Apakan dia perbezaan antara PETANI dan USAHAWAN TANI?. Ramai diantara kita yang sering mendengar petani sebagai orang yang terlibat dengan sektor tanaman, Penternak pula mereka yang terlibat dengan sektor Ternakan (Sama ada Ternakan Haiwan atau Perikanan Akuakultur), Nelayan adalah mereka yang kerjanya mengkap ikan di laut atau di sungai dan Peladang pula sebagai mereka dari semua kategori diatas yang di takrifkan semula oleh Pertubuhan Peladang. Dari mana pula perkataan Usahawan Tani pula timbul. Usahawan dalam bahasa Inggeris mungkin disamakan dengan 'Entrepreneur'. Malam ini kita berkongsi idea mengenai tajuk diatas untuk mengembangkan pemikiran minda kita bersama-sama.
'PETANI' apa yang saya faham lebih sesuai sebagai mereka yang mengusahakan kebun sama ada bersaiz kecil atau luas, tanah milik atau sewa dan mereka mendapatkan pendapatan utama daripada hasil aktiviti dikebun mereka. Terdapat pula mereka yang dipanggil sebagai Pekebun Sayur (maksudnya mereka yang menanam sayur), Pesawah (mereka yang menanam padi), Pekebun Kecil (mereka yang menanam getah atau kelapa sawit), Peneroka (Mereka yang masuk skim tanah FELDA atau FELCRA) dan Pekerja Ladang/Kebun (mereka yang mengambil upah sahaja di kebun orang atau di Estet). Walau pun pekerja ladang ini jarang-jarang orang gelar mereka sebagai petani, tetapi hakikatnya mereka juga mungkin sebahagian daripada kelompok petani cuma tidak mempunyai tanah sendiri dan hanya makan upah dari kerja2 yang dilakukan.
USAHAWANTANI pula secara umumnya adalah mereka yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan sektor pertanian secara lebih komersil dan sistematik, berpandukan kepada 'pertanian suatu perniagaan' dan mempunyai sifat yang lebih agresif. Kumpulan ini sering pandai mencari dan mencipta peluang berkaitan sektor pertanian sama ada dalam sektor tanaman, ternakan, ternakair, perkhidmatan pertanian, kejenteraan pertanian, aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan sebagainya. Kerapkali mereka juga mampu mengintergrasikan atau membuat kombinasi kesemua jenis aktiviti diatas dan menjadikan satu entiti perniagaan yang aktif serta menguntungkan. Usahawan Tani lebih berani untuk membuat pinjaman dari pihak bank atau agensi dan aktif dalam mendapatkan ilmu atau teknologi berkaitan pertanian.
Apa yang penting di Malaysia sekarang berdasarkan kepada laporan MOA yang saya baca, dilaporkan ada seramai 172,300 pesawah padi, seramai 46,100 orang pekebun sayur, seramai 309,000 orang penanam buah-buahan, 28,600 orang menanam tanaman jangkapendek dan lebih 600,000 orang peneroka. Walau pun terdapat angka yang dinyatakan diatas, mungkin jumlah sebenar petani agak sukar untuk ditentukan kecuali dengan bancian penduduk dan bancian petani yang dijalankan. Bancian ini perlu dijalankan setiap 5 tahun atau 10 tahun untuk mengetahui statistik sebenar mengenai demografi dan mobiliti petani yang kebanyakannya tinggal dikawasan luar bandar. Maklumat ini sangat berguna untuk tujuan perancangan pembangunan pertanian dalam negara agar ada jaminan bekalan makan dalam negara. Berikan komen anda !
KADANG-KADANG PETANI...PELADANG JUGA...
PESAWAH PADI...PEKEBUN KELAPA PUN DIA...
DALAM FELDA FELCRA...DIPANGGIL PENEROKA...
MEMBEKAL MAKANAN...KITA JANGAN LUPA...
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(12 JamadilAkhir 1433H)

No comments:
Post a Comment