HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) adalah sejenis tumbuhan herba dari Keluarga Acanthaceae yang tumbuh subur dinegara kita serta negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan India. Tumbuhan ini terkenal kerana khasiat perubatannya secara semulajadi dan kini ramai telah meminati tumbuhan ini untuk dikomersialkan penanamannya dan diproses menjadi satu makanaan kesihatan yang popular. Saya banyak melihat tumbuhan ini tumbuh menegak secara berkumpulan terutama dikawasan tanah gambut di sekitar Muar, Batu Pahat dan Pontian semasa menjalankan tugas pemeriksaan kebun petani. Saya terjumpa kebun tanaman hempedu di Batu Pahat pada tahun 2008 semasa melawat projek tanaman kelapa Matag . Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Akar Cerita ; Akar Pahit (Malaysia), Sambiloto (Indonesia), King of Bitter ; Green Chiyaryta ; Andrographis (English), Chuan Xin Liang (China), Fa Thalai Chon (Thailand) , La Sa Bee (Laos), Kirayat (Hindi), Quasabhuya (Arab) dan Nilavembu (Tamil). Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan sebanar tumbuhan ini di Malaysia daripada sumber berkaitan. Kajian mengenai tanaman ini juga masih kurang diberikan perhatian di negara kita. Artikel tengahari ini saya menulis mengenai tumbuhan hempedu bumi untuk bacaan umum.
Pokok Hempedu Buni atau di Indonesia lebih terkenal dengan 'Sambiloto' merupakan pokok herba renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian 60-70 cm walau pun ada yang setinggi sehingga 1 meter. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat serta bersisun secara bersilang. Bentuk daun heempedu bumi adalah bujur dengan agak meruncing dibahagian hijung dan nipis sedikit dibahagian pangkal. Saaiz daun bergantung kepada keadaan persekitaran dan lazimnya 7-8 cm panjang dan 2.0 - 2.5 cm lebar. Bunga agak kecil dengan kelopak unik berwarna pitih dengan warna ungu dibahagian tengahnya bergantung kepada spesis. Terdapat lebih daripada 28 spesis hempedu bumi dilaporkan dan paling banyak spesis di negara India. Biji hempedu bumi terbentuk hasil pendebungaan dan disimpan dalam kapsul berukuran 2 cm dimana didalamnya mengandungi banyak biji berwarna coklat kekuningan.
Penanaman tumbuhan hempedu bumi boleh dilaksanakan menggunakan bahan tanaman dari BIJI BENIH atau bahan tanaman KERATAN BATANG. Pemerhatian saya semasa melawat negara Indonesia beberapa tahun dulu mendapati penanaman menggunakan Keratan Batang lebih banyak digunakan kerana mampu mengeluarkan bunga dari biji benih. Keratan yang mempunyai 3 ruas matatunas di potong dan boleh terus ditanam dikebun yang telah mempunyai sistem pengairan dan persediaan yang sempurna. Keratan mudah didapati dalam kuantiti yang banyak dan mempastikan varieti yang ditanam adalah tulin (true to type). Penggunaan biji benih hempedu bumi perlu kutip dari pokok yang telah cukup matang dan bijinya dijemur dahulu. Setelah itu benih direndam selama 24 jam kemudian disemai dalam tanah campura 1:1:1 (Tanah: Pasir:Organik) dan benih akan bercambah 7 hari kemudian. Setelah mempunyai 5 helai daun alihkan kedalam polibeg plastik kecil dan sesuai ditanam dikebuh selepas 21 hari.
Penggunaan plastik silvershine diatas batas tanaman membantu mengurangan rumpai, kawal kelembapan tanah dan kesuburan tanaman.
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 20 cm x 40 cm sebaiknya ditanam diatas batas kerana cara ini mudah dalam sistem pengurusan. Kawasan yang mempunyai sistem pengairan (biasanya gunakan sistem sprinkler) memberikan kadar pertumbuhan cepat dan seragam. Pembajaan tanaman hempedu bumi secara monokrop perlu dilaksanakan dengan menggunakan baja Urea (100 kg/ha), TSP (100 kg/ha) dan KCL (50 kg/ha). Tanaman hempedu bumi perlukan banyak baja organik sebanyak 10-12 tan sehektar untuk mempastikan kadar pertumbuhan baik dan hasil yang berkualiti. Bagi tanah yang kurang bahan organik diperlukan baja organik sebanyak 15-20 tan sehektar. Tumbuhan ini sememangnya responsif dengan baja organik. Kekurangan baja organik menyebabkan pokok kurus, daun yang kecil dan banyak kandungan serat serta rendah kualiti dun dan akarnya. Penanaman hempedu bumi boleh juga dijalankan sebagai tanaman selingan bersama tanam jagung, pisang dan tanaman konta lain yang sesuai.
Pemerhatian saya daripada kebun mendapati dua masaalah penanaman hempedu bumi adalah serangan Penyakit Reput Akar (Sclerotium spp) yang menyerang bahagian akar dari mula penanaman sehingga pokok dewasa kerana patogen ini mudah menyerang pada keadaan tanah lembab. Kawalan disyorkan dengan amalan tanaman berselang-seli (Crop rotation) dan penggunaan racun kulat tidak digalakan kerana menjejaskan kualiti herba hempedu bumi. Masalah serangan Nematod (Aphelenchoides spp) di Indonesia didapati menggangu pertumbuhan tumbuhan ini dikawal dengan racun jenis Carbofuran pada kadar 2 gram/tanaman diaplikasikan ketika sebelum menanam atau peringkat awal penanaman.
Ramai petani di Malaysia tidak mempunyai ilmu menanam hempedu bumi dengan lengkap dan perlukan latuhan khusus kepada yang baru hendak menceburinya. Hempedu Bumi adalah tumbuhan yang digunakan unuk makanan kesihatan dan kegunaan perubatan semestinya memerlukan kualiti yang tinggi serta bebas dari sisabaki racun kimia. Kajian saya menunjukkan tumbuhan ini sesuai dituai selepas 3-4 bulan ditanam iaitu apabila dilihat 50% daripada keseluruhan tanaman tersebut telah berbunga. Peringkat paling sesuai menuai adalah ketika pokok mulai berbunga dimana kandungan bahan aktif tumbuhan paling tinggi berbanding jika kurang tiga bulan masih peringkat vegetatif. Penuaian lewat melebihi 4 bulan pula berlaku pembentukkan buah dan kandungan khasiat tumbuhan sudah menurun. Cara menuai dengan memotong atau mencantas 15-20 cm daripada pucuk dan ini akan memberikan batang mengeluarkan pucuk baru. Sebaiknya elakkan daripada hempedu bumi yang dituai terdedah lama dibawah sinaran matahari atau terlalu lembab terlalu lama kerana menurunkan kualiti.
Proses seterusnya bagi tujuan komersial adalah dengan mengeringkan hempedu bumi dengan menjemur dibawah panas terik atau gunakan oven atau lain-lain mesin pengering (Dryer). Proses untuk mengekstrak dijalankan selama 12-15 jam dan kaedah ini paling sesuai untuk dijadikan produk ubatan selain daripada di jadikan serbuk debu hempedu bumi. Banyak jenis produk hempedu bumi dipasaran tempatan dan antarabangsa dengan berbagai dakwaan mengenai khasiatnya. Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata atau pun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita.
Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari. Cubalah tanam sendiri untuk mendapatkah khasiat hempedu bumi. Boleh tanam di kawasan rumah dalam pasu dan pastikan anda menanam tumbuhan hempedu yang betul...bukan pokok lain yang bukannya Hempedu Bumi. Wasallam....
POKOKNYA RENEK...HEMPEDU BUMI NAMANYA....
SENANG DITANAM....AMAT MUDAH JAGANYA....
KHASIAT TERBUKTI...KAJIAN KLINIKAL ADA...
MARI MENANAM...'SAMBILOTO' NAMANYA...
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(30 Zulhijjah 1432H)

No comments:
Post a Comment