PISANG TANDUK (Musa spp. cv Tanduk) merupakan sejenis pisang dari keluarga Musaceae yang popular di tanam dinegara kita untuk tujuan pengeluaran segar dan di goreng atau diproses menjadi Kerepek Pisang Tanduk. Pisang Tanduk di tanam secara kimersial khas dalam satu kawasan atau bercampur dengan beberapa jenis pisang lain dan dikawasan dusun. Permintaan terhadap pisang tanduk meningkat ketika musim perayaan untuk diproses menjadi kerepek. Warna kerepek dan rasa lemak manis menjadikan kerepek pisang tanduk diminati ramai dengan harga mencecah RM 16.00 - RM 18.00 sekilogram di Banting dan Batu Pahat. Goreng pisang tanduk juga merupakan antara pisang goreng yang mendapat permintaan tinggi dikalangan penjual goreng pisang. Walau pun pisang tanduk jarang dimakan segar sebagai pencuci mulut selepas makan nasi tetapi saya memang minat makan pisang tanduk yang telah cukup masak. Artikel kali ini kita fahami akan pisang tanduk dari kaca mata penulis dari pengalaman yang didapati selama ini.
Tanah yang subur dengan panas serta lembab dan mempunyai saliran yang baik perlu dipilih dan pastikan bebas dari patogen merbahaya seperti Bakteria Moko (Ralstonia spp) dan sebagainya. Bersihkan kawasan penanaman dan bakar untuk mempastikan kawasan terbuka dan cahaya matahari mencukupi bagi pertumbuhan subur. Pokok pisang tanduk akan lambat membesar dan lambat berbunga atau berbuah jika kawasan tanaman terdapat naungan. Tanah jenis lom berpasir dan kaya dengan baja organik disyorkan untuk penanaman pisang tanduk. Pisang Tanduk tidak sesuai ditanam dikawasan yang banyak halangan seperti tanah berasid, Tanah Keras dan berbatu, Tanah Gambut Dalam dan mempunyai paras air yang tinggi. Kawasan tanaman sebaiknya tidak ada gangguan angin kuat melebihi 15 km /jam kerana ini akan merosakan daun dan boleh menumbangkan pokok yang sedang berbuah. Tiupan angin ini juga mencederakan buah dan menurunkan kualiti buah.
Penanaman Pisang Tanduk menggunakan anak benih Sulur atau Anak Benih Tisu Kultur yang berkualiti dan dari pembekal yang dipercayai. Cara menanam pisang tanduk boleh dibuat secara Tanaman Tunggal atau Tanaman Selingan dengan tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, dudun durian atau pokok lain. Jarak tanaman pisang tanduk disyorkan pada jarak 3m x 3 meter memberikan densiti tanaman 1,100 pokok/ha (tanaman tunggal) dan 700 - 900 pokok/ha (Tanaman Selingan). Lubang penanaman digali berukuran 45cm x 45 cm x 60 cm dan bubuh sebanyak 12-14 kg baja organan serta 100-120 gram baja fosfat dibahagian atas dan gaulkan. Masukkan anak benih kedalam lubang penanaman dan kambus dengan menaikan sedikit pangkal pokok.
Pokok Pisang Tanduk seperti juga jenis pisang lain mempunyai tahap responsif yang kritikal dengan program pembajaan. Tahun pertama penanaman berikan baja NPK 15:15:15 sebanyak 60-120 gram sepokok dalam 5-8 kali aplikasi setahun. Pada bulan ke 12 berikan baja NPK 15:15:15 sebanyak 150 gm/pokok, Baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 150 gram serta Kapor GML sebanyak 1 kg/pokok. Baja buah diberikan seterusnya pada 18 bulan keatas mengikut kadar sesuai. Kawalan rumput dijalankan dengan menyembur racun rumpai jenis racun sentuh diantara barisan pokok. Kawasan keliling pangkal pokok dibersihkan menggunakan tajak dan cangkul secara manual. Pisang memerlukan air sebanyak 8 - 12 liter sepokok sehari. Kekurangan air akan menyebabkan pokok lambat membesar dan pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang hanya dibuat oleh petani yang banyak modal.
Aktiviti membuang sulur pisang tanduk yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah. Pokok pisang tanduk yang mempunyai sulur yang banyak mudah mempunyai masaalah 'PATAH TENGKUK' akibat berat buah dan berat buah dan batang yangtidak cukup kuat selain dari serangan penyakit.

Aktiviti perlu dijalankan dalam amalan agronomi pisang tanduk adalah membuang pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang. Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.. Pembungkusan Tandan Pisang Tanduk dijalankan sebagai langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang. Pembungkusan ini dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan. Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.
Pisang Tanduk akan mengeluarkan jantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Buah pisang tanduk yang telah cukup mayang mempunyai warna kulit yang hijau gelap dan saiz ulurlilit 10-20 cm dan panjang sekitar 30-50 cm bergantung kepada varieti dan kaedah pengurusan penanaman. Buah yang cukup matang akan mempunyai warna kulit hijau kekuningan dengan rasa yang manis dan aroma yang wangi. Pisang tanduk digredkan mengikut saiz, bentuk, kesan serangan perosak dan tahap kematangan.
Harga Ladang Pisang Tanduk di sekitar Muar dan Melaka sekitar RM 2.50 - RM 4.00 sekilogram. Pisang tanduk sering dijual sepanjang ditepi jalan dengan menggantungnya dan juga dijual di pasar malam dan pasar tani. Paling sedap jika digoreng dengan tepong pisang goreng Adabi dan dimakan semasa panas lagi. Pisang Tanduk Goreng dijual dengan 3-4 keping RM 1.00 dan kalau di Johor sering dimakan dengan sambal kicap. Kalau pisang tanduk yang dibeli sudah terlalu masak boleh di'lenyek' dan dibuat jemput-jemput pisang yang lazat atau juga Lempeng Pisang. Bagi membut kerepek pisang tanduk dapatkan pisang yang masih mentah tetapi tidak terlalu muda. Kerepek diproses dengan menyagat terus hirisan pisang tanduk kedalam kuali dan bubuh garam ketika sebelum dinaikan untuk ditos. Tanamlah pisang tanduk untuk mendapatkan hasil sendiri.
PISANG BESAR...PISANG TANDUK NAMANYA....
POKOK DITANAM...BANYAK MASAALAHNYA...
DI GORENG BOLEH...KEREPEK SEDAP RASANYA...
HARGANYA MAHAL...TINGGI PERMINTAANYA...
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, MAlaysia.
(29 Zulhijjah 1432H)
No comments:
Post a Comment