KEROSAKAN LEPAS TUAI (Post harvest loses) bagi hasil tanaman terutama sayur-sayuran dan buah-buahan merpakan satu perkara penting dalam aktiviti lepas tuai. Aktiiviti lepastuai bermula daripada Penuaian Hasil (Harvesting), Pengendalian (Handling), Penyimpanan (Storage), Pemprosesan (Processing), Pembungkusan (Packaging), Pengangkutan (Transportation) dan Pemasaran (Marketing). Kebanyakan aktiviti ini adalah melibatkan rantaian nilai (Food chain) daripada pengeluaran di ladang sehingga boleh di makan diatas meja makan (From farm to table) yang melibatkan banyak peringkat pengurusan dan kos. Saya berminat menulis tajuk ini kerana ianya adalah satu perkara yang penting untuk dibincangkan. Kerugian yang signifikan oleh petani, orang tengah, pemborong, pengedar dan penjual runcit mungkin dihadapi jika proses pengendalian lepastuai ini tidak dijalankan dengan betul mengikut prosedur yang sesuai. Jumlah kerugian boleh mencecah 100% kerana produk tersebut rosak sepenohnya dan tiada nilai pasaran. Contohnya jika buah tomato segar yang disimpan dalam bilik sejuk yang rosak sistem penyejukkannya selama beberapa hari akan mengakibatkan ianya busuk dan tidak boleh dijual.
Amalan Pengurusan Tanaman Ladang Baik (GAP) yang betul diladang akan menentukan kualiti produk hasil tanaman. Pengamalan yang tidak betul di peringkat penuaian hasil seperti memberikan air berlebihan, cara memberikan baja berlebihan dan semburan baja kima berlebihan mungkin menjejaskan kualiti produk seperti buah pecah, retak atau warna buah yang tidak sekata. Buah-buahan dan Sayur-sayuran segar yang baru dituai mengandungi antara 65 - 95% air dan mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan betul. Kehilangan air daripada hasil tanaman akan menyebabkan kerosakan, kekeringan dan mencepatkan proses pereputan. Keadaan suhu tinggi, kelembapan yang rendah serta sistem pengudaraan kurang sempurna menyebabkan kerosakan hasil tanaman.
PENYIMPANAN merupakan aktiviti yang penting dipatuhi untuk mempastikan produk hasil tanaman dapat dikekalkan tempoh kesegarannya. Berbagai cara penyimpanan digunakan dengan teknologi2 yang disesuaikan. Kaedah penyimpanan antara jenis tanaman adalah berbeza-beza mengikut keperluan. Kaedah penyimpanan paling mudah dengan membuat rumah atau bangsal teduhan untuk melindungi hasil tanaman daripada sinaran matahari dan hujan seperti untuk menyimpan keledek, pisang, durian, terung, timun dan sebagainya sebelum dihantar ke pemborong atau peruncit. Kaedah penyimpanan dengan suhu rendah (dalam referigerator) merupakan kaedah paling popular digunakan masa kini. Kawalan suhu rendah didapati mengurangkan atau melambatkan proses kerosakan hasil kebanyakan jenis hasil tanaman. Suhu dikawal pada paras rendah mengikut jenis komodiiti.
PEMPROSESAN adalah salah satu kaedah untuk mempastikan aktiviti lepas tuai dapat memberikan keuntungan kepada pengeluar. Hasil pertanian yang mudah rosak adalah lebih sesuai untuk diproses bagi menjamin ketahanannya. Kategori pemprosesan ini berbagai kaedah dan cara yang disesuaikan dengan hasil tanaman seperti menggunakan suhu, ubahsuai fizikal, dikisar, di masak dan sebagainya. Banyak produk umbisi seperti Kentang (Potato) di cincang untuk dijadikan 'kentang goreng' atau 'fun fries' yang popular dijual di rantaian restoran makanan segera seperti di KFC dan McDonalds. Tomato Puree juga merupakan satu kaedah memprose tomato agar boleh diawetkan dan disimpan dengan lebih lama.
PEMBUNGKUSAN merupakan satu aktiviti lepas tuai yang kritikal dijalankan. Kaedah pembungkusan yang betul dan sesuai mampu mengurangkan kadar kerosakan hasil tani disemua peringkat daripada peringkat ladang sehingga ke peringkat pengguna. Amalan yang lazim digunakan di Malaysia adalah dengan menggunakan bakul rotan atau bakul plastik yang mempunyai kaedah khusus untuk bertindih ketika dibawa keluar dari ladang. Proses berikutnya adalah untuk membuat pembungkusan dalam kotak kertas atau pembungkus plastik yang sesuai dengan hasil tanaman. Ada sesetangah produk yang perlukan rawatan kimia atau rawatan suhu sebelum dibuat pembungkusann sebelum dihantar kepada pemborong dan peruncit. Pembungkusan yang baik akan mengekalkan kualiiti hasil dan mengekalkan kesegaran produk untuk mendapatkan harga lebih baik.
PENGANGKUTAN hasil ladang penting dibuat dengan kemas dan sempurna. Ada sesetengah produk pertanian yang diangkut menggunakan lori biasa berbumbung untuk perjalanan yang dekat dan tidak merosakkan hasil. Susunan bakul dan kotak juga perlu dipastikan tidak akan berlaku pertindihan yang akan merosakkan hasil tanaman akibat perjalanan diatas jalan yang tidak sempurna. Bagi pengangkutan jarak jauh sering menggunakan lori yang mempunyai sistem penghawa dingin bagi sesetangah produk yang mudah rosak. Lori berhawa dingin ini mengekalkan kualiti produk tanaman untuk jarak lebih jauh walau pun kos yang agak lebih tinggi.
AKTIVITI LEPAS TUAI..AMAT PENTING...
KALAU HASIL ROSAK...TAUKE MELENTING..
CARA SIMPANAN...BACAAN SUHU GENTING...
DIJUAL SEGAR...KITA TIDAK RUNGSING...
By,
M Anem
Putrajaya, Malaysia.
-Cuti rehat 1 Mei
(9 JamadilAkhir 1433H)

No comments:
Post a Comment