BUNGA LAWANG (Illlicium verum) adalah sejenis tanaman rempahratus dari keluarga ILLIACEAE yang digunakan dalam masakan tradisi melayu di Malaysia sebagai penyedap makanan seperti nasi minyak, daging terutup, sup daging dan sebagainya. Bunga lawang sama seperti tanaman rempahratus penting yang lain seperti Bunga Cengkih, Jintan , Kayu Manis, Ketumbar, Buah Keras dan sebagainya tumbuh di kawasan tropika dan dicari oleh pedagang dari Eropah semenjak kurun ke 17 sehingga mereka telah menakluk kawasan Timur Jauh termasuk negara kita. Nama lain bagi Bunga Lawang adalah Adas Cina, Peka ; Adas Manis (Melayu), Star Anise ; Indian anise; Chinese Anise ; Badian Anise, Fennel Pekak (English) , Dok Chan ; Poy Kak (Thailand), Hoi (Vietnam), Sanque (Filipina), Sutaa Anisu (Jepun), Ba Jian (China) dan Anaspal ; Badiyan (Hindi). Tumbuhan ini menjadi buruan ramai saintis pada beberapa tahun lepas kerana dipercayai mampu mengawal wabak penyakit 'Avian Flu' disebabkan viris H1N1 dengan penghasilan Kapsul 'TAMIL FLU'. Bunga lawang adalah salah satu komponen menyediakan kalsul Tamil Flu 75mg keluaran Roche. Artikel kali ini saya menulis teknologi mengenai bunga lawang untuk bacaan umum berdasarkan bacaan beberapa buku teknikal dan pengalaman persendirian.
Pokok Bunga Lawang merupakan pokok yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dengan ketingian optima sehingga 7-8 meter. Batang pokok adalah jenis kayu keras dengan akar tunjang jauh masuk kedalam tanah. Daunnya berbentuk daun ringkas dengan warna hijau gelap dan berkilat. Keluasan penanaman pokok bunga lawang di Malaysia tidak ada maklumat rasmi tetapi penulis telah pun menganggarkan sekitar 20-30 hektar CHE sahaja yang ditanam dikawasan Stesyen2 Pertanian, Tanaman Selingan di kawasan rumah dan yang tumbuh liar dikawasan tertentu. Pokok ini akan matang dalam masa 3-4 tahun selepas ditanam dengan penjagaan yang sempurna. Bahan tanaman pokok bunga lawang adalah daripada biji benih. Kajian pernah dijalankan untuk membiakan bunga lawang menggunakan keratan batang yang diambil dari pokok sesuai.
Bunga Lawang keluar dari celah ketiak daun di bahagian pucuk dahan atau ranting dan mempunyai kelopak berwarna putih atau kuning bergantung kepada spesis serta agak banyak bilangannya. Dibahagian tengah bunga ada banyak stigma berwarna hijau yang akan menjadi keras kelak apabila cukup matang. Bunga lawang mengeluarkan aroma dan bau kuat semasa segar jika di ramas dan akan keras apabila dikeringkan. Bunga lawang dipetik sebelum masak dan dijemur sehingga kering. Bentuk bunga lawang uniik iaitu mempunyai bentuk seperti bintang dimana ada 8 kelopak atau bentuk jejari dari bahagian tengah yang berwarna coklat gelap. Di setiap jejari bintang ini terdapat satu biji benih berbentuk bulat bujur dengan ukuran 2-4 mm berwarna coklat gelap. Biji benih matang ini sebelum dikeringkan boleh disemai untuk penanaman.
Keistimewaan Bunga Lawang adalah kerana apabila di proses secara ekstrak menghasilkan minyak yang berbau atau aroma yang enak di Eropah pada kurun ke 17. Minyak ini telah digunakan dalam industri minuman (agaknya minuman keras atau arak bagi musim sejuk). Bunga lawang digunakan sebagai rempah untuk masakan di kawasan Asia Tenggara sama seperti rempah kayu manis. Ianya dijual di kedai-kedai runcit dengan harga RM 2.00 satu paket mengandungi 20-30 biji bunga lawang. Ada juga yang menjual bunga lawang dengan menimbang ikut berat dengan harga runcit antara RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram. Bunga lawang yang telah kering ini tahan disimpan lama sehingga beberapa tahun.
Antara masakan tradisional Melayu popular menggunakan rempah bunga lawang adalah Nasi Beriyani (termasuk Beryani Gam Batu Pahat Johor), Sup Daging atau Sup Tulang (Termasuk Sop Tulang Gearbox Parit Sonto), Terutup Daging, Daging Masak Kurmak, Ayam Masak Kuzi dan banyak lagi menu yang saya tidak dapat nyatakan. Apa juga masakan berasaskan rempah adas ini akan menambah kelazatannya. Lazimnya lauk pauk tradisional berasaskan ikan, daging, ayam untuk kenduri dan jamuan orang ramai sering menggunakan rempah ini. Tukang masak akan menumis dahulu rempah bunga lawang, bawang putih, bawang merah, kayu manis, halia dan beberapa rempah lain dalam kuali atau periok besar untuk masak nasi beriyani. Saya pandai juga tolong-tolong masak nasi beriyani di kampong di Muar dulu.
Khasiat Bunga Lawang dalam kesihatan manusia juga boleh dibincangkan. Pembacaan daripada beberapa sumber mendapati bunga lawang membantu memanaskan suhu badan dan mengurangkan penyakit batuk jika bunga lawang direbus dan airnya di minum. Air rebusan ini didakwa dapat membantu menyihatkan paru-paru dan terkini membantu dalam menghalang serangan penyakit 'Avian Flu' atau serangan virus H1N1 yang digeruni oleh ramai penduduk dunia. Minyak ekstrak bunga lawang juga mampu mengurangkan rasa loya dan masaalah muntah-muntah terutama bagi ibu mengandung. Banyak lagi khasiat dari bunga lawang yang perlu diselongkar pada masa akan datang. Kini rempah sup bunga lawang seperti foto diatas telah banyak dipasaran. Mana tahu nanti akan ada pil, serbuk dan jus bunga lawang dipasarkan sebagai satu jenis makanan kesihatan di Malaysia!.
BUNGA LAWANG...CANTIK BENTUKNYA...
TIDAK LUAS DITANAM..IMPOT SAHAJA..
MAKANAN LAZAT..BERIYANI GAM NAMANYA...
DAGING TERUTUP...ACAR BUAH PARTNERNYA...
Related artikel:
1. Buah Keras (Klik disini)
2. Jintan (Klik disini)
3. Buah Pelaga (Klik disini)
4. Kantan (Klik disini)
5. Kayu Manis (Klik disini)
6. Cengkih (Klik disini)
7. Asam Jawa (Klik disini)
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(13 Zulhijjah 1432H)

No comments:
Post a Comment