuman. Biji plums yang dipilih dari pokok induk varieti North American Plums (Prunus spp) digunakan untuk pokok penanti. Jarak penanaman disyorkan 6 meter antara barisan dan 6 meter dalam barisan. Jarak penanaman bagi jenis Jepun boleh dirapatkan sedikit kerana mempunyai ciri-ciri dahan dan kanopi pokok yang agak menegak berbanding dengan plum eropah. Cantasan dijalankan untuk mendapatkan bentuk pokok seperti 'Bentuk Pasu atau 'V-shape'. Pemasangan sistem para trellis diperlukan pada pokok plums Jepun kerana dahannya agak lembut dan mengelakan dahan patah. Kawalan rumpai dan program pembajaan disesuaikan mengikut jenis tanah, umur pokok dan varieti yang ditanam. 


Antara perosak tanaman plums adalah Ulat Makan Daun (Leafcutters) yang merosakkan daun terutama daun muda. Ulat Gulong Daun juga merosakkan daun dan kadang-kadang menyerang buah muda. Terdapat beberapa jenis pengorek buah plums seperti Pengorek Buah Peach (Synanthedon exitiosa) dan Pengorek Buah Twig (Anarsia lineartella) yang perlu dikawal. Perosak lahi seperti kutu , aphid dan pear slug serta scale insects yang menurunkan kualiti buah. Serangan oleh penyakit pokok plums yang utama adalah Daun Warna Perak (Silver leaf) yang disebabkan oleh  C. purpurium dan juga Penyakit Kanker Bakteria yang disebabkan oleh (P. syringae). Bunga plums akan gugur jika diserang penyakit disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Mollina spp. dan ini perlu dikawal. Penyakit Bintik bakteria juga dilaporkan menyerang plums Jepun di beberpa negara yang menanam jenis ini. Selain itu tersapat masaalah serangan 'Plum leaf scald' yang berpunca dari serangan kulat Xyella fastidiosa terupama menyerang plums Jepun dimana jika tidak dikawal akan menjadi tahap serius. 


Plums akan mula di tuai selapas 3 - 4 tahun ditanam dan diuruskan dengan baik. Pokok memberikan hasil optima pada umur 7 - 9 tahun selepas ditanam dimana ia akan berpanjangan sehingga 25 - 35 tahun iaitu jangkahayat produktif sebelum ditebang. Anggaran hasil plums pada umur pokok 3 tahun adalah sebanyak 3 metrik tan sehektar dan meningkat kepada 9 mt/hektar pada tahun ke 6. Pada umur pokok meningkat 9 tahun, sebanyak 18 metrik tan sehektar plums mampu dihasilkan setahun. Kaedah penuaian plums adalah menggunakan tangan iaitu memetik setiap biji jika untk pasaran segar. Bagi pemasaran untuk kilang atau untuk pemprosesan, kaedah memetik menggunakan jentera atau mesin yang menggegarkan pokok untuk menjatuhkan buah tidak mengira kualiti atau gred. Buah plums segar dipasarkan dalam bentuk segar dan jika disimpan didalam bilik sejuk pada suhu 0 celsius, ia tahan selama 2 - 4 minggu. Kita sering jumpa buah plums segar dipasaran dan juga buah plums yang diproses menjadi jus minuman, puree, jem dan banyak lagi.




BUAH PLUMS...PELAM TAK SAMA.
BUAH TEMPERATE... TINGGI POKOKNYA..
DIMAKAN SEGAR .. SEDAP RASANYA..
DINEGARA KITA.. BANYAK IMPOTNYA..

By,
M Anem
Presint 11,
Putrajaya,Malaysia
(6 Rabiul Awal 1434H)   


No comments: