BUAH POPULAR merupakan buah yang disukai untuk ditanam dan di makan oleh manusia terdiri daripada buah-buahan tropika (Tropical fruits), buah-buahan iklim sederhana (temperate fruits) dan sebagainya. Tahukah anda beberapa jenis buah yang popular di dunia?. Mungkin anda boleh agak berdasarkan kepada pemerhatian anda. Berdasarkan kepada pembacaan saya dari beberapa sumber mentakrifkan bahawa BUAH (Fruits) adalah sebahagian daripada struktur tumbuh-tumbuhan yang mengandungi BIJI (Seeds). Buah lazimnya dikaitkan dengan bahagian isi buah disekeliling biji yang manis dan sesuai dimakan dalam keadaan mentah (segar dimakan tidak perlu proses lain). Contoh buah yang disebutkan diatas adalah Jenis dimakan dengan Kulit seperti Apel, Anggur, Jambu Batu, Jambu Air, Anggur dan Ada perlu dibuang kulit seperti Durian, Manggis, Nenas, Rambutan, Pomelo dan banyak lagi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis buah popular yang digemari serta banyak dipasarkan dan ditanam oleh petani.
Dikalangan buah-buahan tropika, didapati populariti 5 jenis buah utama adalah seperti berikut :
1. Pisang (Musa spp)
2. Mangga (Mangifera indica)
3. Nenas (Ananas cosmosus)
4. Betik (Carica papaya)
5. Avocado (Persea america)
PISANG (Musa spp) merupakan sejenis buah paling popular dan digemari oleh ramai penduduk dunia sama ada di kawasan negara2 maju, negara2 membangun apalagi kalau negara mundur yang menjadikan pisang sebagai salah satu makanan asasi. Pisang ini dimakan segar sebagai pencuci mulut atau di proses menjadi pelbagai jenis produk berasaskan pisang. Daripada sebanyak 86 juta metrik tan pisang dihasilkan, sebanyak 80% adalah untuk pasaran ekspot sementara kira-kira 14% untuk kegunan domestik negara pengeluar. Dari segi kepentingan hasil tanaman , pisang mendudukki tangga ke empat selepas tanaman Padi, Jagung dan Gandum. Nilai ekspot pisang juga merupakan ke empat nilainya dengan jumlah sebanyak USD 2.5 billion setahun pada tahun 2011. Tiga negara pengekspot pisang utama dunia adalah Equador, Costa Rica dan Filipina. Negara pengimpot utama pisang dunia adalah USA , Jepun dan Jerman. Malaysia menanam pisang untuk dimakan segar, pasaran domestik, di proses dan juga pasaran Ekspot ke Hong Kong, Singapura dan China. Antara pisang popular di negara kita adalah Pisang Berangan, Pisang Nipah, Pisang Mas dan Pisang cavendish.
MANGGA (Mangifera indica) merupakan tanaman kedua popular dikalangan kategori buah tropika. Kajian saya mendapati pengeluaran dan pasaran buah mangga sebanyak 30.7 juta metrik tan dengan menguasai 50% daripada penghasilan buah-buahan tropika pada tahun 2011. Terdapat banyak varieti mangga yang boleh ditanam iaitu sebanyak 62 varieti dimana daripada jumlah tersebut hanya 10 - 16 varieti sesuai ditanam secara komersil di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Negara pengeluar utama mangga di dunia adalah India, Australia, Mexico dan Brazil. USA pula merupakan penanam mangga untuk pasaran ekspot terbesar didunia.
NENAS (Ananas cosmosus) merupakan buah yang ke tiga popular didunia. Pengeluaran nenas dunia sebanyak 15.8 juta metrik tan adalah 26% daripada keseluruhan buah-buahan tropika didunia. Kawasan Asia dan Pasifik merupakan kawasan pengeluar utama nenas deunia sebanyak 45% diikuti dengan kawasan Carribean (36%) dan bakinya dikawasan benua Afrika (16%). Antara 3 kumpulan nenas yang banyak ditanam didunia, varieti 'Smooth Cayene' seperti nenas MD2 merupakan paling banyak permintaan untuk pasaran segar dan ekspot. Di Malaysia beberapa varieti nenas yang banyak ditanam daripada Varieti Moros, N36, Gandul, Josapine, MD2 dan juga Maspine. Nenas yang dijual di negara dijual segar dan sebahagian lagi dikaleng untuk pasaran ekapot.
BETIK atau PAPAYA (Carica papaya) merupakan buah tropika yang keempat terpopular di dunia. Daripada sebanyak 22 spesis betik, hanya sekitar 5 spesis yang popular dan sesuai ditanam secara komersil untuk pengeluaran dan pengekspotan betik. Negara pengeluar utama betik dunia adalah Brazil (6 juta metrik tan setahun) diikuti dengan India (2.5 juta metrik tan setahun) dan Nigeria (0.95 juta metrik tan setahun). Penanaman betik di Malaysia adalah untuk keperluan domestik dan pasaran ke Hong Kong, Singapura dan China. Masaalah serangan Papaya Dieback yang melanda Malaysia telah menyebabkan populariti tanaman ini menurun di Malaysia semenjak 5-6 tahun dulu.
Buah-buahan tropika yang popular didunia banyak dipengaruhi oleh permintaan, amalan teknologi, harga pasaran serta pengurusan penyakit dan perosak. Lazimnya buah-buahan yang popular ini di makan oleh banyak bangsa dan tidak bermusim pengeluarannya.
BUAH POPULAR...BANYAK DIHASILKAN...
TIDAK BERMUSIM...SENANG PENJAGAAN...
DIMAKAN SEGAR...DIPROSES DIPASARKAN...
DAH LAMA DITANAM...KUASAI PERMINTAAN...
By,
M Anem
ILPP Serdang, Selangor,
Malaysia.
-Hari ini 1 Mei pun kena beri ceramah juga....
(9 JamadilAkhir 1433H)

No comments:
Post a Comment