Wednesday, May 2, 2012

SEKOI

SEKOI (Pennisetum glaucum) atau dipanggil juga sebagai 'Pearl Millet' atau dalam bahasa Jawa di kampong saya di Muar sebagai 'Jagung Jali' merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang dikisar untuk dijadikan tepung. Tepung daripada sekoi dijadikan bahan makanan utama dibeberapa negara seperti di India, Namibia dan juga Afrika Barat. Tanaman ini dianggap sebagai salah satu jenis tanaman bijirin yang ditanam untuk mendatkan bijinya. Tumbuhan ini sebenarnya dianggap sebagai lalang yang tumbuh liar di kawasan pergunungan di benua Afrika sebelum di bawa ke India dan menjadi tanaman penting di negara tersebut. Pada peringkat awalnya tanaman ini pernah menjadi tanaman bijirin dan menjadi makanan ruji bagi memenuhi mesyarakat tempatan. Ianya kemudian di bawa ke benua Amerika sekitar tahun 1850;an sebelum dijadikan tanaman utama di brazil sekitar tahun 1960'an. Artikel petang ini saya cuba mengupas tanaman sekoi atau pearl millet untuk pengetahuan bersama.


Sekoi adalah tanaman yang lasak dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanahseperti tanah yang kering, tanah beralkali , tanah berasid dan juga tanah liat dengan ketahanan pH sehingga 8.5. Selain daripada tahan kepada keadaan kering, tanaman sekoi juga tahan dalam keadaan banjir tidak seperti tanaman jaguung yang mudah rosak akibat bencana alam sekitar. Tanaman sekoi juga tahan dari serangan sebarang serangga perosak dan penyakit tidak seperti pokok jagung sebagai perbandingan. Kepada mereka yang tidak pernah tengok pokok sekai, ianya lebihkurang sama dengan ciri-ciri marfologi pokok jagung cumanya hasil atau buahnya terletak dibahagian atas pucuk. Tunas baru atau dipanggil juga sebagai 'anak' akan keluar daribahagian batang utama yang dipotong dipanggil sebagai 'Tanaman Ratoon'.


Penyediaan kawasan tanaman sekoi lazimnya dimulakan dengan pembersihan kawasan sama ada diracun atau dibersihkan menggunakan alatan jentera. Kemudahan infrastruktur asas seperti jalanladang, sistem perparitan, setor dan sebagainya disediakan awal. Pembajakan tanah dijalankan dengan menggunakan bajak piring atau rotor dengan kedalaman 25-30 cm. Pastikan semua rumpai dimusnahkan semasa membajak. Pengapuran dilakukan dengan kadar 2 mt/hektar untuk menjadikan pH tanah kepada pH 5.5 menggunakan baja GML (Ground magnesium limestone). Benih perlu dirawat dengan racun kulat dan dimasukkan kedalam lubang penanaman sebanyak 3-4 biji satu lubang pada kedalaman 3-5 cm dalam tanah. Penanaman menggunakan biji benih sekoi terpilih dengan jarak tanaman 60-90 cm antara baris dan 10-15 cm antara pokok dalam barisan.


Rumpai dikawasan tanaman sekoi perlu dikawal untuk mengelakan persaingan dengan tanaman sekoi dari segi bahan makanan, ruangan, air, cahaya matahari dan perumah kepad seranga perosak atau penyakit. Kawalan rumpai dijalankan dua kali iaiitu 2 minggu lepas tanam dan minggu keempat. Pembajaan menggunakan baja NPK (102:45:45 kg/ha - pelik sedikit bunyinya) pada masa sebulan selepas menanam. Baja yang tinggi kandungan P dan K diberikan sebagai bajan asas semasa menanam. Serangan penyakit Hawar Daun dan Smut biji Sekoi boleh berlaku dan boleh dikawal dengan semburan racun kulat dan amalan kultura yang sesuai. Ulat Pengorek Batang merupakan musuh utama yang perlu dikawal menggunakan rcun serangga yang sesuai. Serangan oleh burung berlku pada peringkat awal penyemaian sehingga peringkat susu biji sekoi.


Pemerhatian dari beberapa petani yang pernah menanam sekoi di India mendapati pokok sekoi akan sesuai di tuai sekitar 97 - 110 hari selepas ditanam. Hasil sekoi dituai dengan memotong tangkai dengan pisau tajam. Kemudian untuk tujuan ratoon maka pokok dipotong pada pangkal paras tanah untuk menghasilkan anaknya. Ratoon kedua ini dibuat untuk mendapatkan hasil pusingan kedua. Rekod menunjukkan anggaran hasil sekoi adalah diantara 1,500 - 1,700 kg sehektar bergantung kepada varieti, pengurusan tanman dan juga cuaca. Lazimnya sekoi yang dituai akan dikeringkan sebelum disimpan pada tahap kekeringan 10-14% dan disimpan didalam setor. Serangan kulat dapat dikurangkan dengan menceraikan biji sekoi dari jambak dan pastikan benar-benar telah kering. 


Negara pengeluar utama sekoi adalah India terutama di kawasan sekoi menjadi makan utama penduduk dikawasan Gujerat, Haryana, Rajastan dan Madhya Pradesh.  Sekoi juga menjadi makan ruji dai beberapa negara di Afrika seperti di Bukina Faso, Nigeria, Niger dan Mali. Di Negara Namibia pula tanaman sekoi ini dikenali dengan nama 'Mahangu' yang sering dimasak seperti bubur yang dimakan dan ada juga sekoi yang di peram untuk dijdikan makan penting dinegara tersebut. Pokok sekoi yang berwarna merah ungu ini juga popular di negara kita untuk dijadikan pokok hiasan, pokok ornamental dan juga pokok pagar sempadan. Gandingan warna hijau, merah, ungu yang disusun dalam kawasan taman menjadikaan permandangan yang cantik dan eksotik. Bunga sekoi juga mengeluarkan bau yang harum dan sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan.


NAMANYA SEKOI... TANAMAN BIJIRIN... 
MACAM POKOK JAGUNG..BALUS BERBIJI...
TANAM DI INDIA...KATAKAN INDIA MARI...
KENALKAH ANDA...TANAMAN UNIK INI?...


By,
M Anem
Labohan Dagang,
Banting, Selangor,
Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1433H) 

No comments: