TILAPIA MERAH (Oreochromis niloticus) merupakan spesis atau sejenis ikan tilapia yang popular di Malaysia. Ikan ini disukai dan menjadi kegemaran oleh penternak kolam ikan air tawar, ternakan dalam sangkar dan dalam sistem kolam kanvas kerana mampu memberikan keuntongan dan hasil lumayan. Keupayaan ikan tilapia merah membesar dengan cepat, cepat membiak, mudah diuruskan dan kurang serangan penyakit serta penerimaan pengguna menyababan permintaan keatasnya terus tinggi. Pengalaman saya memberikan khidmat nasehat mengenai penternakan ikan tilapia merah semasa bertugas di MIADP tahun 1980 hingga 1990'an memberikan banyak pendedahan akan industri ikan ini. Artikel ini berkisar teknologi menterkan ikan tilapia merah untuk bacaan umum.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan sahaja. Pada kebiasaanya saya dapati anak ikan tilapia yang berumur 2-3 bulan iaitu bersaiz 50-70 gm seekor sesuai untuk dipindah kedalam sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz. Ini akan menjamin bahawa peratus kematian anak ikan dapat diminimakan.
1. PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan mempunyai saiz yang seragam (Purata berat sekitar 50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’ jika perlu. Baka benih mesti diperolehi dari baka induk yang boleh membesar atau jenis F1. Anak-anak ikan tilapia dari generasi yang telah lama tidak disyorkan untuk dijadikan anakbenih.
2. KADAR PELEPASAN BENIH
Pengalaman saya di Kelompok Kolam Sg Buloh dan Kelompok Ikan Felda Kemendor di Melaka mendapati kadar pelepasan benih (stocking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal anak benih tilapia merah yang bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerja-kerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah yang mudah dikawal dan selamat. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar pada peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor satu sangkar. Kadar pelepasan anak ikan pada peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor) maka anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor . Pastikan aliran ari sempurna dalam sistem tersebut.
3. KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.
4. PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA MERAH
Pemerhatian saya mendapati lazimnya ikan tilapia merah akan dituai apabila mencapai purata saiz 500-600 gm seekor. Kadar pembesaran ikan banyak bergantung kepada kuantiti makanan diberikan, kualiti air, kadar stok dalam sangkar dan serangan perosak. Bagi tujuan untuk pasaran restoran selalunya penternak memberikan keutamaan kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor saya dapati adalah lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).
5. PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan Melaka dan Johor hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja dan hanya sebahagian diekspot ke Singapura. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.
6. RESEPI MASAKAN IKAN TILAPIA
Ikan tilapia sesuai dimasak dalam berbagai menu. Saya paling suka makan ikan tilapia merah goreng dimasak sambal atau dimasa 3 rasa. Ikan yang bersaiz besar lebih dari 600 gram seekor memang sesuai dihidangkan untuk seramai 3-4 orang. Ikan tilapia masak kicap juga sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih yang panas dan lembut. Terdapat juga ikan tilapia yang dibuat ikan pekasam dan ikan kering jika ada kuantiti yang banyak. Kalau pergi Pasar Rabu di Alor Setar kita boleh dapatkan ikan tilapia merah dibuat pekasam dengan harga RM 5.00 - RM 6.00 setiap 300-400 gram. Makanlah ikan tilapia untuk dapatkan kelazatannya!
IKAN TILAPIA ...DIMASAK 3 RASA...
MEMANG SEDAP...UNTUK BERBUKA PUASA...
IKAN BERKHASIAT...TAK PERLU UJI CUBA...
DAH MAKAN KENYANG...TIDUR SELESA...
By,
M Anem
Puchong
Selangor,
Malaysia
(23 Zulkaedah 1432H)

No comments:
Post a Comment